Janji t4k nak kawin, eh dia naik pelamin dulu! Bersahabat 12 tahun, wanita k0ngsi kisah BFF seorang perahsia – “Kenal lama, tak tahu pula bercinta” – Viral | mStar

MEMANG benar, jod0h pertemuan di tangan Tuhan.

Walau sedaya upaya manusia cuba merencana masa depan termasuklah s0al perkahwinan, namun siapalah kita untuk menidakkan perancangan yang Maha Esa.

Demikianlah juga situasi tiga sahabat baik ini yang pernah ‘melafaz janji’ untuk tidak berkahwin beberapa tahun lalu.

Namun siapa sangka salah seorang daripada mereka bertemu jodoh dan sudah pun selamat bergel4r isteri orang!

“Member janji t4k nak kahwin, tiber (tiba-tiba) dia yang kahwin dulu,” demikian kapsyen pada video yang dimuat naik di TikT0k yang kini meraih lebih daripada 235,000 jumlah tontonan.

Menurut Syahirah Riffin, 25, video tersebut bertujuan mahu mengimbas m0men-m0men istimewa bersama rakan baiknya, Wan Syakirah Alia, ketika zaman belajar sehinggalah detik wanita itu diijabkabulkan pada 5 September lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kami sememangnya kenal dari tingkatan satu namun mula rapat ketika berada di tingkatan tiga sewaktu menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Terengganu sebab sama dorm dan kelas.

“Walaupun selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kami terp1sah kerana Syakirah dapat ke matrikulasi dan saya pula asasi, kami tetap contact hari-hari. Takdir Allah, kami dapat lanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Memang makin rapatlah.

bff kahwin 1

Yaya (tengah) ketika hadir meraikan hari bahagia Syakirah (kiri).

“Video yang konon-konon ‘melafaz janji’ tak nak kahwin tu sebenarnya saja-saja je buat dengan seorang lagi sahabat. Biasalah, zaman belajar… kita seronok habiskan masa dengan kawan dan kalau boleh nak rapat sampai bila-bila.

“Saja je nak imbas balik m0men tu ketika Syakirah diijabkabulkan 5 September lalu dan dia beri kebenaran n4k post. Memang tak sangka boleh v1ral… tergelak-gelak bila ingat balik waktu dulu,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut kisah persahabatan mereka, Syahirah atau lebih senang disapa Yaya berkata, sepanjang mereka bersahabat, Syakirah tidak pernah berkongsi mengenai kisah cintanya dan agak ‘per4hsia’.

bff degree

Yaya (kanan), Syakirah (dua dari kanan) ketika sama-sama menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Syakirah seorang yang ‘pr1vate’, kita takkan tahu dia ada ‘seseorang’. Sebenarnya, suaminya itu adalah lelaki yang sudah dia kenal lama… saya tahu perkenalan mereka cuma tak tahu mereka bercinta.

“Hinggalah sekitar Oktober tahun lalu, Syakirah ‘pec4h khabar’ beritahu dia nak kahwin. Jujurnya saya seb4k sebab sahabat yang kita rapat bakal menuju ke alam perkahwinan.

“Kali kedua saya seb4k, apabila tibanya hari dia diijabkabulkan. Seb4k tengok dia lengkap dengan busana serba putih dengan wajah berseri sebab tak pernah tengok dia ayu dan cantik macam tu,” katanya yang kini pekerja sektor sw4sta di Terengganu.

Bercerita mengenai perwatakan sabahat baiknya itu pula, Yaya menyifatkan Syakirah sebagai seorang pendengar yang baik dan individu yang sangat dipercayainya.

“Kami sekepala dalam apa jua perkara. Saya hanya ada ‘circle’ sahabat kecil yang saya rapat dan percaya dan salah seorangnya adalah Syakirah. Boleh luah mas4lah atau apa saja tanpa r4gu.

“Dia beritahu, walaupun dia dah berkahwin tapi persahabatan kami tak berubah. Memang betul… baru-baru ni ayah saya dimasukkan ke Institut J4ntung Negara (IJN), dialah beriya-iya nak datang mel4wat. Dia memang baik dan sangat c0ncern macam dulu,” katanya.

bff grad

Yaya dan Syakirah meraikan hari graduasi masing-masing bersama-sama.

Tidak menyangka videonya menjadi tul4r, Yaya melu4hkan rasa terharu dengan komen p0sitif netizen mengenai persahabatan mereka.

“Ada yang terkesan dan turut seb4k bila saya throwback gambar-gambar lama kami. Apa yang cuba saya sampaikan, ciptalah seberapa banyak kenangan dengan sahabat… rug1 kalau dibiar berlalu tanpa kenangan yang dirakam.

“Dan bagi saya, persahabatan ini bukan mengenai bilangan. Tak semestinya kena ramai, cukuplah kalau ada dua tiga orang yang paling kita percaya dan selesa. Biarlah sedikit tapi berkualiti,” katanya lagi.

Sumber : mStar

Leave a Comment