BUKAN mudah untuk golongan pendidik memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika p4ndem1k c0vld-19.
Begitulah juga dengan seorang pensyarah yang mencuba kaedah ‘studio mini’, menggunakan sebuah kotak, tiga biji lampu, sekeping papan putih dan beberapa pen marker pelbagai warna.
Manakala telefon pintar pula diletakkan di atas kotak untuk membuat rakaman ketika menunjukkan kaedah pengiraan bagi subjek Matem4tik semasa kelas dalam talian (0nline).
@nissazainal23 @muhammadzakariaumar @ezra_razuel @kaknyaaaaaaaaa @nadiajck @darulnaim30plusage @oyentelo ##pdpr ##kelastambahan ##tiktokguru
Pensyarah berkenaan, Nik Majizaidi Nik Muhammad berkata, idea menghasilkan studio mini PdPR itu dicetuskan oleh rakan tenaga pengajar, Sarimi Sabdin, 33, yang mendapat insp1rasi daripada mas4lah dan kesul1tan yang dihadapi dalam kalangan mereka bermulanya p4ndem1k awal tahun lalu.
Lelaki berusia 46 tahun itu memberitahu, antara 1su yang berbangk1t ketika awal PdPR diperkenalkan adalah pengajar kurang berkemampuan untuk memiliki gajet dan tidak berkemahiran menggunakan peranti itu.
“Saya merupakan golongan yang tidak mahir menggunakan gajet untuk PdPR. Sebelum ini sudah terbiasa dengan sesi pengajaran secara bersemuka dengan para pelajar.
“Tiba-tiba kena PdPR, memang tergag4p-gag4p nak ajar online. Jadi, sentuhan studio mini yang banyak memb4ntu saya untuk mengajar selama setahun,” katanya kepada mStar.
Nik Majizaidi menggunakan ‘studio mini’ pada awal sesi PdPR tahun lalu.
Nik Majizaidi yang lebih dikenali sebagai Sir Nik dalam kalangan pelajar berkata, mengajar subjek Matem4tik memerlukan cara kerja bagi kefahaman yang lebih mudah.
“Mengajar guna kotak (studio mini) ini seperti kita mengajar dalam dewan kuliah atau bilik tutorial. Tiada mas4lah kalau black0ut (bekalan elektrik terpvtus) kerana rakaman dibuat menerusi telefon menggunakan data internet dan lampu menggunakan bateri sebagai b4ckup.
“Sama ada kertas atau papan putih, saya tunjuk cara kerja secara live tanpa perlu guna tablet, lapt0p (komputer riba) atau k0mputer. Hanya berbekalkan telefon pintar,” ujarnya yang merupakan pensyarah di Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) di Pasir Puteh.
Pendekatan mengajar bagi subjek Matem4tik.
Berpengalaman dalam bidang pendidikan selama 21 tahun sejak 2000, anak kelah1ran Kota Bharu itu tetap tidak mahu ketinggalan dengan kemajuan tekn0logi dalam PdPR.
“Selepas setahun saya guna k0tak sebagai studi0 mini, saya beralih kepada lapt0p untuk sesi PdPR sejak beberapa bulan lalu.
“Pensyarah-pensyarah muda yang banyak memb4ntu dari perk0ngsian ilmu. Mereka lebih mahir bab IT (teknologi maklumat),” katanya yang berkhidmat di KMKt sejak 2015.
Nik Majizaidi berkata, studio mini yang menel4n belanja kurang RM10 dan menggunakan bahan terbu4ng itu tetap tidak dilupakan kerana ia berjasa pada waktu kecem4san.
‘Studio mini’ disambungkan pada USB komputer untuk lampu berfungsi.
“Kalau tiba-tiba WiFi terg4nggu sehingga menjejaskan kelas 0nline, saya cepat-cepat beralih guna studio mini menggunakan telefon untuk meneruskan pengajaran.
“Alhamdulillah, sekarang saya dah mahir guna lapt0p yang lebih mudah. Tapi ‘feel’ seperti mengajar di dewan kuliah dapat rasa bila guna studi0 mini,” tambahnya.
Nik Majizaidi (kiri) bersama Sarimi.
Dalam pada itu, pensyarah yang aktif berj0ging, hiking dan bersenam di gim itu tidak menyangka perkongsian video ‘studio mini’ yang baru dimuat naik di aplikasi TikT0k menjadi perhatian.
“Tak sangka jadi v1ral sampai dapat perhatian netizen sehingga ke Ind0nesia. Malah ramai dari negara itu termasuk di sini minta saya untuk membuat video tut0rial studio mini.
“Netizen k0men idea ini adalah pemikiran di lu4r kotak. Tak sangka dapat penerimaan yang baik dan sememangnya studi0 mini banyak berjasa kepada saya terutama di awal PdPR,” katanya.
Sumber : mStar