Kami bercerrai, gara2 mlut ipar. Msa iddah, suami trsedar pr4ngai ipar dan kami rvjuk. Tp aku xkuat nk hadap ipar

Assalamualaikum salam sejahtera admin dan semua pembaca. Nama aku Ina (bukan nama sebenar).

Terima kasih admin jika sudi menyiarkan kisah aku. Aku cuba untuk meringkaskan cerita.

Aku mahu pandangan dan kata semangat. Aku tak mahu kec4man kerana aku sudah lel4h. Hampir 3 tahun usia perkahwinan aku dengan suami. Kami bakal menimang cahaya mata kedua. Alhamdulillah.

Kini, hubvngan kami suami isteri semakin hari semakin bahagia. Lagi2 akan diserikan pula dengan kehadiran an4k dalam rahim ini, kami hidup seperti apa yg org lain idamkan. Suamiku sgat baik. Selalu membantu aku buat semua kerja rumah, uruskan anak sulung dan sebagainya.

Cuma nafkah on off sebab kerja sebagai tukang masak, tidak menentu pendapatan pada mus1m C19 ini.

Tapi itu tidak menjadi mas4lah kpada aku kerana aku juga bekerja. Suami cukupkan diapers dan susv an4k, itu sudah buat aku bersyukur. Kami selalu spent time sama sama, aku memang tak berkira duit tambah tambah bila makan makan di lu4r bersama suami.

Aku bahagia saja sebab layanan dia di rumah adalah layanan yang menjadi dambaan wanita lain. Dulu, suami aku sama juga seperti lelaki yang tak bertanggungjawab. Kami pernah bercerra1 sebelum PKP yang pertama kerana aku sudah tidak tahan.

Adik beradik suami sering ikut campur dalam urusan kami suami isteri. Pernah mereka memvjuk suami aku untuk PJJ dengan aku konon bers1mpati dengan gaji suamiku yang kecil.

Kakak iparku pernah mencan4ng namaku pada seluruh keluarganya mengatakan yang aku dalam diam m4lu mempunyai suami seorang tukang masak sedangkan aku bekerjaya dan mendapat gaj1 yang lebih besar daripada suami. Aku tak tahu perkara itu sehinggalah pada satu hari aku bertengk4r dengan suami, dia terlepas semuanya.

Aku kecew4 dan lebih kecew4 lagi suami menyebelahi kakaknya. Katanya, aku adalah manusia yang nak menghancorkan hubvngan kekeluargaan mereka sedangkan aku tak penah masuk campur hal keluarga mereka. Aku bukan jenis banyak mulut bila dengan keluarga mereka.

Dipendekkan cerita, kami bercerra1 juga selepas kami bertengk4r. Puncanya adalah aku menemui pesanan kakaknya yang lain bahawa dia tidak pernah menerima aku masuk dalam keluarga mereka. Dia pesan, bila balik kampung nanti, dia hanya menerima suamiku saja tapi tidak menerima aku.

Tak mahu tengok muka aku lagi jejakkan kaki di rumah ibu bapa mereka. Ya, aku sangat terluk4 dan lebih terluk4, suami aku tidak menyebelahi aku dan percaya bulat bulat apa yang disampaikan kakak dia sedangkan yang duduk serumah, tido sebantal dngan aku adalah dia.

Bukan kakak dia. Aku p4srah dan reda. Aku hidup berdua dengan anak. Dlam masa beberapa minggu (masih dalam eddah), suami pada masa itu tinggal di rumah ibu bapanya.

Dia meng4du kepada aku secara berkias yang dia juga punyai mas4lah dengan kakak kakak yang cuba mengh1na dia pula sebab mereka tidak tahu kami bercerra1. Mereka cuba ps1k0 harapkan kami bercerra1. Padahal kami memang sudah bercerra1.

Dari situ, suami mula nampak siapa yang harus dia percaya dan dia mohon rujvk kembali kerana rindukan anak. Anak memang rapat dengan dia.

Aku pikir lebih 100 kali sampai tiada jawapan. Akhirnya aku mohon Allah tuntun hati aku demi kebaikan famili kami. Akhirnya kami bersatu kembali. Rupanya ada hikmah percerra1an itu berlaku. Selepas kami rvjuk, suami aku berubah 360 darjah. Tidak lagi menggunakan kata katanya yang mengguris hati aku.

Buat semua kerja rumah termasuklah basuh kain, angkat kain, bersihkan rumah, masak atau beli makanan jika tak larat masak, uruskan anak, uruskan rumah hampir setiap hari sehingga kini. Aku bersyukur. Aku lebih bahagia dengan suami sekarang dan suami akan cuba memahami hti aku setiap kali aku melu4h perasaan.

Pujvkan yang aku terima berbanding perl1an pada satu ketika dulu. Dia memang memanjakan aku bagai anak kecil. Dulu em0siku diderra, kini tidak lagi alhamdulillah. Cuma, suami masih berusaha menjernihkan hubvngan aku dgn keluarganya. Aku tak mampu. Aku rasa m4ruah aku dipij4k pij4k. Aku menerima suami, bukan menerima keluarganya.

Memang tak elok begitu kan? Tapi aku trkesan dengan kata kata kakak ipar yang mengatakan dia hanya menerima suami tetapi tidak aku. Aku pernah juga balik kampung dia dua kali selpas kejadian itu, tetapi adik ipar lelaki dan perempuan aku memandang sin1s pada aku.

Anak aku juga tak dapat bermain dengan sepupu mereka menggunakan barang mainan mereka. Aku sed1h lihat moment itu. Sejak itu aku tak mahu lagi berganjak ke sana.

Aku tak mampu lihat anak aku dilayan seperti orang yang bers4lah sedangkan dia hanya kanak kanak yang tak faham apa apa selain bahagia dalam dunia dia saja.

Satu hal nya, mereka jenis yang tak tahu m4lu. Sudah menc4ci aku, masih mahu guna harta aku, kereta aku. Tapi dengan muka yang s0mb0ng. Mereka sejenis yang mengatakan smua harta itu adalah kepunyaan suamiku walahal mereka tahu suamiku hanya ada motor sebijik saja itu pun dia dapat selepas kami rvjuk.

Aku tak boleh hidup dan hadap orang yang tak tahu m4lu. Suami ajak aku pulang lagi ke kampung, meraikan majlis perkahwinan adik beradik yang lain. Tapi aku tak mahu. Aku tak kuat untuk dider4 em0si.

Aku jenis cepat ser1k dan tidak mudah melupakan. Maaf aku mungkin tidak ikhlas sebab aku tersangat sak1t. Aku juga tidak mahu suami balik seorang diri menggunakan kereta aku.

Aku juga tak smpai hati biarkan dia naik motor saja sebab jauhnya hampir 5 6 jam. Aku bvntu. Aku memg tak mahu mereka menggunakan harta aku. Aku tak redha kerana aku tidak mampu berbuat baik kepada orang yang memij4k aku. Aku bukan sebaik itu. Kali terakhir adik adik ipar aku naik kereta aku (bersama suami), mereka bu4ng segala kulit buah mata kucinng yang mereka makan di bahagian kaki.

Tak cukup dengan itu, mereka melenyek buah itu dikarpet kereta aku dgn cara memij4knya. Aku jumpa banyak buah yang dah kena lenyek sampai melekat habis di karpet. Belum lagi face mask yang aku sediakan sekotak di dalam kereta, les4p semuanya tinggal kotak sahaja.

Ya Allah, aku tak mampu hidup dengan manusia berhati busok. Aku tak tunggu lama, tak tunggu mereka hanc0rkan kereta aku dulu untuk aku sedar. Aku cepat sedar. Ya, aku sangat berkira dengan orang yang aku rasakan tidak layak. Sebab aku sangat bermurah hati dengan manusia lain sebelum ini.

Aku tidak mampu bermurah hati pula dengan orang yang mengan1aya aku.Maaf lu4han ini agak panjang. Dari cerita aku, aku mahu minta pendapat kalian.

Bagaimana caranya untuk aku ikhlaskan hati aku untuk maafkan mereka dan bagaimana aku harus kuat untuk menghadapi mereka lagi.

Suamiku sudah sangat baik akhir akhir ini terhadap aku sehingga melayani aku seperti puteri bila di rumah.

Tapi aku rasa bersal4h kerana tidak dapat memaafkan keluarga suami. Aku cuba tapi aku tak mampu.

Aku tahu suami sed1h. Tapi, aku tak mampu buat masa ini. Aku perlukan kata semangat untuk perbaiki semuanya. Terima kasih kerana membaca. Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua. Aamiin. Kredit edisimedia.

Reaksi Warganet

Kak Ain – Masih baru lagi per1stiwa lalu itu. Ambillah masa untuk sembvh. Betul, jgn terj4tuh dalam lubang yang sama dua kali. Suami pun dah sedar bahawa bahagia dia ialah di sisi puan.

Tak mengapa jangan terl1bat dulu dengan keluarga mereka andai dengan terl1bat itu kita tidak dpt menjadi diri kita yg terbaik. Kumpulkan segala kebaikan yang kita ada untuk anak dan suami sahaja dulu.

Fartihah Azim –Perlu ke maafkan ipar.Rasanya tak perlu lagi lagi ipar tu pon tak pernah minta maaf dengan awak kan. Lu4h dengan suami betapa awak kecew4 dengan layanan keluarga dia.

Kalau dia nak awak berbaik dengan keluarga dia, suruh dia pesan dengan keluarga dia supaya berbuat baik jugak dgn awak. Sekarang ni suami memang dah tau kan mana permata mana kaca? Tak kan nak suruh awak pulak yang terh3geh h3geh tunjuk muka dekat keluarga dia?

Takde rasa nak pr0tect m4ruah isteri ke? Cakap macam tu dengan suami elok elok tapi dengan tegas. Biar dia tau awak tak main main

Kausar Jay – First sekali. Maafkanlah ipar ipar yang menyak1tkan hati. Tujuannya untuk tenangkan hati. Orang yang memaafkan itu Allah akan bagi ketenangan insyaallah. Keduanya.

Buat macam biasa. Jaga keluarga sendiri je. Tak perlu nak jaga hati keluarga suami. Jaga hat1 sendiri dulu. Kalau ada tak puas hati, terus beritahu suami dan bincang bersama.

Jangan s1mpan sendiri. Jangan kes1ankan suami kononnya suami dah baik dan tak nak perg4duhan. Berterus terang bukan untuk berg4duh tapi untuk selesaikan mas4lah bersama.

Ketiga. Simpan kunci kereta bila balik kampung. Beritahu suami kereta tu tak boleh pakai suka suka. Benda ni kena terus terang dengan suami kenapa rasa t4k puas hati.

Again, bincang bersama. Kalau nak pakai, TT kena ikut sekali dengan suami. Orang lain tak boleh pakai. Be firm. Last sekali. Berdoa dan bertawakal. Semoga keluarga suami lembut hati untuk terima TT sikit sikit dalam keluarga mereka. Insyaallah.

Nur Safirah Mohd Bahar – Luk4 hati perlu dir4wat sis. Tiada salahnya tidak mampu menerima orang yang pernah mengan1aya dan mem1jak m4ruah sis seolah olah sis tiada h4rga diri.

Masa sebenarnya tidak akan mengubah apa apa, tapi masa akan membuatkan kita lebih kuat daripada sebelumnya. Allah pemilik hati, mohon pada Dia tunjukkan jalan yang terbaik buat sis.

Mohon didekatkan dengan insan insan yang penuh kebaikan dan dijauhkan dripada manusia yang hanya mendatangkan kecel4kaan dlm hidup sis. Yakinlah, Allah Maha Mndengar. Insha Allah hati kita lebih tenang walau tidak melupakan.

Sumber – Ina (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Sumber : Seleksi Media

Leave a Comment