Kau masaklah byk manapun, kalau kau ada dpn aku, xselera jgk aku.Tindakn istri buat aku pening dan trmenvng panjang

Assalam. Ini pertama kali aku c0nfess perasaan aku kat sini. Sebenarnya, adik-adik aku yang suruh. Kata diorang share lah kat sini, biar ramai yang boleh baca dan ambil pengajaran. Nama aku Hairi. Nama betul ni. Umur aku 33 tahun. Aku kerja PJ, asal Rawang.

Kerja aku dalam bidang perbankan. Sekarang bekerja di salah sebuah b4nk swasta kat Malaysia ni. Aku dah berkahwin. Dah 7 tahun. Aku kahwin masa umur 27. Isteri aku 24. Aku kenal dia melalui ayah aku. Ayah aku brkenan sangat dengan isteri aku sampai nak jadikan dia menantu. Aku pula masa tu dah kerja tapi per4ngai tak ubah macam zaman muda.

Suka merayap, melep4k balik lewat. Pergi kerja lewat. Tak terurus. Kawan dgan budak2 ket0m. Tapi aku tak minum lah. Sump4h! Cuma aku suka sembang dengan diorang sebab kenal dari zaman sekolah. Terp1sah kejap sebab masuk U kat Utara Semenanjung. Aku kerja pun jawatan elok. Semua okay.

Tapi per4ngai aku buat kan family aku tak senang. Yelah, dah 27tahun tapi bajet 18. Tidur pun 3jam je sehari lepas tu pergi kerja. Balik kerja lep4k sana sini. Balik je mandi tidak apa tidak terus terb0ngkang tidur. Duduk runah sewa pun tak kenal siapa kawan serumah sebab balik lewat. Keluar kerja lambat.

Ayah aku kenal aku dgn seorang gadis,namanya Iman (bukan nama sebenar). Ayah aku kenal dia sbb dia kerja part time kat KF-C tempat ayah aku selalu lunch dengan kawan-kawan ofis dia. Ayah aku pun kerja b4nk juga. Kat area Rawang. Dia minta kat Iman nombor fon, dia bagi kat aku. Aku pula masa tu memang tak kenal sesiapa yang istimewa. Aku try lah . Without hes1tation, aku text dia. Padahal jumpa pun tak pernah.

Text pun masa aku rasa bosan je. Kalau tak, tak da makna lah. Dia pun layan je. Lama kelamaan tu, lepas kerja je, aku tersekat dalam jem, aku call dia. Borak b0doh lah tanya dah makan ke buat apa, kat mana. Selalunya aku melencong dulu melep4k sampai lupa balik rumah, tapi bila kenal dia, aku selalu terus balik rumah sebab nak sembang lagi.

Aku jadi senang hati berbual dengan dia. Kalau melep4k, aku tak dapat nak borak dengan dia lansung. Text lagi lah. Kaw kaw kena bahan. Tak lama lepas tu, kami makin rapat sampai aku rasa ready nak jumpa dia. Kami jumpa kat midvalley buat kali pertama. Then tak sampai seminggu, jumpa lagi.

Masa tu dia dah tak kerja KF-c, dia dah dapat kerja dengan kelulusan degree dia di Ampang. Dia kerja KF-c tu part time sebelum dia kerja yang lain. Then, aku decide nak kahwin dengan dia. Even kami kenal tak lama. Dia pun setuju kalau aku betul-betul sudi terima dia. Yes! Aku sudi.

Ayah dan mak aku lah paling happy bila aku nak kahwin. Sebelum puasa tahun itu, kami pun selamat jadi suami isteri. Kami tinggal bersama di Ampang. Aku ulang alik kerja di PJ. Iman layan aku sgt baik dan menenangkan hati. Aku dah lama t4k solat masa tu, since zaman university aku tinggalkan solat.

Mak ayah aku pun tak tahu. Doa Qunut dengan tahiyyat akh1r pun aku t4k ingat. Aku m4lu g1la dengan Iman. Tapi dia tetap terima aku. Dia ajar aku slow2, bagi aku masa belajar balik. Dia tak pernah paksa aku s0lat, tapi dia pandai saik0 aku, dia solat depan aku and buat aku rasa m4lu.

Lepas dia solat, mesti aku akan solat juga. Iman ada adik, lelaki. Seorang. Baik juga. Dia belajar di Uitm Shah Alam. Hujung minggu je kalau tak ada apa-apa, aku suka teman Iman pergi melawat adik dia. Adik dia tak pernah nak pandang s1nis kat aku even dia tahu aku ni bukan lah orang baik. Solat pun tak cukup, mengaji tak pandai.

Dia tetap h0rmat aku lebih dari yang aku bayangkan. Kami berdua hidup bahagia macam pasangan lain, sampai lah masuk tahun ketiga perkahwinan. Aku mula tersuka kat salah seorang staff baru kat b4nk aku. Dia dari Pahang, then tr4nsfer ke ofis aku sebab naik pangkat. Dia bahagian HR. Dia cun g1le.

Flawless, pinggang ramping, rambut lebat, hitam berkilat, senyum nya manis. Dia sangat ramah dengan semua orang kat ofis aku. Masa tu, aku mula pasang niat nak kenal main-main dgn dia ni. Ada lah m0dal aku nak bersembang dengan member masa lep4k. Ya, aku mulakan balik tab1at lama aku, melep4k dengan budak-budak sekolah aku yang kaki ketom, kaki plig4mi tu.

Aku mulakan tab1at tu sejak tahun ketiga perkahwinan. Mulanya seminggu sekali je. Lepas tu makin kerap aku melep4k. Sebabnya, hujung minggu je Iman tak ada kat rumah. dia sambung master di utara.

Dia banyak ke sana bila hujung minggu, kelas dan jumpa superv1sor dia. Aku pula jarang ikut sebab kadang-kadang, hari Sabtu ada meeting pagi. Staff baru aku nama Hana. Hana pula dah termakan ayat manis aku. Dia berani ajak aku tengok wayang, tengok live band kat KL even dia tahu aku lak1 orang.

Dia kata dia nak berkawan je, bukan nak ambil aku ser1us sebagai teman lelaki. Aku pula masa tu dah kalah dengan nfsu, aku turutkan saja. Sampai satu tahap, aku dah pandai t1pu Iman.

Aku kata outstation, tapi aku pergi bercuti dengan Hana di Bandung. 4hari. Bilik as1ng, tak ada apa-apa yang ‘k0tor’ kami buat. Tapi, ye lah. Aku dengan dia berdua lah pusing2 kat sana. Shopping macam-macam bersama.Makan bersama.

Bergambar bersama, sampai Hana pun berani letakkan tangan dia kat p1nggang aku. Masa tu berget4r juga j1wa raga aku. Lps Bandung, aku dengan Hana ke Perhentian pula. Masa tu aku t1pu Iman, aku pergi bawa trainee kursus dan taklimat. Iman mula-mula tu tak percaya.
Tapi aku start jerk4h dia supaya tak cur1ga dengan apa yg aku buat. Dia pun diam, tak persoalkan lagi.

Kat perhentian, kami duduk satu bilik. Macam pergi hneym0on. Tapi aku tak lah buat benda j1j1k dengan dia, tapi aku meng4ku, kh1laf aku. Kami tidur sekat1l bersama. Sejak balik dari Perhentian, aku jadi lain. Aku asyik terbayang kan si Hana. Ke mana aku pergi, Hana sahaja dalam kepala aku. Kat ofis pun aku cari dia, kat rumah pun aku cari dia.

Telefon aku sikit pun tak berp1sah dengan aku sebab duk text dgn Hana. Lama kelamaan, aku dengan Iman makin rengg4ng, aku masuk bilik lepas dia tertidur. Mengantuk macam mana pun aku, aku tahan biar dia tertidur dulu. Then aku bergayut dengan Hana sampai lewat pagi. Baru lah aku masuk bilik. Hujung minggu kalau Iman ada kat rumah, aku akan buat alassn untuk pastikan diri aku boleh keluar dengan Hana.

Sampai lah satu hari,aku dengan Hana ke Damansara. Makan kat sana. Tengah syok aku makan, mata aku ternampak adik ipar aku tengah makan dgn kawan-kawan dia. Terkejvt aku. Adik ipar aku tu pandang je kat aku. Pandangan yang kosong tepat ke mata aku. Aku pula, si Hana kat sebelah tengah bermanja sambil mengg0da dengan badannya. Aku jadi sangat tak tenang lepas saat tu.

Aku t4kut jika Iman tahu. Lepas makan, dalam kereta tu aku bagitahu Hana, apa akan jadi kalau Iman tahu? Mesti ayah meng4muk kat aku. Hana h4sut aku supaya Iman tak besarkan 1su tu sampai ke pengetahhuan family aku.
Hana kata, kalau kant0i. Habis lah aku, dibu4ng family sendiri.

Sedangkan kami berdua kawan je. Bukan lebih. Tapi kalau Iman sampaikan kepada mak ayah aku, mesti mereka tak nak dengar cerita aku dah. Aku b0d0h, dan aku terped4ya dengan dia. Balik tu, aku tanya dia. Adik dia tak call ke? Dia kata tak ada pun. Kenapa? Aku lega, sebab adik ipar aku masih rep0rt apa-apa.

Tpi sangkaan aku meles3t, tk sampai sebulan. Mak aku call aku kat ofis, suruh aku singgah rumah lepas waktu kerja. Aku pun pel1k, biasanya kalau mak aku call minta buat macam tu, dia kirim lauk ke Iman. Dia minta aku ambil kan kat Rawang. So, aku pun fikir, sbb tu kot. Sampai rumah family, mak ayah aku dah tunggu aku kat ruang tamu. Mak aku muka dah mer4h-mer4h, mata dah bera1r.

Aku terdiam. Ayah aku pula, bangun je tempat duduk dia terus datang t4mpar aku berkali-kali. Sampai aku mer4ung minta berhenti. Masa tu aku tau dah,kant0i! Ayah aku mrh sungguh, sampai panggil aku set4n. Tak pernah dia sem4rah tu, lepas kena lemp4ng tu, berp1nar kepala aku.

Mak ayah aku terus menerus mar4hkan aku. Tapi masa tu masuk telinga kiri keluat telinga kanan. Dalam kepala aku, aku nak balik cari Iman. Kenapa perlu bagitahu perkara ni kepada family aku dulu sebelum bertanya dgn aku sendiri. Aku terus bangun dan balik ke Ampang meskipun mak ayah aku masih tengah beb3lkan dan mar4hkan aku.

Sampai rumah, Iman tengah tengok TV. Drama Korea dia. Dia perasan aku balik, dia senyum. Senyuman dia s1nis betul, aku lagi naik d4rah. Aku tekad, apa nak jadi malam tu. Jadi lah. Aku nak bal4s apa yang mak ayah aku buat kat aku, kalau aku kena lemp4ng tadi, sekarang ni, dia pula yang kena rasa. Sambil dia senyum tu, dia tanya.

Abang dah makan ke? Lambat balik? Nak saya panaskan lauk? Haa, aku pergi kat dia. 7x lauk aku bagi kat muka dia. Jelas lagi kat minda aku, dia mer4yu supaya aku berhenti.
Aku pula, terus terusan m4rah dan salahkan dia sebab bagitahu mak ayah aku. Dia jawab dia tak tahu apa-apa. Kenapa? Apa yang berlaku. Aku pula, b1ngung sekejap.

Kalau bukan dia yang bagitahu, siapa pula? Aku pun berhenti t4mpar dan pvkul dia. Terus masuk ke bilik tidur sebelah master bedroom. Malam tu aku nekad, aku takkan tidur dengan Iman dan aku mahu t1nggalkan dia segera. Mlm tu aku tinggalkan saja Iman kat ruang tamu lepas aku pvkul dia berkali-kali.

Aku trt1dur dan trjaga tgh hari keesokannya. Mujur hari Sabtu, taj kerja. Kalau tak m4mpus aku tak masuk kerja. Aku keluar bilik dan cari Iman. Dia ada di dapur sedang mengemas, dia perasan aku ada. Aku macam nak lari dari dia.

Aku mal4s nak tengok muka dia. Tak sempat aku lari, dia panggil aku. Katanya nak bincang. 10minit je. Aku pun endah tak endah je lah. Tarik kerusi makan, duduk. Dia dengan lembut, cakap kat aku yang dia tahu aku ada perempuan lain selain dia.

Dia tak tahu dari sesiapa pun. Tapi dia dengar sendiri aku berbual dengan Hana kat ruang tamu pagi-pagi but4. Dia tahu aku tak pergi jumpa kawan tapi keluar wayang dengan perempuan tu. Sebab banyak kali dah dia t4ngkap tiket wayang aku, res1t perfume dan res1t baju kat poket seluar aku.

Masa tu aku rasa, ya Allah b0d0hnya aku. Boleh lagi aku berlagak baik dengan b1ni \ sedangkan selama ni dia tahu aku buat hal belakang dia. Aku rasa m4lu sendiri, macam mana dia boleh sabar dan tak m4rahkan aku sedangkam dia tahu semua ni. Dia kata, dia Mohon sangat agar aku tak cerra1kan dia. Dia taknak mak ayah aku rasa sus4h hati kalau kami berdua berp1sah. Ya, ayah mak aku sangat sayangkan Iman.

Mereka layan Iman lebih dari tahap menantu. Dah macam anak perempuan sendiri. Dia nasihatkan aku macam2 agar aku tak teruskan lagi hubvngan dengan Hana dan kembali ke jalan yang betul. Bukan lagi m4ksiat. Dia kata dia maafkan aku dan boleh terima aku lagi jika aku benar-benar nak berubah dan bertaub4t. Aku diam. Tak kata apa. Aku masih sayang dan perlukan dia.

Tapi aku juga sangat menyintai Hana. Dua bulan lepas tu, aku nikahi Hana. Mak ayah aku tak datang pun ke majlis kami. Kami pun buat di pihak keluarga Hana je. Yang datang cuma abang dan kakak ipar aku. Sejak kahwin dengan Hana, aku tak balik ke rumah sewa Iman di Ampang.

Tapi Iman, tetap hari-hari text aku tanya khabar dan tanya makan minum aku. Setiap hari. Pagi, tengah hari dan malam. Setiap hari. Tak pernah aku balas. Apatah lagi aku nak call dia untuk tanya khabar dia. Rumah mak ayah pun aku tak balik, cuma aku call mak aku je sekali sekala.

Meskipun aku tak balik tengok Iman, setiap kali gaj1 aku akan masukkam duit 600 ringgit untuk dia. Bagi aku, aku tetap kena bagi nafkah untuk dia macam selalu meskipun kami dah tak berjumpa dan bertegur sapa. Kadang-kadang aku singgah juga di Ampang dan bungkus makanan untuk dia.

Aku hanya pass di pintu pagar, tak masuk pun. Reaksi dia betul2 buat aku tersentvh, wajah dia happy betul setiap kali nampak aku datang hantarkan makanan kat dia. Jauh dalam hati aku rasa sangat bers4lah, tapi aku tep1s rasa tu sebab aku lebih sayangkan Hana. Satu hari tu, masa tu bulan Puasa.

Mak aku beb3l sebab aku dah berbulan lama tak tengok Iman. Jadi aku pun ke Ampang, berbuka puasa dengan Iman. Punya lah happy Iman masa tu, penuh meja dengan makanan kegemaran aku. Ada macam-macam. Aku pula eg0, sebenarnya rasa terh4ru tapi nak tak mengaku. Alih-alih, bukan cakap terima kasih. Aku h1na pula dia.

“Masak lah bebanyak macam ni pun, kalau kau depan aku, t4k selera juga”. Iman diam je bila aku cakap macam tu. Dia tunduk je. Then dia tanya, “Iman minta maaf, Iman ada buat salah ke abang? Iman tak cukup baik ke dengan abang ?”

Aku jawab, “Baik memang baik, tapi kalau setakat baik pun tak guna. Ramai je lagi yang baik kat luar sana tu. Bukan kau sorang je. Orang lain dah lah cantik, baik jugak. Cuba kau tengok diri kau, t4k lawa lansung.

Mekap pun tak pernah menjadi. B1ni orang lain elok je. Jangan salah kan aku lah cari lain”. Dia terus gel3ng kepala, kata dia. Dia tak pernah salahkan aku. Dia sedar dia banyak kurang dari lebih. Dia minta maaf banyak kali kat aku kat meja makan tu. Lepas makan, aku siap-siap nak balik, dia nak salam aku. Aku t4k sambut pun. Aku rasa meny4mpah g1la kat dia.

Tapi sebelum aku bertolak, dia request kat aku. Dia nak aku datang convo dia awal bulan 11 tahun tu. Aku terus balas, aku nak pergi Korea dengan Hana. Bulan 11. So tak boleh janji. Dia angguk je. Lepas tu, aku sound lagi dia. Aku kata st0p text aku nak minta izin ke apa ke.

Buat lah apa dia nak buat. Aku tak kisah. Jangan kac4u aku dengan text dia yang ann0ying lagi. Dia angguk lagi paham. Itu lah last aku makan dengan dia dan datang rumah dia. Lepas pada tu, kalau jumpa pun kat kenduri kahwin belah family aku atau masa gathering kat rumah mak ayah.

Dia tak pernah berani nak datang dekat kat aku, sebab masa dia seng1h-seng1h nak datang lagi aku dah bagi isyarat jangan dekat. Aku dengan Hana pula, macam biasa. Jadi suami isteri kat tempat kerja yang sama. Semuanya indah, dapat b1ni lawa, cantik. Nak tayang kat orang pun best.

Pergi lep4k dengan kawan pun, semua puji aku pandai cari b1ni baru. Memang saham aku naik habis-habisan lah. Tapi tak sampai dua tahun berkahwin, aku dengan Hana makin kuat berg4duh. Dari rumah sampai bawa ke tempat kerja. Sampai kena panggil dengan boss sebab bising berg4duh di ofis.

Kat rumah pula tak p4yah cakap lah. Asyik bak bergduh je. K3s nya, Hana keluar dengan kawan-kawan dia ke club di KL sampai balik separuh m4buk. Aku pula pernah dapat v1deo dia menari dengan entah siapa-siapa kat club tu. Kawan dia yang sent.

Aku jel3s lah. Bila balik aku m4rah, dia m4rah aku balik. Lepas tu berb4u busok sebab minum ar4k. Hisp r0k0k. Semua ni mula sebab berkawan dengan kawan kaki disk0.

Terus menjadi-jadi. Dah warn1ng pun tak jalan. Masih dengan per4ngai dia. Kerja p0nteng sebab balik m4buk, pagi tak.boleh bangun sebab pen1ng. Sudahnya aku yang kena jawab. Kat ofis pula banyak yang bunyi, cakap belakang pasal aku dengan Hana.

Macam-macam, sampai ada yang aku dengar dari orang lain, pad4n muka Hairi, nak sangat kahwin dengan level pel4cur. Ingat megah sangat dapat perempuan tu? Masa tu aku str3ss. Semua kerja aku jadi terb4ntut sebab depr3ssed. Mana dengan kawan ofis jauhkan diri dari aku, isteri pula buat hal kat rumah dan ofis.

Aku jadi tertek4n sangat-sangat. Lastly, aku jumpa boss HR which is boss Hana dan mohon tukar c4wangan lain. Aku perlukan env1ronment yang baru. Sebab kat situ aku memang tak boleh buat kerja dah. Tak sampai dua minggu, aku ditukarkan ke Cheras. Dan yang duduk di Cheras tu ganti tempat aku. Fikiran aku dah lepas satu beb4n, tak perlu lagi nak hadap m0g0k kawan-kawan kat ofis lama.

Ingatkan dah p1ndah, aku boleh chill sikit, tak boleh juga. Hana buat hal lain, pandu kereta m4buk sampai l4nggar dinding tepi fly over. Habis kereta aku pula tu. Tervk pula tu kena. Nak baiki m4hal, dekat 4000. Sebab libatkan enj1n semua.

Masa tu tahap str3es aku dah tak boleh kawal, aku balik rumah mak ayah aku. Aku lu4hkan kat mak aku. Tak sempat aku nak story, dia kata dia tak nak dengar dan dia tak s1mpati lansung pun. Abah aku pula siap cakap, kalau datang rumah dia nak tambah mas4lah dan ser4butkan kepala dia, baik tak payah datang. Aku jadi kec1k hati, terus balik dan tak datang meng4du kat mak bapak aku.

Fikiran aku makin kvsut sebab tak ada kereta nak pergi kerja. PJ ke Cheras bukan dekat sangat, jauh juga. Aku pula tak ada motor. Kereta Hana memang dia dah guna nak pergi ofis.

Duit aku pula tak cukup nak b4yar, sebab bukan setakat 4000 tapi lebih. Spare parts pun m4hal. Aku kusvt g1la. Tiga ke empat hari Lepas tu, aku dapat sms n0tification yang katakan acc0unt aku dapat masuk 5k. Aku terkejvt, bila semak, acc0unt Iman yang masukkan. Aku terus call dia, kenapa bagi aku du1t banyak tu? Dia kata tak apa, ambil lah.

Abang kan nak guna du1t. Aku tanya balik mana dia tahu? Dia kata ayah yang bagitahu. Masa tu aku rasa berd0sa dengan mak ayah aku. Aku asyik syak negat1ve je kat mereka kononyya tak s1mpati kat aku, tpi sebenarnya diaorang sangat care pasal aku. Aku pun bagitahu Iman, aku nak p1njam duit tu dulu, nak pr0ceed baiki kereta. Dia kata ambil lah sebab tu memang du1t aku pun. Aku macam pel1k, tang mana duit aku pula?

Kata dia, tu lah duit yang aku duk kirim tiap-tiap bulan selama ni, dia tak guna pun sebab dia pun bukannya duduk dengan aku. Dia rasa bersalah, ambil nafkah duit tapi tak buat tugas isteri. Aku terdiam. Rasa sangat bers4lah. Dia perasan aku diam lama, dia terus cakap. Abang guna je. Takpe.

Jaga diri. Terus dia letak call. Masa tu aku rasa sangat terh1na, selama ni apa je aku tak kata kat Iman. Semua yang burvk aku kata depan muka dia. Dia tetap layan aku baik. Aku m4lu. Sungguh aku m4lu. Beberapa bulan lepas tu, aku dengan Hana berp1sah. Meskipun dah pergi sesi kaunsel1ng dengan pejabat agama, tetap juga per4ngai Hana tak berubah.

Makin menjadi. Last nya, kami ambil jalan untuk bawa haluan masing-masing. Aku pula, muka tak m4lu, balik semula ke rumah sewa Iman di Ampang. Masa aku balik semula ke rumah tu dengan beg penuh dalam kereta, dia tetap sambut aku dengan baik tapi berbeza dengan Iman yang dulu.

Dia tak banyak cakap, dia banyak jauhkan diri dari aku dan dia bertudung meskipun dalam rumah. Kami t4k tidur sebilik sebab dulu aku pernah kata kat dia, kalau makan dengan kau pun t4k selera, apa lagi tidur. Dan aku memang dah as1ngkan tempat tidur dengan Iman sebelm kahwin dengan Hana.

Bila aku dah kembali ke rumah Iman, aku jadi kekok nak tidur semula dengan dia. Iman sendiri pun dah letak batas aur4t dia dengan aku. Aku bertambah rasa bersalah dan kekok. Setiap pagi dia akan kejvt aku bangun subuh, dia ketuk. bilik aku sampai lah dia dengar aku jawab Ya. Bila aku turun, makan pagi dah siap. Tapi kami tak pernah makan bersama. Sebabnya, Iman selalu duduk di dapur tak tahu buat apa.

Sampai satu hari, masa tengah makan, aku nak ambil sudu lebih. Aku masuk ke dapur dan nampak Iman makan di depan peti sejuk seorang diri. Aku terus pel1k, kenapa makan kat sini? Kenapa tak makan kat depan dengan abang?

Dia jawab, saya tak nak abang h1lang selera pula. Terus aku terdiam tak kata apa. Malam-malam pula, depan TV dia akan tengok lah cerita-cerita kegemaran dia, kalau aku join sekali. Tak sampai 5 minit mesti dia minta diri masuk bilik lah gosok baju lah, l1pat baju lah.

Macam-macam alasan dia tak nak stay dengan aku. Hujung minggu je, selalu kunci pintu tak keluar bilik. Tengah hari je nampak dia keluar, masak. Dah siap, dia hidang kat aku. Dia ambil nasi semua, bawa masuk bilik. Aku jadi macam housemate dia pula. Padan lah dengan muka aku, aku yang dulu nak sangat macam tu. Dia buat lah macam tu.

Sekali sekala tu aku dengan Iman balik juga ke rumah mak ayah aku sebab ada gathering dengan adik beradik. Sebelum ni, kalau balik rumah mak ayah aku dia nesti tidur dengan adik perempuan aku sebab aku tidur dengan Hana. Lepas aku p1sah dengan Hana, dia pernah juga nak tidur bilik adik aku tapi aku ajak dia tidur bilik kami.

Dia masuk, tapi dia lapik toto tepi katil. Tidur sorang dia kat bawah. Masa tu aku sed1h, bersalah, berd0sa, menyes4l dan macam -macam lagi lah bila fikirkan balik apa yang aku buatkan dia sebelum tu. Aku bawa balik Hana kat rumah mak ayah aku even ada Iman. Hana dengan sikap berl4gak dia, lansung tak pernah kelih kat Iman apatah lagi nak bertegur.

Apa lah perasaan Iman tengok aku berkep1t dengan si Hana masa tu. Bila fikir balik, Allah. Rasa berd0sa sungguh. Dekat setahun aku dengan Iman macam tu,dia asyik diam diri. Asyik jauhkan diri. Aku pula try hard nak cur1 hati dia, tapi tak menjadi. Bulan ke bulan yang lain, Iman slowly berubah. Dia makin happy depan aku. Wajah ceria dia kembali.

Happy dia semacam, makin hari makin happy. Pagi-pagi nak pergi kerja, akan hulur tangan nak bersalam dengan aku. Bertahun pula tu aku tak peg4ng dia sebab dulu aku juga yang berl4gak tak nak sambut tangan dia bila nak bersalam. Dia dengan tempat kerja dekat.

10min drive je, so bila aku balik dari Cheras, memang dia sampai rumah dulu. Balik je, terus tanya nak makan apa. Nak dinner apa, dia nak buat. Per4ngai dia tak ubah macan Iman yang dulu bahkan lagi manja. Aku of c0urse lah happy bila tengok Iman macam tu. Malam-malam dia ajak tengok movie sama-sama kat ruang tamu.

Bayangkan lah duduk hadap tv tengok cerita ser4m Thai sama-sama, jer1t sama-sama.Pehhh, macam pengantin baru rasanya. Kalau tak tengok movie pun, kami tengok benda lain, maharaja lawak lah, apa lah. Semua nya lah. Sejak Iman berubah, aku mula s0lat balik. Dalam bilik aku tu, aku diam-dia hafal balik bacaan dalam s0lat.

Aku nak Iman bangga dengan aku dengan perubahan aku terutamanya. Hujung minggu pula, kami jogging kat tasik sri permaisuri sama-sama. Makan roti canai sama-sama. Basuh kereta sama-sama. Semua yang kami buat dulu, kami buat balik. Hujung minggu je, lepas zohor, terus merayap. Shopping barang dapur lah.

Tengok wayang lah. Cuci mata kat IKEA. Macam-macam. Sampai satu hari, Iman ajak keluar pergi teman dia pusing-pusing kat KL.
Dia nak night walking kat area KLCC. Aku pun rasa excited lah. Petang lagi aku dah mandi siap-siap, cari baju paling cool sekali nak night walking dengan Iman.

Phone charge penuh sebab nak ambil gambar banyak-banyak. Rasa macam baru kahwin. Lepas maghrib, aku tunggu dia depan TV. Kami pergi naik kereta dia. Sampai kat area dia nak turun, kami park kereta and keluar. Tiba-tiba dia kata, boleh tak nak jalan sambil pegang tangan aku?

Weh berbunga hati aku, nampaknya Iman betul-betul dah terima aku dan lupakan apa yang jadi sebelum ni. Kami jalan lama sangat sambil borak macam-macam. Tangan aku lansung dia tak lepaskan. Dia ambil banyak selfie aku dengan dia. Macam-macam gaya ada. Aku pun senyum tak sudah-sudah. Lewat malam, baru kami balik.

Sampai rumah terus tertidur.bBerbulan lepas tu, dia kata dia dah berhenti kerja. K3snya, aku perasan seminggu dia tak pergi kerja. Then aku tanya lah. Cuti ke? Dia kata dh berhenti. Aku terus setuju, tak apa. Brhenti je, aku boleh t4nggung dia. Aku lagi suka dia kat rumah tak str3ss fikir hal kerja. Dia senyum je. Senyuman dia tu betul-betul buat aku risau. Lain macam je.

Beberapa hari Lepas tu, kami janji nak makan kat IKEA Damansara, sama-sama. Hari Sabtu masa tu, dia kata dia teringin nak makan. Lepas ni tak tahu bila lagi boleh makan. Aku pel1k lah kenapa dia cakap macam tu. Aku tanya dia, kenapa? Dia kata, tak sampai lagi dua minggu. Dia nak fly ke Boston. Sambung belajar kat sana. Terkejvt aku. Sangat terkejvt.

Rasa nak terkeluar balik semua yang aku makan tu. Aku kata kenapa tak bagitahu aku dulu? Dia jawab, kan abang tak bagi Iman bagitahu apa-apa kat Abg. Iman tak bagitahu lah, t4kut abang tak suka. Masa tu ser1us aku kecew4. Aku tanya lagi, sebab tu ke dia berhent1 kerja?

Dia kata ya. Sebab nak sambung belajar. Bias1swa pun dah lepas. Visa dah setel. Semua dah ready. Tiket flight dah ambil 4bulan awal. Semua setel dah. 4 bulan awal? Aku terus tanya lagi. Sebab tu ke Iman tiba-tiba layan Abang dengan baik? Dia angguk lagi. Aku terus diam tak kata apa. Diam seribu bahasa. Selera nak makan pum h1lang. Aku terus tak ada mood.

Kecew4 sungguh aku. Balik tu aku senyap. Lansung tak cakap apa. Aku masih tak boleh terima keputusan Iman nak tinggalkan aku. Berhari-hari aku m0ody, Iman tanya apa-apa pun aku jawab acuh tak acuh je. Then hari ke berapa entah, Iman cuba slow talk dengan aku. Masa tu aku tengah tengok TV. Dia kata, dia nak pergi next Rabu.

Masa tu hari Selasa. Dia kata, dia t4k nak p4ksa aku tunggu dia selama tiga tahun dia kat sana. Dia tak akan minta cerra1 dengan aku. Tapi dia akan bagi kerjasama kalau keputusan aku nak t1nggalkan dia. Dia kata dia dah puas dapat luangkan masa dengan aku beberapa bulan yang lepas.

Kalau lah jod0h kami tak panjang pun, dia kata sekurang-kurangnya dia ada kenangan manis dengan aku sebelum berp1sah. Dia Minta maaf dekat aku banyak kali sampai menang1s nang1s rasa bersalah. Aku diam je. Aku bangun terus ke bilik. Jauh dalam diri aku, aku nak buat yg terbaik untuk dia. Aku sayangkan dia.

Aku takkan lepaskan dia. Senyap-senyap aku belikan dia rantai baru, pen harga 400, jam tangan baru untuk dia pakai kat Amer1ka.
Aku nak bagi kat dia masa kat airport. Baru lah r0mantic sikit. Aku tunggu je hari Rabu, nak pergi airport dengan dia. Boleh jumpa mak mertua aku yang dah bertahun aku tak jumpa.

Hari Selasa berikutnya pun tiba, aku balik awal dari pejabat sebab nak stanby tengah malam tu nak pergi airport hantar Iman. Tapi bila aku balik, kereta Iman tak ada, pintu bilik dia tak berkunci, kasut yang dia selalu pakai pun tak ada. Bagasi dia, beg dia nak bawa semua tak ada. Aku dah gubr4. Aku call dia, ph0ne off.

Aku call adik ipar aku pun t4k angkat. Call mak ayah aku dia kata dah Iman dah pergi. Pagi tadi pukul 9pagi. Aku pergi kerja pukul 8.30pg. patut lah aku tengok dia bersiap. Ingat ke dia nak keluar uruskan apa-apa yang perlu rupa-rupanya dia dah pergi tinggalkan rumah.

Mak aku kata dia flight ke Singapore pukul 3ptg dari KL. Then esok baru lah ke Amerika. Masa tu aku rasa nak mer4ung. Aku betul-betul nak pelvk Iman, nak bagitahu Iman yang aku nak minta maaf. Aku sayangkan dia dan aku menyes4l dengan apa yang aku buat. Aku tak sangka dia betul-betul tinggalkan aku tanpa aku sempat nak cakap semua tu.

Hidup aku jadi kosong lepas pemerg1an dia. Bangun pagi sampai ke nak tidur malam. Aku rasa sunyi. Hidup aku tak ada lagi wajah happy Iman, senyum dia, ketawa dia, beb3l dia. Semuanya. Yang aku bleh tengok hanyalah gambar2 dia di sana kat IG aku. Gambar2 dia buat aku terub4t rindu. Aku pm dia pun sepatah je dia jawab. Dia jadi Im4n yang dulu.

Kadang-kadang tak berjawab pun text aku. Aku sedih g1la. Aku rindu sungguh kat dia. Separuh hidup aku macam nak g1la rindukan dia. Puasa kali ni adalah puasa pertama aku tanpa Iman selepas dia pergi Julai tahun lepas. Tiap Hari aku doa supaya Allah lembutkan hati dia untuk terima aku dan pulang ke pangkuan aku lagi.

Aku tahu aku salah, aku berd0sa. Aku meng1nsafi semua yang aku buat sebelum ini. Aku nak dia kembali jadi cinta hati aku seperti mana aku sudi mengahwininya beberapa tahun yang lalu. Aku yakin, dia akan baca post ni. Sebab adik-adik aku kata dia selalu share c0nfessions di sini kat FB dia.

Kalau Iman baca, aku nak sangat Iman kembali dan terima aku. Moga Allah jaga awak kat sana. Saya sungguh merindui awak. Pulang lah. – Hairi. Sumber IIUM.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada ters1lap dan salah.

Sumber : Seleksi Media

Leave a Comment