Nak dekat dengan ibu, mahu selalu ‘jumpa’ arw4h ayah! Anak t0lak tawaran kerja di KL, cur1 masa singgah kubvr selepas C0D tak0yaki

SEJAK p4ndem1k c0vld-19 melanda, ramai lepasan universiti mengalami kesuk4ran dalam mencari pekerjaan.

Menurut Muhammad Khairul Azhar Ab Rahman, 22, dia turut terkesan sehingga terp4ksa mencari alternatif lain demi mencari sumber pendapatan.

Berkongsi cerita kepada mStar, penuntut bidang Pengurusan Pelancongan yang mesra disapa Azhar itu sempat bekerja selama tiga bulan sahaja, namun k0ntraknya tidak disambung gara-gara p4ndem1k.

Engg4n bersed1h dengan hal itu, dia sebaliknya tampil dengan idea kreatif untuk membuka gerai dan menjalankan perniagaan takoyaki di Masjid Tanah, Melaka sejak pertengahan tahun lalu.

“Saya habis belajar tahun lepas. Saya sempat bekerja dalam bidang pelancongan selama tiga bulan.

“Selepas itu k0ntrak saya tidak disambung memandangkan sektor pelancongan lumpvh ketika p4ndem1k.

“Kebetulan masa cuti semester dulu saya pernah bekerja di kedai takoyaki. Berbekalkan pengalaman lalu, saya buka gerai sendiri.

azha45

Gambar kenangan bersama Allahy4rham bapanya.

“Saya buka gerai di tepi jalan saja. Saya juga dibantu seorang anak saudara,” ujarnya ketika dihubungi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Azhar, bidang itu bukanlah satu kerja yang mudah, malah dia juga hampir berpvtus asa ketika fasa awal berniaga.

Selain itu katanya, dia turut berdepan pelbagai cabaran termasuklah keadaan cuaca yang tak menentu sepanjang berniaga di lokasi itu.

“Ketika awal berniaga, sambutan agak perlahan. Orang pun baru nak kenal dengan gerai kami. Tapi Alhamdulillah, sekarang makin stabil.

“Pada bulan pertama berniaga, saya hampir pvtus asa. Rasa sangat sus4h. Tapi bila fikirkan keluarga serta sokongan dan doa emak, saya teruskan saja.

“Paling sus4h tentunya cabaran cuaca. Panas memang satu hal kerana kami memasak. Bab itu tak perlu cerita. Kemudian ada ribut dan hujan lebat. Pernah khemah berniaga nyaris terbang atas jalan.

azhar2

Gerai tak0yaki yang diusahakan oleh Azhar.

“Kelengkapan berniaga turut diterbangkan angin. Meja pun pernah terbalik,” ujar anak bongsu daripada lima beradik itu.

Dalam pada itu, Azhar turut berkongsi kisah di sebalik video dia berkunjung ke pus4ra Allahy4rham bapanya, Ab Rahman Enjah yang dikongsi menerusi aplikasi TikT0k.

Kata Azhar, dia singgah ke tanah perkubvran itu ketika dalam perjalanan pulang selepas melakukan penghantaran takoyaki kepada pelanggannya, baru-baru ini.

“Ayah meningg4l akibat sak1t kr0nik pada 3 Januari 2019. Biasanya setiap Jumaat saya akan ziarah kubvr.

“Tapi pada hari tersebut, saya lalu depan kubvr selepas C0D takoyaki. Rasa macam terdetik untuk singgah, jadi saya ziarah sekejap.

azhar3

Mendapat tawaran kerja di ibu negara, tetapi Azhar memilih untuk terus berniaga di Melaka.

“Saya sekadar kongsi video untuk beri mesej kepada semua agar hargai mak ayah selagi mereka masih ada,” ujarnya lagi.

Kata Azhar, dia baru-baru ini ada mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur, namun memilih untuk terus berniaga dan berada dekat dengan ibunya, Rohani Abu Bakar yang kini berusia 65 tahun.

“Rancangan saya memang nak teruskan bisnes ini. Saya ada dapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. Tapi saya tak sampai hati nak tinggalkan emak.

“Saya mengalah, mungkin rezeki saya untuk jaga emak, dapat berniaga dekat dengan emak,” ujarnya lagi.

Sumber : mStar

Leave a Comment