Sebut sahaja nama Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, pasti ramai tahu pengacara terkenal itu tidak pernah lekang dengan pelbagai kontroversi.
Terbaru, pengacara itu dikec4m apabila didakwa bi4dap dan seolah mempermainkan agama apabila diajukan soalan mengenai Munkar dan Nakir.
Menerusi video dikongsikan di Twitter, video berkenaan adalah video ‘podcast’ terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO.
Difahamkan, Azwan ditanyakan soalan yang dihantar oleh pendengar podcast berbunyi, “Apa persiapan Diva AA bila bertemu malaikat Munkar dan Nakir?”
Azwan kemudian menjawab soalan tersebut dengan secara bersahaja namun jawapannya sangat keterlaluan kerana seolah mempermainkan agama. Jawapan Azwan itu disambut dengan hilai tawa dua penyampai yang mengendalikan podcast tersebut.
“Aku akan ‘sound’ Munkar dan Nakir, suruh seb4t mak bapak kau dulu,” jawabnya.
VIDEO :
Semoga kita dan ahli keluarga kita dijauhkan dari azab kubur dan dilancarkan tutur kata untuk menjawab soalan Malaikat Munkar dan Nakir.
Tak boleh bayang betapa hebatnya kita mampu nak ‘sound’ malaikat di alam barzakh sana.
Nauzubillah. pic.twitter.com/JM4BENyIU4
— Que Sign No Vek (@Quebax) August 12, 2021
Kalau kita membaca kitab akidah seperti huraian kepada Matan Al-Kharidah Al-Bahiyyah, bila nak huraikan mengenai soal kubur, kesemuanya menjadi sayu & takut untuk berbicara.
Ulama faham maksud sebenar ketakutan dalam kubur. Semoga Azwan Ali bertaubat segera. Agama bukan boleh https://t.co/2flQTAz0VY
— السنوسي الصغير . ﷼|| (@saif_alsiddiqiy) August 14, 2021
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang dengan jawapan biadap pengacara itu serta berharap Azwan Ali akan segera bertaubat.
Video tersebut turut mendapat perhatian personaliti TV terkenal, Fedtri Yahya yang memuat naik video berkenaan dengan kapsyen kecewa apabila perkara seperti itu dibuat main.
Ustaz Abdullah Khairi
Malah, video tersebut turut mendapat respon daripada pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi yang turut kesal dengan perkara tersebut.
“Kita boleh buat lawak untuk sesuatu keadaan yang menghiburkan tapi jangan buat lawak dalam semua keadaan yang mengaitkan tentang perkara ghaib. Nampak kejahilan dalam agama untuk tontonan umum. Astagfirullah! Gerun mendengarnya.” tulisnya.
Diva AA nak heret pelakon wanita naik mahkamah gara-gara didakwa makan r4suah
Terdahulu PER4NG media sosial antara Azwan Ali dengan pelakon wanita terkenal nampaknya berpanjangan apabila pengacara yang dikenali sebagai Diva AA itu nekad mengambil tindakan undang-undang selepas mendakwa difitn4h.
Menurut Azwan, 55, selebriti berkenaan berkongsi beberapa paparan skrin di Instastory yang antara lain mendakwa dia menerima r4suah.
Ujar adik kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali ini dia kini dalam proses untuk menghantar notis tuntutan menerusi peguam yang dilantiknya, Ammanjeet Singh.
“Saya memang takkan sebut nama dia sebab dah benci sebenci-bencinya.
“Jumlah pampasan yang dituntut ialah RM5 juta berdasarkan followers dia lima juta orang.
Peguam Azwan akan hantar notis tuntutan dalam masa terdekat.
“Saya pun baru discuss dengan lawyer yang telah screen shot perbualan artis itu termasuk dengan puak-puak artis yang sokong dia… semua akan dikenal pasti dan akan diheret ke mahkamah,” katanya yang menghubungi mStar pada Selasa.
Menerusi laporan mStar pada Isnin, Azwan berharap golongan artis tidak mudah melenting selain memahami maksud sebenar jika nama atau foto mereka digunakan dalam perkongsiannya di media sosial.
Jumlah pampasan yang dituntut ialah RM5 juta berdasarkan followers dia lima juta orang.
Teguran itu muncul selepas wujudnya kekecohan apabila dia sendiri terlebih dahulu berkongsi foto selebriti wanita terbabit dengan kapsyen yang dianggap keterlaluan.
Sementara itu tambah Azwan, dia juga sudah memaklumkan perkara itu kepada suami selebriti berkenaan menerusi kiriman mesej WhatsApp.
“Kepada artis itu, tunggulah surat sam4n coming soon RM5 juta… suaminya telah dimaklumkan melalui WhatsApp tanpa saya beritahu berapa nilai sam4n.
“Selain pelakon itu, saya pun dah kenal pasti siapa lagi artis-artis yang bersuara… jangan ingat saya tidak tahu.
“Memang saya tidak follow Instagram dia tapi semua itu pengurus peribadi saya dah uruskan… ada nama-nama artis (selain pelakon wanita itu juga) akan naik,” katanya.
Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/08/diva-aa-pers3nda-soal-munkar-nakir-sekali-ustaz-abdullah-khairi-masuk-komen/