LEBIH kurang 10 tahun menyimpan cerita, wan1ta ini akhirnya terbuka hati berkongsi kisah mengenai pemergian trag1s arw4h abang sulungnya di media sosial.
Lima video yang dimuat naik secara berasingan di aplikasi TikT0k yang menceritakan tr4gedi p1lu pada 2011 itu benar-benar membuatkan netizen turut sama berasa seb4k.
“Ini lukisan arw4h abang sebelum meningg4l dunia. Walaupun lukisan ni dah berusia 10 tahun tapi masih nampak hidup… macam baru semalam arw4h abang lukis,” demikian tulis wanita berkenaan pada perkongsian videonya.
Dalam kesemua lima video yang dimuat naik itu, ia memaparkan imej sebatang poh0n tua disinari cahaya bulan yang dilukis pada dinding bilik menggunakan pensel, selain tertulis sepot0ng hadis pada bahagian bawahnya – cukup menghantar makna yang terbuku dalam hati pelukisnya.
Berk0ngsi cerita dengan mStar, Sue Farahanis berkata peristiwa berkenaan cukup memberi kesan mendalam buat seluruh keluarganya sehingga kini meskipun sudah sedekad berlalu.
View this post on Instagram
“Sebenarnya saya ada komen pasal kisah keh1langan ahli keluarga dekat satu akaun tikt0k. Daripada situ, ramai minta saya share kisah abang. Berbulan-bulan saya ambil masa sebelum buat keputusan nak bercerita.
“Kebetulan baru-baru ini saya ke rumah emak dan kemas-kemas bilik arw4h. Nampak pula lukisan yang pernah dilukisnya pada dinding bilik. Akhirnya saya tergerak untuk kongsi… mudah-mudahan memberi mesej serta iktibar pada orang lain,” ujar wanita berusia 30 tahun ini.
Mengimbas kembali kisah trag1s tersebut, wanita ini berkata arw4h abang sulungnya, Mohd Redzuan Md Jaya sudah pun menunjukkan kela1nan sebelum dijemput aj4l.
Arw4h Mohd Redzuan seorang yang suka menderma dar4h.
“Arw4h dulu bekerja sebagai jurutera di Sungai Petani… dia berulang je dari rumah kami di Kuala Nerang. Masa tu arw4h berusia 26 tahun, tubuhnya sihat… memang tak ada apa-apa penyak1t.
“Beberapa bulan sebelum meningg4l dunia, arw4h seolah-olah suka menyendiri. Lepas balik kerja, dia suka habiskan masa dekat bilik. Beberapa hari sebelum aj4l, dia sempat siapkan lukisan pohon tu di dinding.
“Pada satu pagi, masa dia termenung di luar, tiba-tiba dia panggil saya.. beritahu ada kucing cantik warna putih bersih dekat jalan. Saya pun jenguk, memang betul ada seekor dan kemudian hilang entah ke mana.
“Tak lama lepas tu, abang keluar. Kami ingat dia ada hal. Tapi sampai petang tak balik rumah. Call tak angkat dan tiada resp0ns. Masa tu mak menang1s dah,” ceritanya sambil menambah, ketika itu dia berusia 20 tahun.
Pus4ra Allahy4rham Mohd Redzuan yang meningg4l dunia pada 2011.
Cerita wanita ini lagi, lebih 4neh, kucing-kucing peliharaan abangnya pula bisingnya berbeza daripada kebiasaan, seolah-olah cuba menghantar satu petanda.
“Naluri mak… dia dapat kesan sesuatu sedang berlaku, lebih-lebih lagi tengok gel4gat kucing-kucing abang. Lewat petang tu, adik dan kawan-kawannya berpec4h cari abang merata tempat tapi tak jumpa.
“Akhirnya mereka cuba cari di dusun ayah. Masa tengah mel4ung nama abang, adik tiba-tiba dengar suaranya dua kali beritahu ‘abang kat sini’. Adik pun terus pergi ke arah suara itu namun terkejvt bila nampak sekujvr tubuh abang terbaring atas tanah.
“Adik sendiri pengs4n selepas tu. P0lis yang tiba tak lama kemudian per1ksa tiada unsur jen4yah. Bed4h s1asat dilakukan untuk pastikan punca kem4tian, namun hasilnya, memang tak ada penyak1t apa.
“Kem4tiannya diklasifikasikan sebagai m4ti mengejvt. Memang berat kami nak terima berita tiba-tiba ni, lagi-lagi kami lapan beradik memang rapat antara satu sama lain. Arw4h pernah kata, kucing kalau nak m4ti, mesti nak m4ti jauh-jauh sebab tak mahu tuannya sed1h… tapi apa yang dicakapkannya itu seolah-olah terjadi padanya,” ujarnya seb4k.
Bercerita mengenai keper1badian abang sulungnya itu, wanita ini berkata arw4h sangat disayangi dan disenangi keluarga dan rakan-rakannya, malah merupakan seorang yang sangat sayangkan haiwan.
“Dia pendiam, tak suka bercakap burvk hal orang, penyayang dan sangat sayangkan haiwan.
Gambar arw4h Mohd Redzuan (bawah) yang disunting bersama gambar tujuh lagi adik-adiknya.
“Kami semua memang pencinta haiwan, tapi sifat sayangnya pada haiwan lebih tinggi lagi. Bukan pada kucing je, malah dia pernah raw4t anj1ng, tupai, ular pun pernah,” ujarnya yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata.
Tidak menyangka perkongsiannya tul4r, Sue Farahanis berkata dia terh4ru apabila menerima kata-kata semangat malah ramai yang turut mendoakan arw4h abang sulungnya itu.
“Alhamdulillah ramai sangat yang mendoakan arw4h. Saya cuma nak tekankan, memang tak rug1 berbakti kepada haiwan. Saya harap arw4h abang di sana berkumpul bersama-sama haiwan yang pernah ditolongnya.
“Sedikit sebanyak saya harap mesej daripada perkongsian saya memberi manfaat pada yang lain,” ujarnya lagi.
Sumber : mStar