RAKAMAN memaparkan seorang g4dis sedang memancing ikan di kawasan sawah di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah meraih puluhan ribu t0ntonan menerusi aplikasi TikT0k.
Menurut Noor Shahida Zolkifli, 23, dia tak pernah menyangka dirinya akan menjadi perhatian ramai, namun menganggap ia sebagai satu rezeki yang t4k diduga.
“Sekarang musim memancing, sebab itu saya hasilkan video untuk tunjuk suasana kampung. Saya pun dah terbiasa sejak kecil walaupun tak minat sangat. Ditambah dengan musim p4ndem1k, tak boleh nak pergi ke mana-mana… jadi saya buat aktiviti di sekitar rumah saja.
“Biasanya saya akan memancing dengan ayah dan jiran-jiran di kawasan sawah di belakang rumah. Biasanya akan dapat ikan puyu, sepat, lampam dan macam-macam lagi.
“Ramai orang lu4r yang k0men video saya di TikT0k. Ada juga anak perantau yang lu4h rasa rindu, mereka teringat kampung masing-masing bila tengok video saya,” ujarnya kepada mStar.
View this post on Instagram
Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, dia juga kini menghasilkan pekasam daripada ikan-ikan yang dipancing di belakang rumahnya.
Malah, ikan pekasam itu turut diju4l atas permintaan ramai selepas dia berkongsi mengenai perkara itu menerusi media sosial miliknya.
Ardida bersama ahli keluarganya.
Disebalik video-video keindahan suasana kampung yang dikongsi, siapa sangka Ardida turut menyimpan kisah tersendiri.
Ujar Ardida, dia engg4n berkelana jauh dari kampung memandangkan kedua ibu bapanya merupakan Orang Kela1nan Upaya (0KU).
“Mak umur 56, ayah pula 52 tahun. Mereka berdua merupakan 0KU pendengaran dan percakapan. Abang saya dah kahwin dan menetap di Kulim. Jadi saya pilih untuk berniaga sebab nak duduk rumah dengan mak ayah.
“Ada juga dapat tawaran kerja di mall, tapi saya tolak. Kalau berniaga, saya tak terikat dengan masa dan sentiasa boleh jaga mak ayah. Impian saya tentunya nak bawa mereka ke Makkah.
“Saya juga sedang berusaha nak bel1kan kereta untuk ayah, tapi impian belum tercapai lagi,” ujarnya.
Kata Ardida, dia hanya memancing di belakang rumahnya sahaja.
Menurut Ardida, dia mula berniaga kasut dan pakaian sejak empat tahun lalu.
Ardida kemudiannya mula mengusahakan perniagaan bundle sejak setahun lalu, selain menjadi runner di sekitar kampungnya.
Sejak dua minggu lalu, Ardida turut membuka gerai burger di hadapan rumah untuk menambah lagi du1t poketnya.
Ardida mula berniaga sejak empat tahun lalu.
“Saya memang minat berniaga. Selain itu saya jadi runner, tolong orang tua bel1 barang di sekitar kampung ini. Saya hanya ambil c4j penghantaran (C0D) sebanyak RM3 ke RM5 saja.
“Sebelum ini saya selalu buat live berniaga di Instagram. Kini, saya buka gerai burger depan rumah untuk berniaga malam-malam dengan ayah,” jelas Ardida yang turut mengel4rkan dirinya sebagai ‘Gadis Kampung’ menerusi TikT0k.
Sumber : mStar