Selamat sejahtera semua! Saya harap k0rang semua sihat sihat selalu dan terhindar dari sebarang pnyak1t. Stay safe.
Hari ni, saya berkesempatan untuk menaip panjang-panjang memandangkan mood sayang begitu baik hari ini. Entah kenapa saya begitu rajin nak menaip panjang-panjang ni.
Sementara saya ada waktu lapang bolehlah saya meluahkan apa yang saya rasa. Kisah ini berlaku pada awal tahun 2018. Hidup zaman m0den tak semestinya semuanya dah m0den. Bagi saya tidak. Sebab apa? Sebab saya berkahwin dengan pilihan ibu saya.
Pers0alannya, saya bahagia ke tidak? Bagi saya cerita dulu dari A sampai ke Z ya. Nama saya Luqe (nickname) berusia lewat 20-an. Saya seorang kuat bekerja sampai saya tak ada masa untuk diri sendiri. Dari sini lah ibu ayah saya selalu bertanya “ada g1rlfriend tak?” “Along bila nak kahw1n?” “Bila Along nak bawa bakal menantu ibu ayah?”
Fuh..soalan ibu ayah berd4s-das mengalahkan senj4ta H K 416. Tak perlu jumpa makcik-makcik baw4ng cukuplah ibu ayah punya tanya itu ini mengalahkan p0lis penc3n versi0n 2.0. Saya hanya mampu menggaru kepala yang tidak gat4l dan tersengih macam kerang bus0k.
Sejujurnya saya pernah bercinta dengan seorang gadis yakni satu fakulti masa zaman kami belajar sewaktu ketika dahulu. Punyalah bercinta bagai nak rak last last keluar almari. Eh gurau.
Maksudnya di sini adalah kami tiada j0doh. Perp1sahan kami membuatkan saya sangat sak1t hati tapi tak apalah benda dah lepas saya dah maafkan. So dari situ lah saya tak nak bukakan hati dengan mana-mana perempuan di luar sana.
Saya bertekad untuk jayakan diri dulu – buat b1snes, beli rumah, beli kereta, bahagiakan keluarga. Mendirikan rumah tangga adalah pilihan paling akhir dalam list saya.
Hari Jumaat penghulu segala hari. Selepas saya solat jumaat, saya bercadang nak balik ke rumah ibu ayah memandangkan esok hari sabtu. Kebetulan pula, ada seorang tetamu memer4ngkap kawan rapat ayah datang ke rumah. Korang tahu tahu lah kan kalau lelaki bersembang macam mana.
Rancak bukan kemain lagi sampai tak ingat dunia. Biasalah kalau dah lama tak berjumpa begini lah jadinya.
Uncle Mudin – kawan rapat ayah duduk di Johor. Datang ke KL sebab ada urusan. Alang-alang kat sini jumpa kami sekali.
Tiba-tiba tiada angin tiada ribut, ibu dengan beraninya mencel4h bertanyakan tentang anak Uncle Mudin.
Uncle Mudin jawab anak perempuannya sudah habis belajar dan tinggal di Perlis bersama nenek dan datuknya di kampung. Saya dah agak dah.
Ibu kalau bertanya pasal hal ni tak lain dan tak bukan nak j0dohkan saya dengan anak perempuan Uncle Mudin tu lah. Macam tak biasa pula.
Saya nak naik ke bilik macam kurang h0rmat pula jadi nak tak nak saya duduk membatu di situ sambil mendengar mereka berbual.
Jangkaan saya tak pernah si1ap. Guess what? Esok kami sekeluarga akan pergi ke negeri paling utara. Saya tak tahu nak react apa. Yang lain semua happy excited nak pergi ke negeri Indra Kayangan. Ada satu sebab je kenapa kami nak ke sana. Ibu dan ayah nak masuk r0mbongan meminang bagi p1hak saya kepada anak perempuan Uncle Mudin, Naira (nama sandaran)
Saya masih ingat Uncle Mudin berkata kalau anak dia setuju, maka kami bolehlah ke sana untuk masuk meminang. Tak sangka secepat itu. Pertemuan dua minggu lepas dengan Uncle Mudin bagai rasa semalam je. Dalam perjalanan ke Perlis, ibu tak henti bercakap pasal Naira.
Ibu cakap dia pernah jumpa Naira waktu kecil. Naira tak ada emak waktu dia lima tahun dan tinggal dengan nenek dan datuk di sana. Disebabkan Uncle Mudin mendapat kerja di Johor, dia tak dapat jaga Naira. Dari segi kew4ngan Uncle Mudin t4nggung untuk Naira dengan secukupnya sampailah Naira berjaya graduate.
Saya rasa pel1k jugaklah Naira terima saya semudah itu? Saya yakin seratus peratus saya memang tak pernah jumpa Naira atau perempuan bernama Naira.
Nak tanya ibu c0nf1rm c0nf1rm ibu buat lawak berkata “Along hands0me mesti Naira nak” . Heheh terima kasih lah pujian tu. Along amat hargai pujian ibu. Adik saya, Ariana (nama sandaran) bukan Ariana Grande tu. Ni Ariana tanpa Grande yang selalu usik dan sakat saya.
Bila dia dapat tahu abangnya dapat bakal isteri, sak4tnya tak boleh bawa bincang. Berjam-jam dalam kereta kami dah sampai ke rumah Uncle Mudin. Mak aih, besar nau rumah. Apa-apa pun, kami sekeluarga disambut baik oleh keluarga Uncle Mudin.
Uncle Mudin pun ada situ sekali memandangkan mjlis meminang ni melibatkan ank tungg4lnya. Kami duduk di sebuah ruang tamu bertemankan bunyi air terjun buatan terletak di luar ruang tamu. Menariknya, air terjun buatan terletak di tengah-tengah sana.
Di sekelilingnya ada beberapa buah bilik. Sungguh eksklusif. Ibu ayah dan keluarga Uncle Mudin memulakan majlis kecil-kecilan ini. Ada juga beberapa orang sertai. Mungkin saudara-saudara Uncle Mudin juga. Eh, baru teringat?
Mana bak4l isteri saya?
Saya mel1arkan sedikit pandangan melihat orang-orang yang ada di sini. Mana satu Naira? Sedar tak sedar, cincin bertukar tangan dari ibu ke nenek Naira. “Maaflah cucu saya t4k balik lagi. Dia ada hal.
Sekejap lagi balik lah dia” kata nenek Naira penuh s0pan. Semua di situ mengangguk dan tersenyum termasuklah saya. Oh, dia tiada.
Jant0ng sy dah berdegup kencang mengalahkan larian marathon. Mana taknya nak jumpa bakal isteri. Selagi tak jumpa, selagi tu lah j4ntung saya tak henti beredegup bagai nak meletvp.
So secara kesimpulannya, majlis ini berjalan dengan lancar walaupun Naira tiada. Saya terdengar Naira setuju dengan pinangan ini. Saya menjadi perhatian saat ini. Macam-macam keluarga Uncle Mudin interview pasal saya. Interview p0l1s-p0l1s pencen versi0n 3.0.
Keseluruhannya alhamdulillah mereka berkenan dengan saya.
“Luqe, cucu nenek tu l4sak sikit orangnya. Tapi Luqe jangan risau Naira okay je dengan Luqe” kata nenek Naira. Saya sekadar mengangguk faham. Lasak eh. Jangan nanti bal1ng senduk sudah. Fast forward, waktu malam menjelma bermakna makan malam tak lama lagi tiba.
Memandangkan Uncle Mudin dan sekeluarganya berkeras mahu kami tinggal di chalet mereka yang terletak sebelah rumah untuk beberapa hari, jadi kami tiada pilihan.
Kami sekeluarga sudah berada di rumah Uncle Mudin bersedia makan malam. Tapi Naira masih tak kelihatan. Waktu saya n4k jalan ke ruang meja makan, langkah saya terhent1 seketika saat mata saya tert4ngkap sebuah p0tret besar elok tergantung di ruang tamu lagi satu. Saya terg4mam seketika.
Dalam p0tret tu ada gambar Uncle Mudin duduk rapat bersama seorang gadis berambut ikal mayang tersenyum manis. Inikah Naira? Kalau betul lah Naira, saya bertuah akan memiliki seorang isteri yang cantik. Saat itu, satu suara menjengah dalam rumah. Ha panjang umur!
Saya ternampak seorang kel1bat sah-sah itu Naira menuju ke ruang meja makan. Masa tu lah kec0h suruh Naira dan saya bertegur sapa. Memang m4lu sampai nak cakap pun terg4gap-g4gap.
Naira sangat cantik sampai hilang berkata-kata. Masa makan malam pun, saya jadi seg4n silu sehingga satu tahap nak suap makanan dalam mulut pun m4lu. Ye lah, Naira ada join sekali. Yang lain-lain dah sakat itu ini menambahkan suasana saya dengan Naira makin janggal ! Ariana tu tak payah kata lah.
Muka temb0k dan mulut murai dia tak boleh nak kawal dah. Rasa nak sumb4t aje nasi dalam mulut dia tu. Pejam celik pejam celik, dah dua malam kami di sana dan esok pagi nak balik KL.
Tak boleh duduk lama-lama kerja banyak kat sana. Sepanjang duduk kat sini, saya dan Naira saling berkenalan tapi tak detail. Cukup sekadar tahu nama, umur dan kerja apa. Buat masa tu, kami belum ada bibit-bibit cinta lagi.
Kata Naira, lagi bagus bercinta selepas nikah berbanding sebelum nikah. Saya pun setuju dengan cadangannya. Tak sampai setengah tahun pun, kami diijab kabulkan.
Naira sah menjadi isteri saya sampailah sekarang. Rupanya Naira adalah j0doh yang disimpan oleh Allah untuk saya selama ini. Syukur saya kepadaNya tak terhingga.
Selepas pr0ses meminang tu, kami tiada jalinkan pertunangan malah terus saja nikah. Siapalah kita untuk mel4wan takdir Allah? Kita hanya mampu merancang Allah yang tentukan. Alhamdulillah. Allah Maha Mendengar. Isteri saya ada cerminan bagi diri saya.
Kebanyakan hobi isteri saya adalah hobi saya juga. Kami suka travel, buat aktiviti sukan ekstr3m yang melibatkan alam semula jadi.
Pada mulanya saya tak tahu langsung bakat isteri saya yang suka aktiviti las4k seperti – flying fox, sky diving, bungee jump1ng, hiking.
Saya sendiri terkejvt bila dapat tahu dia mahir dalam sukan-sukan macam tu. Memang betul lah kata nenek isteri saya yang dia memang l4sak orangnya.
Dia sentiasa on bila saya ajak dia keluar bersama lagi-lagi nak bercuti. Dia orang pertama yang sudi packing baju.
Tapi bila di rumah pula, perwatakan las4k dalam diri isteri saya hilang. Dia bertukar menjadi isteri yang lemah lembut.
Dia seorang sangat rajin sampai setiap sudut rumah bersih tiada secalit habuk. Semua kerja-kerja rumah habis dia sapu buat. Bila saya tanya tak pen4t ke?
Yelah rumah kami besar dan perlukan pemb4ntu rumah. Dia jawab dia lebih rela pen4t berbanding tidak berbuat apa-apa. Kadang -kadang saya risau juga bila dia terlalu buat kerja rumah sangat nanti tak larat.
Dia kata dia tak nak pemb4ntu rumah, lebih baik dia buat sendiri puas hati. Disebabkan tu, saya tak bagi dia pergi kerja. Saya masih mampu t4nggung lagi. Saya tahu dia pen4t tapi dia tak pernah mrungut atau menunjukkan ekspr3si pen4t depan saya.
Senyuman dia sentiasa lekat di wajah. Sebab tu lah saya selalu bawa dia pergi meluangkan masa dengan hobi kami untuk release tekanan.
Sepanjang saya hidup sebagai suami Naira, kehidupan saya jauh lebih baik berbanding zaman bujang dulu.
Saya ingatkan lepas kahwin kepala saya akan ser4but nak fikir tentang hal rumah tangga. Rupanya ia salah sama sekali. Allah permudahkan. Rezeki saya bertambah-tambah sejak saya berkahwin.
Rezeki tak pernah salah alamat. Walaupun kami belum ada cahaya mata lagi, kami bahagia. Kami yakin Allah dah susun atur cantik perjalanan hidup hambaNya.
Saya berterima kasih kepada isteri saya selalu sokong dan menjadi tul4ng belakang saya selama ni.
Terima kasih kerana mendoakan untuk kami. Kepada readers yang dah berkahwin dan hendak berkahwin semoga anda dan pas4ngan anda kekal bahagia.
– Luqe (Bukan nama sebenar)
Sumber : Seleksimedia