Tenang je teng0k! Pensyarah berjaya hias, kekalkan keindahan bilik air walau 5 anaknya masih kecil – “Buk4n hanya pameran, saya guna semua”

“UMI berspa dalam bilik air.”

Itulah kapsyen yang tertera pada satu perk0ngsian seorang wanita tentang bilik mandinya.

Wanita berkenaan memuat naik beberapa f0t0 bilik airnya di Faceb00k, yang mana dapat dilihat pelbagai pr0duk mandian tersusun rapi.

Berk0ngsi cerita dengan mStar, Nani Idayu Shamsudin, 35, berkata, dia sebenarnya sudah mula menghias bilik air di rumahnya sejak tiga tahun lepas.

Wanita berkenaan menjadikan sebuah kedai menju4l pr0duk mandian dan kebersihan sebagai inspirasinya untuk mengubah penampilan di ruang tersebut.

“Dapat ilham dari kedai Bath & B0dy W0rks sebab tengok pameran bot0l shower gel mereka cantik tersusun rapi.

“Jadi saya pun nak cuba susun macam tu di bilik air sendiri. Makan masa dua hingga tiga hari juga la untuk pasang cermin dan rak pada dinding.

IMG_1278

Nani memasang rak pada dinding di bilik air untuk meletakkan pr0duk mandian.

“Sebenarnya dulu dah pernah share, tapi masa tu b0tol sh0wer gel sikit lagi. Lama-lama dah beranak-pinak pula di dalam bilik air ni, sekarang ada 16 sh0wer gel tapi kalau kira jumlah keseluruhan pr0duk termasuk syampu dan pencuci muka semuanya ada 40.

“Saya memang guna semuanya, setiap hari tukar-tukar dan bukannya bel1 sekadar buat pameran. Bila masuk bilik air terasa macam dalam sal0on dan spa!” katanya bersel0roh.

Mesra disapa Nani, katanya, menghias bilik air yang kecil adalah satu cabaran kerana ruang yang ada sangat terhad.

Bagaimanapun dia menggunakan ruangan yang ada sebagai alternatif lain untuk dijadikan sebagai tempat penyimpanan barang.

“Saya dapat idea untuk menggunakan dinding sebagai ruang penyimpanan bot0l shower gel dan barang barang drugst0re. Sebab kalau nak bawa masuk rak yang ada kaki akan makan ruang yang banyak di dalam bilik air.

“Bilik air yang saya hias itu ialah bilik air tetamu dan semua pr0duk disusun pada rak yang tinggi. Jadi anak-anak memang tak akan dapat nak capat barang-barang di situ, lagipun mereka sendiri dah ada bilik air sendiri.

IMG_1148

Nani (kanan) mula menghias rumah sejak sekolah menengah lagi.

“K0s keseluruhan untuk menghias dengan menggunakan rak dinding lebih kurang RM60,” katanya yang menetap di Teluk Intan, Perak.

Menurut anak ketiga daripada lima beradik ini, dia mula menunjukkan bakatnya dalam seni dek0rasi ini sejak sekolah menengah dengan menghias biliknya.

Selepas mendirikan rumah tangga pula, Nani memperuntukkan sebanyak RM10,000 untuk membel1 perab0t di kediamannya sendiri.

“Tiada sesiapa mengajar, cuma saya memang suka kesenian. Saya sukakan keselesaan dan keindahan sesuatu ruang dan ia membuatkan saya sentiasa menata hias rumah.

“Bahagian rumah yang saya dah hias adalah ruang tamu, bilik tidur anak, bilik s0lat, sudut membaca, home office dan laundry room.

IMG_1139

Antara ruang di dalam rumah yang telah Nani hias.

“Tetapi bilik tidur anak ni paling mencabar la kerana anak kecil lima orang dan bilangan bilik dalam rumah saya tak banyak serta saiznya kecil.

“Jadi master bedroom rumah kami dijadikan bilik tidur untuk anak-anak supaya mereka dapat tidur di dalam satu bilik,” katanya yang berasal dari Alor Setar, Kedah

Nani yang merupakan seorang pensyarah di K0lej Komuniti Teluk Intan menganggap kecantikan sesuatu ruang dapat memberi keselesaan, keceriaan dan kebahagiaan kepada ahli keluarga untuk menghabiskan banyak masa dengan berada di rumah.

Namun, dia meng4kui sedikit mencabar untuk memastikan segenap ruang nampak kemas dan bersih kerana mempunya lima cahaya mata yang masih kecil berusia dari tiga hingga sepuluh tahun.

“Memegang pada k0nsep ‘kebersihan sebahagian daripada iman’ dan ‘rumahku syurgaku’, menghias sesebuah ruang dapat memupuk sikap dis1plin dalam kebersihan.

“Susah juga untuk kekalkan kekemasan lebih-lebih lagi dalam bilik anak-anak, sebab mereka masih kecil dan tengah aktif nak expl0re.

“Tapi saya juga ajar anak-anak untuk kemas setiap kali selesai bermain, didik mereka untuk mengemas dari kecil,” ujarnya yang juga merupakan timbalan pengarah pengurusan di k0lej berkenaan.

Sebagai seorang ibu, Nani berpendapat bahawa setiap individu perlu k0nsisten dalam menjaga kebersihan dan kekemasan, tidak kira di mana kita berada.

Jelasnya lagi, perkara itu perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil lagi supaya mereka lebih disiplin.

“Paling asas sekali ialah kena berdis1plin dan istiqamah dalam menjaga kekemasan, kebersihan dan keceriaan rumah.

IMG_1154

Nani dikuriniakan lima cahaya mata perempuan.

“Didik anak-anak untuk menjaga dan hargai barang-barang di dalam rumah, ajak mereka untuk mengemas.

“Bila mendapat sok0ngan dari anak-anak dan keluarga baru kita boleh menghias rumah bersama keluarga. Baru timbul perasaan untuk mencantikkan sesuatu ruang,” katanya.

Sumber : mStar

Leave a Comment