“Lain Macam Harga…” Ternampak Azlee Senario Niaga Buah, Sekali Raja Azura Masuk Komen

Pelakon dan pengacara, Raja Azura mengajak orang ramai untuk sama-sama menyokong bisnes rakan artis yang juga merupakan pelawak, Azlee Senario.

Menurut Raja Azura, Azlee kini difahamkan sedang menjalankan bisnes menjual buah-buahan segar di sebuah tapak pasar malam yang terletak di Saujana Utama.

“Jom support abang saya ni. Siapa nak buah-buahan Azle? Memang sedap fresh dan murah. Macam orangnya…pemurah.

“Korang boleh pergi dekat tapak Pasar Malam Saujana Utama. Depan Petronas. beli buah je tau. Orang dia jangan sebab tuan buah tuuu dah kelat-kelat masam,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Magika itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Menerusi entri yang sama, Raja Azura juga dilihat sempat mengusik Azlee yang sibuk mempromosikan barangan jualannya itu.

Dalam pada itu juga, Raja Azura turut memanjatkan doa semoga bisnes yang dijalankan oleh Azlee itu akan sentiasa dipermudahkan segala urusannya.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan abang saya meniaga insyaallah amin. Support ok gais…..#kitajagakita,” katanya lagi.

Selain buah-buahan, Azlee juga dilihat menjual beberapa produk berasaskan madu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Azlee.

“Manggis dia jual harga murah sangat. Berbaloi.

“Terbaik Abang Azlee. Sempoi bak hang.

“Murah manggis tu. Kalau boleh rentas, dah pergi dah dekat Abang Azlee.

“Terbaik Abang Azlee meniaga. Nanti ada kesempatan saya pergi terjah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Jom sama2 kita support peniagaan abg azlee senario… semoga Allah luas dan permudahkan rezekinya.. amin..

Lokasi: tapak pasar SAUJANA UTAMA pic.twitter.com/iJ19sQFrqr

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah foto yang memaparkan anggota kumpulan Senario itu sedang meniaga buah-buahan di salah sebuah tapak pasar malam.

‘Popular atau tidak, jangan malu’ – Azlee Senario

“Alhamdulillah, sambutan pengunjung selepas gambar saya berniaga tular amat menggalakkan. Tapak niaga di Saujana Utama ini pun turut jadi popular. Secara tak langsung ia dapat bantu rakan-rakan lain yang meniaga,” kata pelawak Azlee Senario mengenai perniagaan buah-buahan dan hasil laut yang diusahakannya sejak beberapa bulan lalu.

Azlee, 54, atau nama sebenarnya Azlee Jaafar berkata, dia mula berniaga buah-buahan dan hasil laut seperti ikan, ketam, kupang, kerang, lala dan siput sedut di tapak pasar malam di Saujana Utama, Sungai Buloh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan lalu.’

“PKP kali ini memang agak terkesan kerana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum bagi arahan untuk menjalani penggambaran.

“Jadi saya buat keputusan berniaga untuk cari pendapatan bagi menampung keluarga. Alhamdulillah sejak gambar saya berniaga tular, sambutannya amat menggalakkan. Saya berterima kasih kepada pihak media kerana membantu,” katanya kepada Harian Metro.

GAMBAR tular Azlee Senario berniaga buah-buahan. FOTO IHSAN PEMBACA

Azlee berkata, ada peminat yang selain datang mengambil gambar, turut membeli barangan jualannya. “Sebenarnya mereka lebih suka tengok kita bercampur dengan golongan masyarakat menerusi berniaga. Maknanya artis dapat merapatkan lagi hubungan dengan peminat.

“Walaupun nama besar atau sebaliknya, saya letak tepi. Yang penting saya cari rezeki halal. Kalau duduk rumah nak tunggu tawaran kerja, takkan ada buat masa ini. Lebih baik saya ambil inisiatif berniaga, sekurang-kurangnya kita dapat beli barang-barang dapur dan bagi makan anak isteri,” katanya yang mengambil barangan jualannya daripada pemborong di Chow Kit.

Azlee mula berniaga seawal jam 8.30 pagi dan akan pulang selepas barangannya habis dijual.

“Paling lewat saya balik pada jam 5 petang. Kalau dah boleh mula menjalani penggambaran, saya dah boleh buat kerja saya dan ada pekerja akan uruskan. Sayang pula nak tinggalkan.

“Tapak berniaga ini sebenarnya tapak pasar malam. MDKS (Majlis Daerah Kuala Selangor) bagi kebenaran semasa pandemik ini untuk berniaga di situ. Tengoklah mereka runding dengan MDKS sama ada selepas pandemik dibenarkan berniaga atau sebaliknya,” katanya yang turut menerima pelanggan dari Gombak, Setiawangsa, Batu Caves, Denai Alam, Elmina, Puncak Alam dan Rawang.

Azlee turut menasihatkan rakan artis dan penggiat seni tabah di samping cuba berniaga sebagai sumber pendapatan.

“Selagi kita ada keupayaan cari rezeki, jangan malu. Berniagalah kerana sekurang-kurangnya kita dapat menyara keluarga dan apabila semua pulih kita akan dapat bekerja semula.

“Tolak tepi status kita popular atau tak. Yang penting kita cari rezeki. Jangan fikir soal status. Yang penting siapa nak bagi rezeki untuk menyara keluarga,” katanya.

Rata-rata netizan memberi semangat kepada Azlee

“popular saja xbuat kerja duit xmasuk,,,, moga dimurahkan rezeki,, contohi lah bro ni”

Sumber: Instagram Raja Azura & Twitter Malaysian Food

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

 

Leave a Comment