Pengantin berani pujvk mak ayah nak pakai baju nikah hitam, tapi m4lu habis dius1k atas pelamin – “Kita kahwin, biarlah kita buat pilihan”

HIDUP dalam suasana p4ndem1k c0vld-19 tidak menjadi penghalang untuk ramai individu di negara ini mendirikan rumah tangga.

Begitu juga dengan pasangan pengantin ini yang mana video sambutan hari bahagia mereka pada 1 Februari lalu tiba-tiba tul4r di aplikasi TikT0k.

Menurut Fatin Nabilah Mohd Salim, 26, dia dan suami, Hanif Izlan Basri, 25, dinikahkan di sebuah pejabat agama sebelum acara ringkas dibuat di kediaman ibu bapanya di Taiping, Perak yang hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Ketika sedang beraks1 untuk rakaman foto, adik-beradiknya datang mengus1k dari arah tepi sehingga dia dan suami turut tergelak dan tersipu m4lu di atas pelamin.

“Saya dan suami sedang bergambar atas pelamin. Kami memang seg4n dan masih m4lu-m4lu sebab baru kenal. Kami berkenalan lima bulan dan terus kahwin. Kami kenal pun selepas diperkenalkan oleh kawan-kawan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Pada waktu itu, adik-beradik saya pula datang mengusik. Kami pun tergelak. Pada masa sama, adik kepada suami yang rakam video itu. Saya sekadar suka-suka kongsi di TikT0k.

“Saya post waktu malam, bangun pagi esok dah banyak n0tif1cation yang masuk. Kali pertama v1ral. Memang saya terkejvt,” ujarnya yang mesra disapa Fatin.

fatin2

Pasangan ini disatukan pada Februari lalu.

Selain video usikan itu, ramai netizen turut tertarik dengan pemilihan busana warna hitam pada hari perkahwinan pasangan itu.

Menurut Fatin, warna hitam menjadi idamannya sejak sekian lama dan dia bersyukur ia berjaya direalisasikan biarpun mendapat tentangan pada awalnya.

“Saya memang minat warna hitam. Suami pula dia memang t4k kisah. Ketika beritahu keluarga, mereka punya m1ndset pada awalnya mengaitkan warna hitam dengan upacara berk4bung.

“Tapi saya jelaskan semula bahawa tiada pun l4rangan pakai warna hitam dalam Islam. Memang impian saya nak kahwin pakai baju warna hitam.

“Awalnya mak ayah saya juga menentang, tapi saya yakinkan mereka. Asalkan pakaian itu sopan dan menutup 4urat, saya rasa tiada m4salah untuk teruskan.

fatin3

Hanya keluarga terdekat hadir dalam majlis itu.

“Saya juga ada terfikir sekiranya orang akan berkata-kata, tapi bila fikir balik, saya puas hati dapat tunaikan impian. Kita yang kahwin, jadi biarlah kita yang buat pilihan. Asalkan kita gembira,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, video-video acara perkahwinan yang dikongsi di TikT0k miliknya sudah meraih lebih setengah juta tontonan.

Bercerita mengenai dirinya, Fatin merupakan pegawai 0perasi perniagaan di sebuah insitusi kew4ngan dan kini menetap di Pulau Pinang dengan suaminya.

fatin4

Fatin tak sangka video dia dan suami di atas pelamin tul4r di TikT0k.

Biarpun sed1h hari bahagia itu dilangsungkan ketika p4ndem1k c0vld-19, Fatin turut melihat dari sudut p0sitif dan menganggap ia satu ketentuan untuk dia dan suami.

“Ada juga rasa sed1h kahwin ketika p4ndem1k. Tapi melihat dari sudut p0sitif, acara itu sangat bermakna biarpun ia sekadar kecil-kecilan.

“Kalau buat acara besar, mungkin tak sempat nak rakam detik adik-beradik saya mengusik. InsyaAllah jika ada rezeki, nanti nak buat majlis doa selamat dengan kawan-kawan dan saudara yang tak dapat meraikan hari bahagia kami tempoh hari,” ujarnya lagi.

Sumber : mStar

Leave a Comment