Kesi4n mak. Bila ditnya xde s0rang pun tau mak kemane. Takda se0rang pun ank men0leh bila mak ajak mkn sekali. Pd suapan trakhir, setitik air m4ta mak jatuh ke pinggan

Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan res4h. Mak tunggu adik b0ngsu balik dari sekolah agma. Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Al0ng mana?’ Mak jawab, “ Ada di dapur tol0ng siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main b0la.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik teng0k tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik r0sak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian, Jam 6.30 petang..
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Al0ng, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “T4k tahu.” Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?” Ateh menjawab, “Entah.” Ateh terus membaca majalah tanpa men0leh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” Alang tidak jawab. Alang hanya meng0ncang bahu tanda tidak tahu. Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan fcebo0k. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun meray4p lagi. Tak ret1 nak balik!!” Tersent4p hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.

Mak res4h apabila anak-anak Mak l4mbat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya “Mana Mak?”

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin h1lang dari bibir anak-anak Mak. Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah res4h menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik.

Ayah r1sau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu meng4du sak1t lutut. Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzor. Besi-besi payung terc4cak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti.

Mak menjinjit dua bungkusan plast1k. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang meng0tori kereta anak-anak Mak.

Mak usap bahagian depan kereta Ateh prlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diket4p repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham.

Sekarang Mak tidak dpt lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak t4kut anak Mak akan menep1s tangan Mak kalau Mak lakukannya. Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu.

Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak t1dak berjawab. Terket4r-ket4r lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sak1t lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak m4lu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda,

“Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.” Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikm4ti kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat.

Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci.

T1dak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya spt dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak pen4t sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput.

Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua t4k berangkat.” Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak t1dak boleh berjalan balik sebab hujan.

Lutut Mak akn sak1t kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah sus4hkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sed1h-sed1h.

Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita m4ti kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar.

Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. Beberapa tahun kemudian.

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah t4k ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik t1dak sempat melihat Mak waktu Mak sak1t.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam 1sakan tang1s, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubor Mak. Hanya batu n1san yang berdiri terpacak. Batu n1san Mak tidak boleh bersuara.

Batu n1san tidak ada tangan macam tangan Mak yg selalu memelok erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar.

Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sak1t ten4t. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jen4zah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sed1h sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah.

“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah s1lap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika.

Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. Ayah sed1h. Di tepi kubor Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” ”

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah h4ncur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang?

Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”

“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengs4n sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terket4r-ket4r ayah bersuara, “Mana Mak?”

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu.

Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung res4h, apabila tua dilambung rasa.
Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya.

Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memangg1l. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Ps: Ingat, kita cuma ada 1 sahaja ibu dan ayah di dunia ini. Jangan sampai apabila mereka sudah tiada, barulah kita hendak menang1s.

Sedvhnya baca kisah ini. Buat anak anak diluar sana, janganlah sesekali mengelvh dengan ayah dan ibu kita. Hargailah mereka selagi masih berkesempatan. Jagalah hati mereka. Ingat, mereka tidak pernah mengelvh melayan karen4h kita disaat masih kecil dulu.

Kongsikan, moga bermanfaat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Sumber : Seleksi Media

Leave a Comment