Assalamualaikum semua, apa khabar? Semoga sihat sentiasa hendaknya. Aku perkenalkan diri sikit. Aku lelaki awal 30-an.
Aku bekerja sendiri sahaja dan sebelum ini aku merupakan bekas pegaw4i ker4jaan. Sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak. Itu sahajalah pengenalan diri aku ini.
Aku dah lama nak menulis di ruangan ni tapi oleh kerana kekangan waktu dgn tanggungjawab rumah tangga, aku tangguhkan dulu. Waktu sekarang jam 11.20 malam… anak dan isteriku sudah pun masuk tidur. Aku masih menatap skrin komputer dengan kerja kerja 0nline dan mengemas kini kedai Sh0peeku.
Tiba tiba hati aku sed1h dan rindu itu mula bertandang… satu per satu memori indah itu keluar… izinkan aku melu4hkan di sini.
Siapa yang aku rindui? Aruw4h ibu ayahku…
Aruw4h ayahku men1nggal kerana sak1t jantong ketika beriadah pada tahun 2006. Beberapa minggu lagi aku akan menghadapi uj1an PMR.
Kem4tian yang mengejvt.. Masih aku ingat suasana petang itu… Aku baru sahaja pulang daripada bermain bola sepak bersama kawan kawan sekolah.
Sampai sahaja di rumah aku melihat aruw4h ibuku sedang sibuk mengemas baju baju dan beberapa barang keperluan. Aku bertanya ringkas, “Kenapa ibu? nak pergi mana?”
Bilang ibuku Haji Bohari (kawan ibu dan ayah) mengatakan ayah di h0spital lantas menyuruh aku bersiap kerana nanti ada orang jemput untuk ke h0spital.
Aruw4h ibuku memang tak pandai memandu kereta. Kalau hendak ke mana mana memang bergantung kepada ayahku.
Aruw4h ibu seorang penj4wat awam dan aruw4h ayah merupakan pes4ra ker4jaan. Aku pun tak fikir apa. Pan1k pun tidak. Aku tenang tenang saja. Mungkin salah satu sifat aruw4h ayah menurun padaku.
Aruw4h ayahku seorang yang tenang tenang aja, pend1am, cool, tak cepat gel4bah. Aku lihat ibuku pun takdalah menunjukkan reaksi pan1k. Aku pun bergegas nak mengambil wudu’ sebab waktu tu aku belum lagi solat asar.
Namun belum sempat pun aku tunaikan kewajipan, datang anak kepada kawan ibuku. Aku lupa namanya (aku namakan kak A) tapi duduk berdekatan dengan rumah kami. Dia datang berkereta.
Fikirku mungkin nak hantarkan kami ke h0spital. “Mak cik… mak cik tak tahu ke…. suami mak cik dah terbaring di kedai dekat simpang bawah tu…” terket4r ket4r Kak A menjelaskan kepada kami. Aku bagaikan k4ku.
Ibu pula bagaikan tak percaya. Kedai yang dimaksudkan itu ialah kedai mamak yang selalu aku dan aruw4h ayah kunjungi yang berada dengan berdekatan rumah kami. Kenapa Haji Bohari kata ayahku berada di h0spital?
Rupa rupanya Haji Bohari tak sampai hati nak sampaikan berita itu. Tanpa berfikir panjang kami terus menaiki kereta Kak A menuju ke kedai berkenaan.
Sampai sahaja di kedai berkenaan kami lihat ramai orang berkerumun. Ku lihat terdapat juga kereta per0nda p0l1s di situ.
Kami turun dari kereta. Aku memimpin ibuku. Kami melihat sekujvr tubvh terbaring di hadapan kedai. Ibuku berteriak, “Ya Allah…” Kakinya mula l0nglai dan aku sempat mem4pah ibuku. Apa perasaan aku ketika itu?
Aku tak sed1h dan tak rasa apa apa…. aku bagaikan k4ku… Berita kem4tian ayahku terselit di dalam akhbar. Sepanjang menguruskan jen4zah aruw4h ayah… aku tak menang1s. Sehinggalh aruw4h ayah dikbum1kan. Aku ha1ran kenapa aku tak menang1s?
Aku cuba menang1s di dalam bilik air… aku rasa tang1san aku itu dibuat buat atau p4lsu. Aku sed1h tak? Ya aku sed1h tapi tak boleh menang1s.
Sejak kem4tian aruw4h ayah, aku tinggal bersama ibu. Aku hanya ada kakak seorang dan waktu tu dia sedang mengambil diploma di sebuah universiti.
Jadi hanya aku dan ibu sahaja yang duduk di rumah itu… Untuk pengetahuan pembaca, aku ini seorang yang m4las mengaji, tak s0lat.
Tapi pada tahun itu ketika aku berada di tingkatan 3 kerana aku tertarik dengan bacaan al quran Qari Syeikh Saad Said al-ghamidi di radio IKIM.
Aku mula mengaji (walaupun tak lancar), solat dan rajin puasa sun4t. Aku selalu juga solat malam. Aku cerita ni bukan nak b4ngga diri tapi nak kata yang aruw4h ayahku beritahu pada ibu yang dia suka dengan perubahan aku. Inilah yang aruw4h ibu sampaikan.
Sewaktu aruw4h ayahku hidup, aku selalu buka radio IKIM sebelum tidur sebab ada bacaan al quran tengah malam dan lantunan zikir. Kadang kala aku tertidur dan aruw4h ayah la yang selalu tutupkan radio di bilikku… Aruw4h ayah aku ni memang pendiam saja orangnya.
Kalau m4rah pun takda m4ki h4mun menc4rut. Aruw4h ibu aku cerita lagi. Sebelum aruw4h ayah aku men1nggal petang tu…. dia ke pasar bersama ibu… aruw4h ayah tanya pada ibu, “nak bel1 ayam tak? boleh masak lauk kegemaran anak”.
Ya…. pada hari kem4tian dia, aku nampak lauk ayam masak merah di dapur yang telah dimasak tapi aku tak sempat jamah lantaran menerima berita yang mengejvtkan tu.
Aku cerita benda ni sebab bagi aku ini memori indah. Sepanjang aruw4h ayah hidup, aku tak tahu pun yang dia sayang aku macam tu sekali. Kalau ibuku tak bercerita memang sampai sekarang la aku tak tahu kisah ni.
Ok sekarang aku nak cerita mengenai aruw4h ibuku pula. Selepas aruw4h ayah men1nggal, ibu rasa hilang semangat. Separuh ny4wanya bagaikan hilang bersama ayah.
Berbulan juga kami rasa seperti aruw4h ayah hidup dan menunggu dia pulang ke rumah. Ibuku masih bekerja sebagai penj4wat awam. Tinggallah kami berdua di rumah itu. Aku masih ingat sewaktu aku pulang ke rumah membawa keputusan PMR.
Aku berpura pura sed1h di depan ibu seolah olah keputusan peperiksaan yang aku dapat ni tervk sangat.
Ibu cakap kata kata yang cukup indah dan aku ingat sampai sekarang. “Takpalah… result tak baik pun ibu terima. Lagipun dah buat yang terbaikkan..”
Aku rasa terh4ru… aku bersyukur sebab ibu ayah aku ni tak pernah nak bandingkan anak anak. Aku sebenarnya dapat keputusan yang memu4skan iaitu 6A (terbaiklah bagi aku).Aku memang berniat nak sambung ke SMKA Bandar Penawar sebab cita cita aku nak ambil al1ran ag4ma.
Namun pada waktu itu aku terp4ksa bat4lkan hasratku kerana ibu tinggal keseorangan kalau aku pergi ke sekolah tu…. aku rasa sed1h.
Aku kalau balik sekolah jalan kaki saja. Waktu petang memang aku sorang jela kat rumah. Buat kerja sekolah atau ulang kaji pelajaran. Setiap kali balik sekolah memang akan ada bungkusan makanan di pagar yang dikirim ibu melalui kawan sepejabatnya. Aku memang tak reti masak dan takda kesedaran nak belajar masak waktu tu.
Aruw4h ibu pula waktu kerja memang takda masa nak balik rumah. Kereta pun tak pandai memandu, pergi kerja naik preb3t sapu saja. Kereta aruw4h ayah, akulah yang bawa pusing pusing sekitar taman perumahan aku. Dengan takda les3nnya tak bolehlah jalan jauh jauh huhu.
Owh kan aku ada cerita yang ibu jadi hilang semangat (d0wn), bersed1h sebab kem4tian aruw4h ayah.. Pada penghujung tahun 2007 (aku tingkatan 4) kes1hatan ibu mula mer0sot. Ibu jadi kurus.
Kadang kala nak bangun dari kerusi pun perlu b4ntuan aku. Waktu tu ibu memang dah ada k4nser p4yu d4ra dan selalu berulang alik ke h0spital ditemani aku.
Kes1hatan yang semakin meros0t dan tubuh menjadi terlalu kurus menyebabkan ibu akhirnya terlantar di katil sahaja.
Rupa rupanya selain k4nser ibu juga mengh1dap penyak1t tul4ng iaitu Park1ns0n. Ibu sebagai penj4wat awam dapat cuti sak1t bergaj1 kerana b4rah selama 2 tahun. Ibu suk4r bergerak sehingga nak h4lau nyamuk di tangan juga perlukan b4ntuan aku.
Aku tidur di sebelah ibu setiap malam. Aku uruskan ibu. Makan, pakaian, mandi, ber4k kenc1ng juga aku yang cucikan. Ibu sudah memakai lampin dewasa ketika itu. Setiap kali ke h0spital, akulah yang mendvkung ibu dan menyorong kerusi r0danya. Aku selalu tidak hadir ke sekolah kerana menjaga ibu.
Guru guru ada yang memahami dan ada pula yang mula jemu dengan al4sanku. Mujur waktu tu ibu masih mendapat gaj1 dan mengupah orang untuk menjaganya waktu pagi hingga tengah hari sementara menunggu aku balik dari sekolah. Selepas itu giliran aku pula menjaganya.
Waktu tu aku rasa waktu yang suk4r buat diriku namun sekarang aku rasa itulah memori yang terindah. Kadang kadang sebelum waktu tidur tu selalu saja berborak dengan aruw4h ibu. Cerita itu dan ini.
Indah betul… Aku tak tahulah aku belajar dari mana sehingga boleh uruskan orang sak1t seperti ibu.Panjang betul cerita aku dekat atas ni… aku pendekkan sikitlah ya… aku nak lu4h semua…mal4s nak lu4h buat kali kedua.
Selepas tamat SPM, keputusan SPM aku tak berapa baik. Aku ada ambil subjek Syariah Islam dan Bahasa Arab Tinggi secara persendirian. Mar4h betul pengetua aku sebab t4kut jejaskan peratus lulus sekolah sebab aku sorang saja yang ambil subjek tu dekat sekolah.
Alhamdulillah subjek tu aku lulus….takda pula dia ucap tahniah ke apa… Aku tak dapat tawaran sambung belajar ke IPTA. Aku rasa kecew4 sangat. Rasa masa depan yang kel4m.
Smentara itu aku masih mnjaga ibu. Kes1hatan ibu juga semakin mer0sot dan mula bercakap sesuatu yang tak dapat difahami. Macam mer4cau gitulah.
Tak lama selepas itu, aku dapat tawaran tingkatan 6 dalam aliran ag4ma di SMKA Bandar Penawar. Sekolah yang aku idamkan nak masuk sewaktu tingkatan 3 dulu… Namun sekali lagi aku terp4ksa tolak kerana tiada siapa yang boleh jaga ibu. Kakak ku pula masih belajar di universiti.
SMKA tu pula jauh dari rumah dan memang kena duduk asrama di sana… Maka dengan b4ntuan ayah saudaraku, kami turun naik PPD bagi uruskan pertuk4ran sekolah.
Aku akan teruskan pengajian tingkatan 6 di sekolah lamaku… Urusan pertukaran ni pun ambil masa sekitar 2 bulan.
Maka 2 bulanlah aku tak ke mana mana duduk rumah bersama ibu sahaja. Dalam kesak1tan dan keadaan n4zak ibuku itu pun dia masih bertanya, “Macam mana urusan tukar sekolah? Dah selesai?”
“Baju sekolah dah bel1?”
Akhirnya aku dah boleh mula bersekolah di sekolah lama. Baju sekolah semua dah bel1 siang tadi. Esoknya aku akan mula bersekolah sebagai pelajar tingkatan 6.
Malam itu, ibu menghembvskan naf4snya yang terakhir… seolah olah urusannya sebagai seorang ibu juga turut selesai.
Sejak dari itu aku mula tinggal bersama kakak. Kakakku tidak menyambung ijazah dan mula bekerja. Dipendekkan cerita aku tamat tingkatan 6 selama setahun setengah.
Sepanjang peperiksaan aku selalu g4gal dan dapat CGPA tak lebih 2.00. Sus4h beb waktu tu… tapi takdir Allah aku dapat 3.58 dalam STPM dan salah seorang pelajar terbaik ketika itu.
Lepas t4mat STPM, akak aku mula berkahwin dan duduk as1ng bersama suami. Dia ada juga mengajak aku duduk dengan dia tetapi aku menolak kerana tidak mahu g4nggu pr1vasi.
Lagi pun aku lelaki yang dah dewasa. Aku memilih untuk duduk di rumah pusaka ini.
Gais… sekarang dah 1.10 pagi… perlu ke aku tamatkan cerita ni?
Banyak lagi aku nak cerita sebenarnya sebab lama dah aku pend4m. Patut ke aku sambung dalam c0nfess1on akan datang atau tak perlu? Kalau tak perlu takpalah, biarkan aku pend4m sahaja. Wassalam.
Reaksi-reaksi win Warganet boleh dibaca dibawah.
Rohana Jalil – Al fat1hah utk ibu dan ayah awak, sed1h seb4k dan b4ngga baca c0nfession awak ni.. Hikmah menjaga ibu awak berjaya dalam hidup. Sambung la auntie nak tau kisah awak selepas STPM, kemana awak sambung belajar.
Takde la asyik nak baca kisah hubvngan dengan laki orang je, kisah tak dpt lupa cinta pertama… Sesekali baca kisah peng0rbanan anak lelaki untuk ibu pun bagus. Moga awak bahagia bersama keluarga ya.
Nasibah Jaffrie – Allah. Hebatnya cabaran dan perjalanan hidup adik. Akak patut lebih bersyukur selepas baca cerita ni. Di sekolah rendah mak ayah akak Cikgu, ada depan mata selalu sebab kami sekolah yang sama.
Di menengah akak dapat masuk sekolah agama terbaik di negeri akak, university akak dapat kereta untuk senang bergerak. Ya Allah terima kasih ye dik membuka mata akak untuk melihat ada banyak lagi insan insan yang Allah pilih untuk menghadapi perjalanan hidup yang lebih lu4rbiasa. Terima kasih ye dik.
Fauziah Osman – Sambung je lah cerita ni wahai c0nfesser… terh4ru baca kisah dan kenangan hidup awak bersama aruw4h ibu bapa.
Bagusnya awak kerana menjaga aruw4h ibu dengan begitu baik dan sabar, tak mudah menjaga orang sak1t ni. Sambung lah lagi lu4han rasa awak. Boleh juga buat ped0man dan tauladan pada kita semua.
Kadang dah t4k larat nak baca kisah yang lebih kurang sama je. G4duh dengan mertua, kisah kecur4nngan,cinta tak kesampaian.
bukan tak kes1an pada c0nfesser yang lain tu, tapi sesekali kita nak juga dengar pengalaman hidup anak lelaki mengharungi cabaran.
Sebab selama ni yang buat c0nfession kebanyakan perempuan..Al Fat1hah buat arw4h ibu dan ayah c0nfesser. Dan moga bahagia bersama anak dan isteri tercinta.
Sumber– Mencari Hal4wah (Bukan nama sebenar) via IIUMC.
Sumber : Seleksi Media