Lelaki Ini Buat Permohonan Maaf Terbuka KpdaShuib & Keluarga Arw4h Siti Sarah. Rupanya Ini Yang Terjadi

Gara-gara memuat naik beberapa hantaran berbaur ‘m4kian’ terhadap pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu serta isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, seorang pemuda telah dihent4m rata-rata warganet di media sosial.

Menerusi entri Twitter, seorang individu memuat naik beberapa tangkap layar menerusi ciapannya yang menunjukkan pemuda berkenaan rancak mengeluarkan kata-kata kes4t di Instastorynya yang membabitkan kedua-dua nama selebriti itu.

Bagaimanapun, individu tersebut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap pihak Shuib, menerusi satu rakaman video yang dimuat naiknya di entri Instagram bernama @Raptorpool.

“Saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran mengeluarkan kata-kata kes4t beberapa hari lepas kepada abang Shuib dan arwah Siti Sarah Raissuddin ekoran sikap saya yang tidak bertanggungjawab.

“Saya juga menerima kec4man daripada netizen yang menga1ibkan keluarga dan kawan saya, mereka tidak bersalah. Dengan video ini, saya membuat permohonan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

“Saya akan perbaiki dan berhati-hati untuk mengeluarkan kata-kata selepas ini. Harap abang Shuib dapat menonton video ini sekali gus memaafkan perbuatan saya. Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada saya,” katanya di Instagram.

VIDEO:

Sebelum ini, dalam paparan Instagram live yang ditonton lebih 500,000 ribu orang itu, Shuib sempat meningg4lkan nasihat buat peminatnya supaya sentiasa mengidolakan Rasulullah SAW serta tidak leka dengan selebriti Korea seperti Blackpink dan BTS.

Kemudian, tambahnya lagi manusia tidak seharusnya dijadikan idola kerana ia tidak mendatangkan sebarang pahala buat mereka.

Sehubungan itu, nama pelawak itu dan arwah isterinya telah dipetik oleh seorang peminat Kpop yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut menerusi Instagram live berkenaan.

Sumber : Utusan Online

 

Leave a Comment