Nak mkn pun xde du1t time rehat. Aku trpaks4 kutip du1t syiliing ats padang. Sekali kant0i dgn sepupu

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt kepada semua warga pembaca. Semoga kita berada di bawah lindungannya semua, di musim p4ndem1c yang entah bila akan berakhir.

Semoga sihat sihat semua aku doakan ye. Sebenarnya dah lama aku nak menulis tentang perjalanan hidup aku. Tapi takde idea nak susun cerita macam mana. So harap harap korang boleh la faham apa yang cuba aku ceritakan tentang perjalanan hidup aku.

Bukan niat nak meraih simpat1 atau nak buat cerita sed1h, tapi ini berdasarkan realiti cerita hidup yang aku tempuhi waktu aku kecil kecil dulu. Aku perkenalkan diri aku sebagai ‘Encik D’, apa yang aku nak ceritakan perjalanan tentang hidup aku adalah sewaktu aku zaman kecil dan kehidupan aku sehingga hari ini.

Baiklah aku teruskan dengan latar belakang aku dulu ye. Aku anak bongsu dari 10 orang adik beradik. Ayah aku kahwin dua, pastu cerra1 dengan bini dia yang first, dapat 6 orang anak.

Kemudian dia kahwin dengan mak aku, dapat 4 orang anak, 3 orang kakak aku dan bongsu aku sorang laki. Campur semua 10 orang lah adik beradik aku. Masa aku umur 7 tahun, mak ayah aku dah cerra1. Mak aku bawak aku sorang saja untuk dia jaga, 3 orang kakak aku pulak tinggal dengan aruw4h ayah aku. Bermulalah hidup aku 1barat anak tunggal.

Sebenarnya mak dan ayah aku dah cerra1 banyak kali, tapi mungkin yang last cerra1 masa aku umur 7 tahun tu sebab dah tal4k ke 3 kot. Sebab tu diorang tak boleh nak rvjuk lagi. Masa lepas cerra1, mak bawak aku dan tinggalkan dengan adik dia, yakni bapak sedara aku di daerah yang berlainan.

Mak aku kena kerja sebab nak sara aku. Sebelum ni dia kerja sekali dengan aruw4h ayah aku. Ayah aku ni seorang peniaga. So bila dia dah cerra1, mak aku terp4ksalah cari kerja demi menyara aku.

Masa aku tinggal dengan bapak sedara aku, anak anak bapak sedara aku ada 8 orang, yakni sepupu aku. 6 perempuan dan 2 lelaki. Masa tu dua orang anak dia belum lahir.

Aku tinggal dekat sana masa umur 8 tahun, darjah dua. Aku tinggal dekat sana pun t4k lama. Dari darjah 2 sampai darjah 3 saja.

Tapi macam tinggal kat ner4ka la pulak. hehehhe. Masa aku tinggal dekat sana, dari darjah 2 sampai darjah 3 aku pergi sekolah tak pernah pakai stokin, sebab selalu kena remb4t dengan sepupu aku.

Pencil box tak boleh bawak balik rumah, nanti tinggal kotak pencil saja, isi habis kena remb4t jugak. adehhh. Pernah abang aku melawat aku dekat sana sebab rindu aku. Dia bagi duit RM10 kat aku. Esoknye mak sedara aku suruh beli bawang dan barang barang masak kot, tak ingat dah aku apa.

Tapi duitnya pakai yang abang aku bagi. So kempunan lah aku. Duit raya aku masih ingat lagi dapat RM25, aku simpan dalam almari baju. Tapi time tu sepupu aku nampak yang aku simpan dalam almari baju, esoknya bila aku nak ambik balik, dah t4kde dah. Harrey betul.

Bila tanya dia meng4ku ambik, then bagi dekat mak dia. Aku tak berani tanya dekat mak dia. Sudahnya kempunan lagi la aku. Dulu setiap hari khamis, ada pasar malam. Aku tringin nak ada kereta mainan Tamiya. Korang google la sendiri macam mana bentuknya.

Sebab mainan tu lejen untuk budak budak zaman 90an. Aku simpan la duit bek4l sekolah. Masa tu tak s1lap aku harga kete tu paling murah RM5. Punya la sus4h nak simpan duit RM5, bukan seminggu ambik masa. tapi tak tahu lama mana aku simpan.

Bila duit dah cukup, sepupu aku yang sulong nak p1njam RM3 nanti bila malam pasar malam tu dia cakap akan bay4r balik time aku nak beli. Bila sampai waktunya pasar malam, aku mintak la balik hut4ng aku dengan dia.

Last last dia kata tak de duit nak b4yar, apa lagi, aku menang1s jela kat pasar malam tu kat dia. Masa tu dia pergi pasar malam skali dengan aku. Bila aku menang1s tak hent1 hent1 dia m4rah aku, last last adik dia, adik lelaki no 2 sep4k aku kat pasar malam, terus reb4h t4k bermaya macam orang pengs4n gitu.

Kakak dia yang sulung pan1k terus dukung aku bawak balik rumah. Kereta mainan idaman tak dapat, penyep4k pulak yang aku dapat. Tadi aku ada cakap kan yang aku tak boleh bawak balik pencil box kat umah t4kut hilang semua alat tulis, tah macam mana seingat aku, aku terbawak balik kot satu hari tu.

Esoknya nak pergi sekolah memang tak de la alat tulis aku. So dalam kelas nanti macam mana aku nak menulis? Tiba tiba ada ub4t pencil p1cit yang kecik 2B dalam laci meja aku. So aku pakai benda alah 2 la buat menulis hari tu.

Bila member baik aku nampak, so dia bagi p1njam pensil dia, baru aku sedar, masih ada lagi orang kes1ankan aku. Sed1h s1ot time ni. Satu ketika tu, masa hari hujung minggu, seingat aku la, baru lepas bangun t1dur ke, atau aku kena kejvtkan dari tidur, aku lupa part tu.

Mak sedara aku suruh t0lak s4mpah pakai kereta sorong untuk bu4ng s4mpah belakang rumah ke t0ng s4mpah besar majlis daerah. Jarak lebih kurang 200 Meter kot dari rumah.

5 trip kot aku kena bu4ng s4mpah. Bila dah settle tolak s4mpah, aku balik rumah, tengok semua sepupu aku tengah khusyuk tengok tv dan makan nasi.

Belum kira part malam malam aku kena keluar beli barang rumah. Aku yang banyak jadi m4ngsanya. Masa darjah 3, aku kena penyak1t kud1s but4 dekat belakang lipatan lutut, lepas tu melarat ke bet1s hingga ke lutut.

Takde sapa pun pedul1 nasib aku masa tu. Mak aku sendiri pun tak ambik tau sebab sibuk dengan hidup kerja dia. Mak sedara aku sampaikan pernah cakap bet1s aku yang berkud1s ni macam tiang j4mban.

Bila keadaan kud1s aku dah makin tervk, aku lupa sapa yang belikan aku ub4t sapu. Mungkin mak sedara aku sendiri atau bapak sedara aku yang tolong bel1kan.

Masa sapu ub4t tu, tak de sapa yang sudi nak tolong aku sapukan, sebab j1j1k kot, kena berdikari sendiri la sapu.

Ada satu detik tu, kakak aku pernah pergi sana dan tido sana, malam tu dia tengok aku tengah sapu ub4t kat betis aku, dia pun mintak ub4t dari tangan aku dan tolong sapukan untuk aku.

Aku pada masa tu walaupun aku masih kecik, aku macam k4ku, tak percaya, teruja, sed1h, yang masih ada lagi orang yang sanggup sapu ub4t kat kud1s aku. Masa tu aku rasa macam ada orang sayang dan pedul1kan aku. Kenapa perasaan aku tiba tiba lain pada masa tu, hatta aku masih kecil dan tak mengerti semua ni.

Mungkin sebab aku dah lama tak rasa kasih sayang kot. Mungkin. Sekolah aku sebelah saja dengan rumah mak sedara aku. Kadang kadang mak sedara aku tak de duit kecik nak bagi duit sekolah time pagi tu.

Dia pesan time rehat nanti panggil dia dekat tepi pagar. Pernah ada ketika, aku panggil dia tak keluar keluar. So tak makan la aku time rehat hari tu.

Bila waktu sekolah kena sambung untuk sesi fardu ain, sampai petang la aku tak makan. Kadang kadang member bagi kat aku roti yang mak diorang bekalkan. Dapatlah juga aku rasa makanan hari tu. Nasiblah. Tapi nasib baik aku pulak, waktu sesi petang nak sambung kelas fardu ain, ada waktu rehat.

Ramai budak pergi main dekat padang sekolah. Diorang kadang main lari2 la, kej4r2 la, lepas j4tuh apa semua, yang aku perasan ada duit syiling j4tuh kat padang sekolah.

Aku apa lagi, kut1plah duit syiling yang aku anggap rezeki. hehehe. Jah4t betul aku masa tu sebab ambik h4k orang. Terdes4k beb, pastu budak lagi pada masa tu. Bila aku dah tahu yang budak budak main kat padang tu selalu duit diorang j4tuh, aku tiap tiap hari kut1p duit yang j4tuh, sampai boleh simpan dalam beg sekolah aku.

Beg sekolah aku ada p0ket kecik kat tepi. Kat situ la aku simpan duit syiling yang aku kutip. Sampai satu hari, kant0i dengan sepupu aku yang ada duit syiling banyak kat dalam beg sekolah aku. Lepas tu diorang rep0rt kat bapak sedara aku yang aku ni mencur1 duit.

Bila bapak sedara aku tanya aku dan soal selidik sebab aku dah kena tvduh mencur1 time tu, aku apa lagi, jawab sambil menang1s la dengan bapak sedara aku t4kut kena pvkul.
Pasal part mak aku pulak, bila dia dah tinggalkan aku kat sana, mak aku jarang melawat aku.

Kadang kadang dua hingga tiga minggu sekali baru datang jenguk aku. Pernah paling lama dia tak datang melawat aku, rasanya sebulan lebih kot baru dia muncul.

Mak aku tau saja semua ni, tapi dia tak de pilihan nak tinggalkan aku kat mana time tu. Dia sed1h sebenarnya aku diperlakukan begitu. Tapi apakan daya, dia tak boleh buat apa. Kenapa mak aku tak bawak aku sekali duduk dengan dia? Sebab mak aku warganegara Tha1land, so nak uruskan pasal perpindahan sekolah aku tak boleh nak dibuat sebab st4tus dia.

Bila mak aku balik then tinggal beberapa hari sekali dengan aku, aku dapat rasa macam dilindungi. Rasa t4kut tu kurang dan yang paling penting aku boleh tidur dengan mak aku untuk lepaskan rindu. Bila mak aku nak tinggalkan aku untuk pergi kerja, masa tu la drama air mata aku terjadi. Walaupun dia dah bagitau aku siap siap hari apa yang dia nak pergi.

Bila dia nak pergi kerja naik van/teksi yang datang ambik kat rumah mak sedara aku, pernah aku menang1s nak ikut dia sampai lompat naik van/teksi tu sebab tak sanggup kena tinggal. Apa yang aku fikir pada masa tu, tak de dah orang yang boleh lindungi aku. Dia tak tau apa yang aku tanggung pada masa tu. 2 saja yang ada dalam kepala otak aku. Tapi dia tak tau.

Masa aku taip ni bila nak imbas balik untuk cerita dalam ni pun aku nak menit1s air mata. Mungkin terkesan sangat kot untuk aku sebab childhood time aku jadi gini. Lepas mak aku dah blah naik van/teksi tu, aku pergi bawah rumah sorang sorang menang1s semahunya sampai bengkak mata. Sepupu aku? Apa lagi diorang datang meng3jek jela atas kesed1han aku.

Diorang dah boleh start naik t0ncang untuk bul1 aku balik. Adegan bul1 akan bersambung balik la jawabnye. Aduh. Oh ye, satu lagi pasal kereta mainan Tamiya tu kan. Lepas pada kejadian tu, aku sebenarnya masih lagi berusaha untuk simpan duit balik untuk beli kereta mainan idaman.

Seingat ingat aku, aku simpan duit bawah baju dalam bakul baju. Sepupu aku tak thu kot yang aku simpan duit bawah tu. Aku ingat lagi jumlah duit aku simpan ada RM6. So boleh la aku beli kereta mainan idaman aku yang tak terbeli dulu akibat sepupu aku tak bay4r hut4ng.

Aku ingat ingat lupa saja kisah ni macam mana sebenarnya, tapi yang aku ingat la, bila duit aku dah cukup untuk beli kereta mainan Tamiya, hari tu hari khamis yang merupakan hari pasar malam, tengah hari aku selvk la duit aku bawah baju RM6, tapi tinggal RM2 ke RM3, atau tak de langsung. Tah lah dah lupa aku.

Aku pun frust la sebab benda ni berulang lagi la pulak dah. Kempunan lagi aku rupanya pasal kereta mainan tu.

So aku ambik balance duit aku yang ada, aku pun fikir tak boleh jadi ni, daripada aku simpan asyik kena remb4t baik aku pakai sume terus, at least yang guna duit tu aku sendiri. So petang tu aku pun berjalan pergi kedai runcit, beli jajan dengan biskut tiger.

Aku makan kat pondok sorang sorang sambil aku fikir, kenapala nasib aku macam ni, then macam mana ye aku nak dapatkan kereta mainan Tamiya tu. Aku budak kot time tu. Tapi dah terfikir nasib.

Malas dah aku nak menaip. Aku t4kut orang baca cerita aku ni meny4mpah atau b0ring. Tapi sebenarnya tujuan aku menulis kat sini bukan nak meraih s1mpati ye. Cuma aku nak bagitau yang nasib kanak kanak yang jadi m4ngsa percerra1an ibu bapa macam aku ni m4lang.

Jadi m4ngsa keadaan ak1bat orang tua aku nak settlekan mas4lah diorang dengan cara bercerra1, tapi tak pernah nak fikirkan apa nasib anak anak diorang bila lepas dah bercerra1. Kalau aku rajin lagi, nanti aku sambung untuk part seterusnya ye.

Tapi cerita ni bukan rekaan. Memang cerita perjalanan childhood aku yang sur4m. T4kut orang kata ni cerita rekaan la pulak. Terima kasih sudi membaca cerita aku yang tak seberapa ni. Yang benar. Kredit edisimedia.

Sumber – Encik D (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Sumber :  Seleksi Media

Leave a Comment