RASA tenang melihat sebuah vide0 yang menunjukkan se0rang pemuda berk0ngsi pengalamannya membacakan doa sebelum menerima svntikan vaks1n c0vld-19.
Ketenangan itu juga pastinya dirasai seorang petugas yang mengendalikan proses vaks1nasi lelaki berkenaan di pusat pemberian vaks1n (PPV).
Bukan sahaja peramah orangnya, petugas tersebut turut mengaminkan bacaan doa oleh penerima vaks1n itu sebelum sunt1kan dibuat dan memberikan nasihat sejurus selesai proses berkenaan.
“Sejuk hati nurse yang cucvk vaks1n ni. Alhamdulillah, stay safe,” demikian antara komen netizen menerusi perkongsian video tersebut di aplikasi TikT0k.
Penerima vaks1n itu, Abdul Azim Kasim berkata, rak4man dibuat sewaktu dia menerima d0s pertama di PPV Dewan Bandaran Kulim di Kulim, Kedah pada Khamis lalu.
View this post on Instagram
Pemuda berusia 29 tahun tampil menjelaskan bahawa dia terlebih dahulu meminta izin daripada petugas berkenaan untuk membuat rak4man dan bacaan doa.
“Masa tu dah petang selepas azan Zohor, jadi orang kat PPV dah tak ramai. Sebab itu saya minta izin untuk membaca doa dulu sebelum diberikan svntikan.
“Sebelum pergi ke PPV, ibu saya berpesan untuk baca doa masa nak cucvk sebagai ikhtiar kita mendapat perlindungan dan kepada Allah kita berser4h,” katanya kepada mStar.
Azim selepas menerima d0s pertama vaks1n di PPV Dewan Bandaran Kulim.
Siapa sangka hari berkenaan merupakan satu rahmat dan kesyukuran buat anak keenam daripada sembilan beradik itu apabila membuat keputusan untuk walk-in bagi menerima vaks1n.
Azim berkata, keputusan itu dibuat kerana sebelum itu dia masih belum menerima janji temu untuk vaks1nasi menerusi aplikasi MySejahtera.
“Saya tak adalah tertanya-tanya bila nak dapat vaks1n. Kalau ada rezeki dapat, saya pergi. Saya tunggu, tak kisah kalau belum dipanggil.
“Tapi ibu mentua menasihatkan saya untuk walk-in ke PPV. Isteri saya pun terlebih dahulu dah dapat dua d0s sebab dia bekerja di farm4si,” ujarnya yang berasal dari Kulim.
Azim (kiri) bersama isteri.
Menurut bapa kepada dua anak itu, dia turut mendengar satu ceramah daripada seorang ustaz mengenai bacaan doa penenang hati apabila menerima ub4t.
“Kita ikhtiar, selebihnya berserah kepada Allah. Masa menunggu giliran di PPV kira-kira lebih sejam pun saya baca doa dan selawat.
“Saya tak t4kut j4rum, tapi gementar sebab pen1ng kepal4 sebelum ke PPV. Mungkin sebab tak cukup tidur, bangun awal sebelum Subuh untuk pergi kerja,” katanya yang berniaga santan sejak lebih setahun lalu.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah (SMATD) di Kulim itu juga melakukan tugasan sebagai imam sambilan di surau di tempat tinggalnya.
Azim merupakan peniaga santan.
Azim berkata, dia bersyukur kerana akhirnya menerima d0s pertama vaks1n dan urusan vaks1nasinya dipermudahkan.
“Alhamdulillah rasa lega bila dah dapat vaks1n, cuma rasa kebas di tangan selepas tu. Terima kasih kepada petugas yang turut membantu saya di PPV.
“Sesiapa yang nak ambil vaks1n boleh berdoa untuk ditenangkan hati… baca doa ringkas dalam hati pun boleh. Tapi kalau nak buat rak4man, kena minta izin dulu dengan petugas.
“Baca doa ini digalakkan terutama buat mereka yang rasa t4kut atau gementar. InsyaAllah semuanya baik-baik,” katanya.
Sumber : mStar