Senyap2 aku prgi ke rumah mertua t4npa pngetahuan suami. Trkejut mereka tgk. Kali ni aku bal4s mertua cukup2

Assalamualaikum. Aku Husna (bukan nama sebenar). Terima kasih andai cerita aku disiarkan. Di sini aku ingin kongsikan serba sedikit cerita aku dengan aruw4h ibu mertua aku dulu. Allah hanya bagi aku pinjaman yang sangat berharga ini hanya 4 tahun sebagai menantu buat aruw4h ibu mertua ku (sekarang usia perkhawinan aku dah nak masuk 8 tahun).

Di kesempatan itu aku cuba menjadi menantu yang terbaik. Aku berkhawin dengan anak lelaki bongsu (berasal dari utara dan berkerja di Selangor). Alhamdulillah suami aku tak pernah lupa tanggungjawab dia sebagai seorang anak.

Jika ada kelapangan, pasti sebulan sekali atau dua bulan sekali kami akan pulang ke kampung. Usia aruw4h ibu aku ketika itu, sudah menjangkau 70-an. Untuk pengetahuan kalian, aruw4h ibu mertua aku ini, seorang yang b0ngk0k.

Ketika aku bernikah dengan anaknya, ibu mertua ku dah b0ngk0k. Di sebabkan dia pernah terj4tuh di dalam bilik air..Aku Husna berasal dari Bandar Kuala Lumpur. Berkahwin dengan orang utara. Memang berbeza l0ghat dan cara masakan.

Tidak dinaf1kan pada permulaannya, aku sedikit kekok dengan usia ibu mertua dan ayah mertua aku yang seusia sama macam nenek aku. Tapi alhamdulillah aruw4h ibu dan ayah mertua aku menyambut aku dengan baik sebagai anak menantu mereka. Alhamdulillah, aku beruntung sangat.

Dengan pada masa itu, aku hanya berkerja biasa biasa sahaja. Keluarga suami aku tak memilih pangkat dan darjat. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Lebih banyak merantau di negeri orang. Waktu belajar dulu, adakalanya belajar di belah pantai timur, belah utara.

Jadi waktu aku di rumah sangat lah kurang. Ibu k4ndung aku yang selalu masakkan makanan untuk anak anaknya dirumah. Dipendekkan cerita, aku tak pandai masak ketika itu.

Disebabkan ibu k4ndung aku jenis yg cerew3t. Jadi aku hanya bantu p0tong p0tong bahan apa yang patut sahaja. Ketika aku mula mula berkahwin. Aku memang tak berapa pandai masakkan lauk pauk untuk aruw4h ibu mertua aku dan untuk ayah mertua.

Mereka masing masing umur dah 70 lebih. Pak mertua aku jenis yang pandai makan. Tidak sah kalau tak ada gulai. Aruw4h ibu mertua aku jenis tidak kisah. Dia makan saja apa yang ada.

Dapat ikan mabong goreng dengan sayur sawi pun aruw4h dah suka..Aruw4h ibu mertua aku memang jenis suka bersembang ketika dia masih sihat. Kalau aku balik kampung. Ada sahaja cerita dia.

Walaupun aruw4h ibu mertua aku selalu menelifon kami. Memang kalau di ikutkan aku tiada topik untuk disembangkan. Tapi pandai pandai laa bercerita. Bab kain batik kat Kuala Lumpur lah. Corak corak kain berbeza lah. Aruw4h ibu mertua aku berkenan dengan corak kat belah sana.

Dia kirim kat aku jika aku balik lagi nanti. Dia nak dia kata. Aku layankan saja. Aruw4h bukan kirim dengan air liur tau. Dia akan bagi duit sekali. Suami aku anak bongsu. Aruw4h ibu mertua aku memang sayang sangat dekat anak bongsu dia ini.. Kadang kalau kami balik 4 hari 3 malam tu, rasa macam tak cukup sangat.

Sampai aruw4h ibu mertua aku sampai duk tanya, kalau kami dah kalut kalut hendak bersiap balik ke Kuala Lumpur.

“Awat dah nak balik dah..”

Aku cuma memb4las,

“Esok dah kerja mak.. In shaa allah nanti kami balik lagi ya..”

Tengok muka aruw4h mak dah s4yu sangat. Anak dia dah nak balik.Masa kami mula mula kawin. Tidak lama itu, dah nak raya. Aruw4h ibu mertua aku, ajarkan aku menganyam ketupat palas. Seronok sangat moment tu. Hahaha.

Walaupun waktu itu, entah apa yang jadi. Tapi selamat rasa tu, ada juga rasa ketupat palas. Biras biras aku ada tinggal berdekatan dengan aruw4h ibu, dan ayah mertua aku.

Tapi itulah, mereka masing masing sibuk dengan kerja. Ada pun, waktu petang dan hari minggu. Kalau aku dan suami balik. Kami tidak akan berjalan sangat. Keluar pun, pergi pekan sekejap. Kalau niat hendak berjalan pergi Perlis ke. Akan kami bawak mereka sekali.

Sebab bagi suami aku, dia balik kampung tu, hendak habiskan masa dengan kedua ibu bapa dia. Bukan balik kampung, nak berjalan jalan ke tempat lain. Dipendekkan cerita, disebabkan aku ketika itu surirumah (berkerja hanya dirumah bisness online) dan anak baru seorang.

Aku beritahu pada suami. Aku hendak balik kampung dia selama dua minggu dengan anak aku sahaja. Suami aku berkerja, jadi dia tidak boleh ikut. Aku hendak jaga aruw4h ibu mertua aku dan ayah mertua aku. Aku buat ‘surpr1se’ dekat orang tua aku dikampung. Yang tahu hanya abang ipar aku sahaja. Sebab dia yang akan ambil aku dan anak aku di airp0rt.

Bila sampai sahaja aku dikampung. Terkejvt aruw4h ibu mertua dan ayah mertua aku. Yelah lah, tetiba je kan aku balik. Dengan suami tak ikut. Aku bagitahu sahaja je balik.. (sambil sambil itu, bisnes 0nline aku still berjalan) Bisnes 0nline aku, order still jugak masuk. Alhamdulillah tidak pvtus pvtus. Berkat menjaga orang tua agaknya..

2 minggu aku di kampung. Aku manfaatkan waktu aku bersama mereka. Aku kemas kemaskan bilik tidur mereka. Kemas seluruh kawasan dalam rumah itu. Anak aku ketika itu baru berusia 3tahun. Ayah mertua aku yang layan dia ketika aku sibuk mengemas atau masak. Pagi pagi aku siapkan sarapan.

Tengahari aku dah sibuk dekat dapur. Lepas zuhur, waktu aku berehat. Petang pula aku sibuk dah kat depan laman rumah. Minum minum petang dengan kedua orang tua aku. Memang kalau diikutkan aku janggal. Sebab aku dibesarkan dalam suasana bandar. Bila berkahwin.

Aku kena belajar keadaan yang berlainan. Aku ikut rentak orang tua aku. Malam pula jika malam itu ada pasar malam, aku ikut biras aku yang tinggal berdekatan dengan rumah parent mertua aku ni.Kami pergi pasar malam. Waktu itu, aku ingat lagi sampai sekarang, aku tanya aruw4h ibu mertua aku.

“Mak, Husna nak pi pasar malam ni, mak nak kirim apa-apa tak???”

Mak kata,

“Ada, mak nak kirim sepit rambut dengan butang kacip ni (butang yang ada kat leher koler baju macam kurung kedah tu. Baju yang orang tua tua selalu pakai tu). Mak nak butang kacip ini ya..”

Aku balas,

“Okay mak, nanti Husna belikan ya.”

Tak lama tu, aruw4h ibu mertua aku hulur duit untuk barang yang dia kirim tu. Bukan 5 atau 10 ringgit tau. Tapi RM100!Allahuakhbar terkejvt aku. Aku katalah, mak banyak sangat ni. Mak kata, takpa lah buat belanja. (Dalam hati aku kata, Nak pi pasar malam je. Tapi duit besar macam nak pergi mall pulak)..

Alhamdulillah, rezeki aku dapat aruw4h ibu mertua aku yang baik sangat. Bising?.. Adatlah, mak kita sendiri pun bising jugakan.

Layankan sahaja diorang ni, sementara diorang masih ada dekat dunia ini. Kita bukan kahwin dengan anak dia sahaja tau.
Waktu aku balik kampung mertua selama dua minggu tanpa suami disisi. (tak pernah dibuat orang kot?). Kalau parents sendiri lain lah kan).

Seronok adik beradik ipar aku, ada yang sudi tengok tengok kan mak ayah dorang dikampung. Yelah, hanya itu sahaja aku mampu berbakti pada keluarga mertua aku. Aruw4h ibu mertua aku dah berusia. Dia tak larat hendak berjalan. Kerusi roda la peneman dia kalau hendak pergi kemana mana.

Aku berkesempatan jugalah ketika aruw4h masih hidup, aku tolong mandikan aruw4h. Malam malam aku pakaikan aruw4h p4mpers.
Sebab aruw4h tak larat nak berulang alik ke tandas waktu malam. Waktu siang aruw4h pergi dengan kerusi roda dia. Dengan b4ntuan orang orang dirumah.

Waktu aruw4h dah macam ini. Aruw4h sering terlupa. Rasa dia macam t1dak solat lagi. Sedangkan aku tengok aruw4h dah solat. Kalau kami balik ke kampung. Biras aku dan abg ipar aku, beri kami untuk menjaga aruw4h. Waktu ini. Aku langsung tidak ada pengalaman menjaga orang tua.

Sedangkan ayah ibu k4ndung aku ketika itu, masih sihat walafiat. Memang aku tidak ret1 hendak ‘handle’. Itulah pertama kali aku mandikan orang tua. Itulah pertama kali aku pakaikan p4mpers orang tua. Aku memang tidak reti. Tapi aku buat apa? Aku belajar. Kalau hari ini, cara aku salah mandikan atau pakaikan. Untuk hari kedepannya. Aku akan perbaiki cara itu.

Tahun 2017, ketika kita sebagai umat islam. Sedang menyambut bulan ramadhan. Tidak silap aku ketika itu baru 5 Ramadhan (31/05/2017).
Waktu berkumandangnya azan magrib. Aruw4h ibu mertua aku dah meningg4lkan kami buat selama lamanya. Aruw4h tak sakit tervk pun waktu itu. Cuma terj4tuh di bilik tidur.

Dan tul4ng peh4 aruw4h ketika itu retak. Doktor bed4h dekat kaki aruw4h. Sejak itu, aruw4h tinggal di h0spital, dokt0r sah kan. Pep4ru aruw4h ada j4ngkitan kuman, so aruw4h tidak boleh balik. Tidak lama selepas itu, aruw4h meningg4l dunia. Maka tiada lagilah kasih seorang ibu mertua buat aku.

Sudah 3 tahun aruw4h meningg4lkan kami. Jika dulu kalau kami balik ke kampung. Sampai pun dah 3, 4 pagi. Aruw4h ibu mertua aku ini lah akan menjemput kami di depan pintu rumah dengan lampu suluh dia tu.

Allahuakhbar. Aku rindu sangat dengan moment tu. Kalian yang masih mempunyai ibu mertua dan ayah mertua itu. Jagalah mereka seperti ibu ayah kita sendiri. Kita masuk keluarga orang ini. Kita sendiri kena mencari ‘rentak’ itu.

Tak pandai. Belajarlah untuk memahami hati mereka. Kita ini hidup dekat dunia ini tidak lama. Hanya sementara. “Jangan benda yang kecil. Hampa nak duk perbesaq-besaqkan.. Jangan wat lagu tu naa.

Tiada mas4lah yang terjadi dekat atas muka bumi ini, tiada penyelesa1an. Anda sendiri kena cari cara untuk selesaikan.

Al-fatihah (dibaca), buat aruw4h ibu mertua ku. Sekian warkah ikhlas.

Reaksi warganet

Aisyah Nur – Berair m4ta pulak akak baca ni. Bagus dik. Awak memang menantu yang baik. Biasa dah dim0m0kkan orang KL tak betah nak dok kampung.

Tapi awak pandai suaikan diri. Pasti nanti awak dapat menantu yang baik baik juga. InsyaAllah.. Moga aruw4h MIL Allah letakkan di sebaik baik tempat.

Mell Mariam – Teringat aruw4h mak mentua. Baik sangat. Dia selalu cakap. Mak sayang anak menantu mak sama rata. Macam mana mak sayang anak mak. Macam tulah mak sayang menantu Mak. Seminggu sebelum aruw4h pergi. Dia pegang tangan saya dan ucap terima kasih sebab kahwin dengan anak dia. Al fatihah untuk mak.

Hafizah Hashim – Ya Allah, sed1hnya saya baca cerita sis ni. Saya akan ingat cerita sis, in shaa Allah sampai bebila untuk ingtkan diri sendiri betapa bertuahnya saya sekarang dikurniakan ibu dan bapa mertua sebaik sekarang. Saya sekejap pon tak pernah rasa saya ni menantu dalam keluarga tu.

Layanan seperti saya ni anak mereka. Saya orang selatan, suami pantai timur. Tapi takde langsung istilah ‘orang luar’. Ibu bapa mertua saya pulak suke sangat time saya balik kampung. Saya akan masakkan masakan belah selatan.

Ayah mertua saya siap dah ada menu menu yang memang dia nak saya masakkan walaupun orang lain boleh masak dia nak saya jugak. Syukur saya dikurniakan keluarga mertua yang baik. Itu semua rezeki.

Nabilah Zaki – Saya setuju sangat part balik kampung, spend betul betul Masa dengan family bukan sibuk nak berjalan. Saya dengan suami pun ada prinsip yang sama.

Balik kampung dahlah sekali sekala, bila balik pulak tak lekat dirumah. Kes1an orang tua tu, dibuatnya rumah dia macam hotel. Patutnya time tulah kita ambik peluang, duduk rumah, tolong yang mana patut dan betul betul habiskan masa dengan orang tua kita.

Intan Norliana – Alhamdulillah. Ada orang cakap syukur dapat mertua baik, ada orang dapat mertua yang tak boleh ngam, tu cerita lain. Memang t0tally mungkin sus4h sikit. Tapi saya masih tak faham orang yang dapat mertua baik masih taknak cuba untuk anggap macam mak ayah kita.

Buat macam orang luar jugak. Balik jenguk bermusim ikut m0od. Time ko berg4duh lak1 b1ni sibuk duk cerita A to Z pasal anak dia kat mak mertua ko. Mertua baik sampai ko boleh cerita kebvrukan ank k4ndung dia, boleh dia tadah je tahan seb4k.

Dah bahagia ko tanya khabar sihat ke makan tak pun tak. Dah dapat mertua baik syukur lah. Macam tt ni cuba cari keserasian dan bert0lak ansur, cuba serasikan, sangat bagus. Untuk cari kekuatan tolak ansur tu fikir mereka ni tak tau berapa lama je dieorang hidup lagi dan ingat kalo kita dah tua nanti apa kita buat sekarang itu lah b4lasan kita nanti.

Memang bukan senang nak masuk keluarga yang totally lain dengan cara kita tapi cuba cari rentak, ikhlaskan hati. InshaAllah dimudahkan.

Kalo hati tak ikhlas benda senang pun susah kita rasa. Tapi kalo ikhlas susah macam mne pun lapang je hati ni.

Buat tt tahniah moga kita semua pun dapat mencontohi benda yang baik baik tu.

Sumber – Husna (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Sumber : Seleksi Media

Leave a Comment