Umur 8 bulan d4h belajar renang! Kanak-kanak ini ceria dalam air, sering ‘bel4nja’ senyuman manis… ibu jawab kebimb4ngan air kl0rin masuk mata

4KSI c0mel se0rang anak kecil berenang di sebuah kolam menarik perhatian ramai.

Dia mampu tersenyum ceria sambil membuka mata ketika menyelam di dalam air.

“Dalam air pun boleh senyum manis.”

“Dia b0leh pula senyum, kalau aku tutup rapat mata ngan mulut,” demikian antara k0men netizen.

Bercakap kepada mStar, ibu kepada kanak-kanak itu, Syamim Adila Zaidi berkata, rak4man tersebut dibuat ketika anak lelakinya, Ahmad Saheim Zayyan Ahmad Helmi yang berusia tiga tahun dan lima bulan sedang mengikuti kelas renang di Kota Damansara, Selangor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Wanita berusia 32 tahun itu memberitahu, anaknya yang dipanggil Saheim itu dihantar memasuki kelas renang sejak usianya lapan bulan.

“Saya hantar anak ke kelas renang sebab nak ada b0nding time (masa bersama) memandangkan saya bekerja, jadi ada aktiviti saya bersama anak pada hujung minggu.

anak berenang senyum 11

Saheim teruja setiap kali masuk dalam air.

“Ibu bapa atau penjaga kena ada setiap kali kelas diadakan. Mak ayah bukan sekadar teng0k je, tapi turut bantu dari segi pergerakan anak ketika belajar renang,” katanya ketika dihubungi.

Syamim berkata, perkembangan anaknya dalam aktiviti renang begitu memuaskan dan dia cepat belajar serta boleh berenang sendiri tanpa b4ntuan dalam jarak dekat.

“Anak saya terl4mpau excited bila masuk dalam air. Sebab tu dia senyum bila berenang dan menyelam. Bila dia tersenyum, saya sendiri pun tergelak tengok.

“Tiada kolam renang di rumah, cuma ada tab mandi. Biasanya kalau mandi di rumah dia akan menyelam dan tersenyum juga,” ujarnya yang berasal dari Butterw0rth, Pulau Pinang.

anak berenang senyum 2

Saheim tersenyum ketika menyertai kelas renang.

Dalam pada itu, jurutera berkenaan mended4hkan dia dan suaminya, masing-masing tidak pandai berenang, yang menjadi antara fakt0r mereka menghantar anaknya belajar melakukan aktiviti itu.

“Saya dan suami tak pandai berenang. Saya hanya bawa anak untuk belajar renang. Jika saya ada di kolam pun, air hanya di paras dada dan saya cuma berdiri saja.

“Sekurang-kurangnya nak ada satu bakat renang pada anak, untuk jaga kami. Pada masa sama, kami nak elak sebarang kejadian yang tidak di1ngini berlaku.

“Berdasarkan k3s-k3s lem4s melibatkan kanak-kanak sebelum ini, m4ngsa biasanya pan1k menyebabkan tidak terkawal, hilang tenaga sebelum lem4s… jadi kami mahu anak bersiap sedia apabila berlaku kecem4san,” tambahnya.

anak berenang senyum 3

Syamim (kiri) bersama suami dan Saheim.

Dalam pada itu, Syamim turut menyedari keb1mbangan netizen terhadap anaknya yang berenang sambil membuka mata, dikhuatiri akan terjejas pengl1hatan disebabkan air kl0rin di kolam renang mengandungi bahan k1mia.

“Saya akui ramai yang b1mbang dengan anak saya berenang buka mata. Saya nak maklumkan air kolam untuk kelas renang tu tak ada kl0rin, dan tak ped1hkan mata,” jelasnya.

anak berenang senyum 4

Saheim begitu teruja dibawa melihat kapal terbang.

Selain yakin dan bersemangat terhadap persekitaran dalam air, Syamim berkata, anaknya juga merupakan seorang yang aktif, manja dan ‘happy g0 lucky’.

“Selain minat berenang dan menyelam, anak saya menyukai kapal terbang. Selain permainan, dia juga suka tengok kapal terbang di udara.

“Kami selalu juga bawa dia tengok kapal terbang sama ada ke lapangan terbang Subang atau KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) pada hujung minggu,” katanya.

Sumber : mStar

Leave a Comment