Adik nak sgt masuk sek0lah asrama tp kami xmampu. Mlm tu kami nekad int1p adik dlm st0r. Menitik air mata tgk ap yg ada dlm st0r tu

Gambar Sekadar Hiasan

Terima kasih admin kalau cerita aku ni berjaya dis1arkan. Sebenarnya cerita yang aku nak k0ngsi ini, tak ada apa-apa pon. Biasa-biasa sahaja. Tetapi cukup terkesan bagi aku bila aku teng0k dekat FB dan TV harini penuh bercerita pasal hantar anak ke sekolah.

Aku p0n ada kisah jugak pasal hantar orang ke sekolah,tapi bukan anak, tapi adik lelaki aku, Ijat. Maaf cerita ni agak panjang. Moh0n bertabah.

Aku ada 7 adik beradik. Aku yang kedua (kakngah). Atas aku Abanglong, tua setahun dari aku, tapi takdir Allah Abanglong tak boleh menguruskan diri sendiri sejak dia kena dem4m panas ketika umur 7 tahun. Bawah aku ada lima orang lagi termasuk Ijat.

Dalam banyak-banyak adik beradik, aku paling rapat dengan Ijat. Beza umur aku dengan Ijat dua tahun je. Jadinya, selain abanglong, Ijat lah kawan sepermainan aku waktu kecik-kecik. Adik-adik yang lain jauh sikit jarak umur dengan kami.

Kehidupan keluarga kami pada awalnya tidaklah sesus4h mana sekadar cukup-cukup sahaja. Yelah, ayah aku sorang je yang bekerja nak menyara lapan orang termasuk ibu. Dengan anak yang masih kecik-kecik, per1t jugak lah ayah aku menger4h ker1ngat beliau yang bekerja sebagai pembuat b4tu n1san.

Haaa, sc4ry tak kerja bapak aku? Kalau kau datang rumah aku, penuh batu n1san beraneka bentuk tersusun di halaman rumah aku. Kau cakap je, nak batu sungai, batu tak sungai, semua ada. Tapi tulah, kalau aku fikir-fikir balik, berd0sa tak agak-agaknya aku doakan ramai orang meningg4l setiap hari, dengan harapan nanti banyak tempahan batu n1san ayah aku.

Tapi seri0usly, aku selalu doa macam tu waktu kecik-kecik. Sebab nanti kalau banyak tempahan, bolehlah kami makan sedap-sedap sikit. Tapi aku tak bagitahu pun aku doa macam tu kat orang lain sebab aku t4kut nanti orang mar4h pastu cakap aku j4hat pulak. Hahaha

Back to the st0ry, macam orang selalu cakap tu, langit tak selalu cerah blablabla. Hujung tahun 2003, waktu umur aku 14 tahun ayah tiba-tiba kena m1ld str0ke. Hampir separuh bad4n ayah lem4h espec1ally tangan. Kiranya sumber pendapatan kami terhenti secara tiba-tiba.

Dengan keadaan ayah yang perlukan raw4tan yang agak m4hal, duit saving ayah yang ayah kumpul untuk anak-anak terp4ksa kami gunakan. Dengan ub4t-ub4tannya, hantar fis0ter4pi, hantar berurut secara tradis0nal lagi. Makin lama, duit ayah makin surut, makin sus4h dan mencabar hidup kami waktu tu.

Tapi, Alhamdulillah, walaupun adik aku kecik-kecik, tapi semuanya seakan faham keadaan kami yang tiba-tiba berubah. Nak dijadikan cerita, hujung tahun tu jugak Ijat dapat keputusan UPSR yang sangat membanggakan. Mana tak bangga Ijat sorang je dapat 5A dalam sekolah tu. Maka excitedlah para guru memohon sekolah SBP/MRSM untuk Ijat.

Kami sebenarnya memang nak Ijat masuk sekolah asrama penuh, tetapi dengan keadaan keluarga kami yang sedang dilanda uj1an tu, kami bvntu. Ijat pon faham dan tak berharap pon. Lagipon dia tahu, kudrat dia sebagai anak lelaki amat diperlukan untuk bantu ayah.

Tapi,bila ayah tahu Ijat nak sekolah dekat area rumah je, ayah terus m4rah. Ayah cakap takpe, jangan sebab ayah, Ijat tak dapat capai impian Ijat nak jadi doktor. Ijat d1am.

Nak dekat bukak sekolah awal tahun 2004, Ijat berjaya ditawarkan masuk ke Tingakatan 1 di SBP dalam negeri Selangor. Cikgu sekolah Ijat yang bagitahu. Kami semua happy. Tapi Ijat tak. Ijat d1am. Aku dengan ibu lah yang terlebih excited.

Tunggu punya tunggu surat tawaran, maka sampailah surat tawaran ke rumah kami. Baru aku tahu, boleh tahan mah4l ye yur4n nak masuk sekolah budak pandai-pandai ni. Hahaha.Yur4n makan, yur4n asrama,yur4n kelab persatuan semua telah disenaraikan secara detail. Ibu dengan aku dah termenvng. Ijat diam.

Aku tahu Ijat teringin sangat-sangat nak pergi SBP, tapi dia tak berani nak cakap. Masa untuk mendaftar tak kurang dua minggu dari tarikh dapat surat tawaran. Ijat masih macam tu, senyap sepi. Ijat banyak habiskan masa bersendirian sampai kadang kadang aku pon tak tahu dia pergi mana.

Tahu-tahu dah les4p. Nanti petang baru nampak muka. Lama-lama aku pel1k, mana perginya budak Ijat ni. Jengjengjeng. Satu hari aku pon nekad nak int1p Ijat buat apa kalau dia tak ada kat rumah. Aku int1p punya int1p, sampailah membawa aku ke satu st0r ayah kat belakang rumah.

Dalam st0r tu, aku nampak baldi dah ret4k sikit tak bertangkai, hanger tak sama warna dan size, kasut sukan tapak terng4nga. Awalnya, aku tak faham, tapi bila Ijat cakap “Ijat tengah kumpul barang nak masuk asrama ni kakngah.

Ni semua Ijat kutip kat tempat samp4h belakang lombong tu” Allahuakbar, men1tik-n1tik air mata aku. “Kakngah jangan r1sau, tadi Ijat nampak ada orang bu4ng beg tr0li yang ada roda besar tau (lugg4ge), tapi ijat tak check lagi roda dia boleh pakai ke tak. Ijat m4lu sebab pakcik yang bu4ng beg tu cam tengok-tengok Ijat.

Esok kakngah teman Ijat ye ambik beg roda tu”. Waktu tu, aku macam nak mer4ung dah. Tapi tengok mata Ijat yang bersinar-sinar excited tunjuk hasil tangk4pan dan persiapan dia nak ke SBP, aku t4han.

Malam tu, aku tar1k ibu ke stor tanpa pengetahuan Ijat. Kami menang1s bersama-sama malam tu. Sed1h yang tak tahu nak cakap. Sampai sekarang, even saat aku tulis cerita ni, aku nang1s, sed1h woii. Esoknya, pagi-pagi lagi aku dengan Ijat dah menapak ke “sh0pping mall’ kitorang t4kut orang lain nampak kitorang seb4t luggage tu.

Check punya check, roda ok, penarik pon ok,Cuma k0yak sikit kain luggage tu. Tapi masih boleh dibaiki. Aku jah1t yang k0yak-k0yak tu, pastu aku cover dengan perca-perca bentuk bunga biar nampak berseni sikit. Seb4k aku tengok muka Ijat yang senyum melebar macam nak k0yak mulut dia, punya happy ada beg roda.

Hari untuk mendaftar pon tiba. Haritu, aku je yang teman Ijat pergi ke sekolah tu menaiki bas sebab ibu nak kena uruskan ayah dan adik beradik. Dalam 2 jam perjalanan, sampailah kami ke stesen bas, lepastu naik prebet sapu untuk ke sek0lah baru IJat.

Dengan semangat penuh di dada, Ijat tar1k luggage dia, aku tukang bawak baldi yang aku dah hias cantik-cantik area ret4k tu. Dalam baldi, ada biskut kering dengan Milo aku tapau dari rumah untuk bekalan Ijat kalau lap4r di asrama. Sabun mandi, shampoo pon bawak yang ada kat rumah je. Sampai je dewan sekolah, penuh budak-budak nak mendaftar dah ni.

Semua kemas-kemas belaka, ahli keluarga pon macam satu kampong datang nak menghantar. Aku dengan Ijat masih cool. Pendaftaran kami smooth je. Sebab kitorang bawak duit cukup la untuk bay4r semua tu.

Tapi, sampai je k0perasi, tetiba ada satu borang lagi nak kena isi dan b4yar. Terbel1ak mata aku, RM50 lagi k0perasi mintak. Aku dah cu4k, nak neg0 pon aku tak tahu. Lainlah kalau dah cakap awal-awal macam dalam surat t4waran tu. Duit aku pon cukup-cukup untuk naik bas balik rumah je ni.

Ijat tar1k aku ketepi, “kakngah, kita balik je la, Ijat macam rasa nak sekolah kat rumah je lah”. Aku senyap. Ijat diam. Yelah,umur aku pon 15 tahun time tu, mana pandai nak bincang-bincang dengan sesiapa kat situ. Aku ingat lepas hantar Ijat, balik la. Aku pergi t4ndas, aku menang1s. Aku tak tahu nak buat apa. Sampailah ada seorang makcik ni tegur aku kenapa. Aku pon cerita la.

Lepas je cerita, terus dia bawak aku pergi jumpa pengetua sekolah, pengetua sekolah pul4k bawak aku jumpa wart4wan akhbar yang kebetulan tengah ambik-ambik gambar pasal hari pendaftaran kat sekolah baru Ijat. Tak memasal aku dengan Ijat kena interview dengan wartawan.

Lugg4ge dan baldi Ijat pon wartawan tu ambil gambar. Tak sampai setengah jam, pengetua pon datang pulang balik duit yur4n yang kami dah b4yar. Dia cakap, semua yur4n Ijat dit4nggung oleh zakat sekolah mulai hari itu sampai tamat sekolah.

Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Menang1s la aku dengan Ijat berpelvk-pelvkan depan ramai orang tu. Esoknya, muka Ijat dengan aku terp4mpang dalam akhbar. Kahkahkah. Seminggu jugaklah rumah aku didatangi tetamu yang datang dari merata tempat.Semuanya nak membantu. Terima kasih Allah.

Alhamdulillah, dah 12 tahun kisah ni terjadi. Ijat pon dah nak dekat final year med1c kat Irel4nd. Semoga Ijat dapat habiskan pengajian dia dengan cemerlang dan menjadi d0ctor yang ikhlas membantu pesak1t kerana Allah. Kakngah sayang sangat kat Ijat. Aku nak ambik kesempatan ni nak ucap terima kasih kepada sesiapa yang pernah membantu Ijat dan kami sekeluarga sehingga Ijat mampu dan hampir capai impian dia nak jadi d0ctor.

– Kakngah

Kredit: edisimaya

Sumber : Menujukebenaran

Leave a Comment