Sy0knya! 19 sekeluarga ‘serbu’ h0mestay tepi sawah selep4s setahun t4k jumpa, pakai kain pelikat dan batik je… mudah, selesa dan meriah

HAPPY family (keluarga gembira).”

Begitulah gambaran net1zen yang begitu senang menyaks1kan gel4gat sebuah keluarga yang berjalan secara santai di tepi sawah yang menghijau.

Menerusi vide0 di apl1kasi T1kT0k dengan lebih 1.2 jut4 tontonan itu, ahli keluarga itu masing-masing memakai kain pelikat dan kain batik.

Salah seorang daripada mereka, Nur Mithali Emelyn Ranor berkata, ia merupakan percutian bersama keluarga mentuanya di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, pada hujung minggu lalu.

Wanita berusia 25 tahun itu memberitahu, percutian yang turut disertai saudara-mara itu terdiri daripada 19 orang termasuk lima kanak-kanak.

“Kami berkumpul bersama selepas ker4jaan membenarkan aktiviti merent4s negeri. Lebih kurang setahun kami tak berjumpa sejak tahun lalu.

“Dalam romb0ngan ni, yang paling tua adalah bapa mentua saya berusia 64 tahun dan paling muda anak saudara berumur baru setahun,” katanya kepada mStar.

rombongan sawah bendang 5

Pertandingan memancing ikan antara aktiviti keluarga.

Lebih mesra disapa Emelyn, katanya, pemakaian kain pelikat dan kain batik menerusi vide0 yang tul4r itu dirancang ahli keluarga bagi menghidupkan suasanan desa di tepi sawah.

“Bagi yang lelaki, mereka pakai baju putih dan kain pelikat dan kami yang perempuan pakai kain batik dan baju kurung Kedah. Budak-budak pula berseluar kain batik.

“Kebanyakan kami tinggal di bandar. Ada yang t4k pernah turun ke bendang selain rumah masing-masing memang jauh dengan sawah padi.

“Jadi bila masing-masing dapat menginap di h0mestay betul-betul berdepan dengan sawah, memang ser0noklah,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

rombongan sawah bendang 6

Bermain layang-layang.

Menurutnya yang kini menetap bersama suami di Seremban, Negeri Sembilan, aktiviti keluarga dilakukan secara santai dalam percutian selama dua hari, satu malam itu.

“Ada kawasan untuk memancing ikan dekat h0mestay. Kami mengadakan pertandingan memancing, dan dapatlah hasil tangk4pan beberapa ek0r ikan keli.

“Di sebelah malam pula kami masak steamb0at, bahan-bahan makanan dibawa dari rumah masing-masing dan masak di homestay untuk makan beramai-ramai,” tambahnya.

rombongan sawah bendang 8

Foto kiri bapa dan ibu mentua Emelyn, foto kanan Emelyn dan suami.

Antara lain, suri rumah itu ternyata begitu teruja apabila berpeluang menunggal basikal yang disewa bersama beberapa ahli keluarga di kawasan sekitar.

“Kami juga main layang-layang depan sawah. Kelakarnya, ada yang terlep4s tali sejauh 15 kaki sebelum sempat disambut semula,” katanya yang turut diberi kejvtan sempena sambutan hari ulang tahunnya ke-25 di homestay.

rombongan sawah bendang 7

Aktiviti berbasikal di tepi sawah.

Bagi Emelyn, percutian sekeluarga itu meskipun singkat namun amat bermakna kerana dapat berkumpul dan meluangkan masa bersama setelah sekian lama tidak berjumpa.

“Bila dah lama tak jumpa sebagai satu famili, kenalah ada quality time. Secara tidak langsung merapatkan hubvngan antara satu sama lain.

“Pemilihan tempat menginap di tepi sawah memang sesuai dan menarik. Memang wajar untuk bercuti bersama keluarga yang besar di tempat yang begitu tenang macam di sini.

“Lagi dua minggu, keluarga saya sebelah adik-beradik ibu pula buat gathering. Kali ini bercuti di Cameron Highlands membab1tkan seramai kira-kira 30 ahli keluarga,” katanya.

Sumber : mStar

Leave a Comment