BUKAN satu, tapi tiga foto yang dirakamkan seorang anak muda terpilih untuk disiarkan menerusi laman Instagram syar1kat tekn0logi gergasi, Apple.
Foto yang memaparkan dua panorama awan dan satu lagi gambar menunjukkan pokok kelapa bersama pr0p di0lah secara kreatif.
Ia sekali gus menjadikannya sebagai rakyat Malaysia bertuah terb4haru yang hasil f0tografinya menjadi tatapan 26.4 jut4 pengikut laman Instagram itu.
Pemuda kelah1ran Kuantan, Pahang itu, Muhammad Nuaim Zulkarnain berkata, dua foto itu dirakam di Pantai Air Leleh, Pekan, manakala satu lagi di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.
Baru berusia 20 tahun, katanya, foto pertama yang disiarkan Apple memaparkan kepulan awan yang un1k menggunakan botol minuman sebagai pr0p.
“Foto tersebut saya gambarkan seperti r0ket. Foto kedua merupakan rakaman secara kreatif menunjukkan seolah pokok kelapa itu kecil dan pokok itu cuba dibengk0kkan.
“Foto ketiga menunjukkan jari dan penggunaan ketip kuku di mana bulan yang berbentuk sab1t itu kelihatan seperti bahagian kuku yang telah dip0t0ng,” katanya kepada mStar.
Salah satu fot0 yang disiarkan menerusi Instagram Apple.
Lebih mesra disapa Nuaim, dia tidak menyangka tiga fot0nya dipilih Apple kerana h0binya merakam gambar menggunakan telefon pintar sejak setahun lalu sekadar suka-suka.
“Perasaan tu amat teruja dan bersyukur kerana terpilih. T4k sangka sebab saya bukanlah jurugambar mahupun melakukan kerja-kerja fotografi secara pr0fesional atau sambilan.
“Terkejvt, tapi rasa bangga sebab boleh bersaing dengan orang-orang yang p0wer dalam fot0grafi,” katanya yang mengikuti perkembangan Nor Azmeer Iskandar Amir Hamzah yang gambarnya juga pernah terpilih disiarkan di Instagram Apple awal tahun lalu, serta jurugambar antarabangsa, Sam Kolder yang mempunyai 1.7 juta pengikut di Instagram.
Dua lagi gambar yang dipilih Apple turut disiarkan.
Menurut anak b0ngsu daripada tiga beradik itu, dia merakamkan gambar-gambar secara un1k dan kreatif menggunakan iPh0ne 11 Pro, serta penggunaan pr0p yang bersesuaian.
“Saya suka mengambil gambar di tepi pantai, kebiasaannya pada hujung minggu. Jarak dari rumah saya ke pantai terdekat iaitu Teluk Cempedak antara 15 hingga 20 kilometer.
“Gambar-gambar yang saya rakam lebih kepada alam semula jadi dan min1malis,” katanya yang menetap di Perkampungan Indera Sempurna.
Nuaim gemar mengambil gambar di tepi pantai.
Nuaim berkata, dia akan keluar rumah seawal pukul 6.15 pagi selepas Subuh untuk ke pantai ditemani rakan-rakan bagi sesi f0tografi.
“Kebanyakan gambar saya pada waktu matahari terbit antara pukul 7 pagi dan 9 pagi kerana pencahayaan waktu ini cukup baik sekiranya menggunakan telef0n.
“Memang mencabar sebab ada kawan-kawan yang liat nak bangun pagi. Mereka bukan saja teman untuk bergambar tapi meluangkan waktu dengan makan bersama.
“Kalau mereka t4k bangun, sayalah yang akan buat ‘sp4m’ banyak kali call mereka untuk pergi ke pantai,” ujarnya secara berseloroh.
Nuaim mengimpikan untuk bergelar jurugambar pr0fesional.
Bagi pelajar Dipl0ma Amalan Makanan Halal di P0litenik METro Kuantan ini, dia sememangnya mengimpikan untuk menjadi jurugambar pr0fesional pada masa akan datang.
“Jika ada rezeki memang nak jadi jurugambar. Ada yang tawarkan saya job fotografi tapi saya terp4ksa tolak kerana saya ambil gambar guna telefon je.
“Belum ada m0dal untuk bel1 kamera. Tapi pernah terfikir juga sama ada nak beli1kamera, dr0n atau upgrade telefon kepada iPh0ne 13 yang baru nanti… teng0k bajet macam mana nanti,” katanya yang membantu rakan menju4l biskut secara kecil-kecilan.
Sumber : mStar