Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Ini cerita kisah hidupku. Kisah yang penuh 0nak dan duri. Dug4an bagiku, doakan aku semoga aku kuat untuk menghadapi masa masa akan datang. Kisah ini berlaku beberapa tahun lepas.
Sekelip mata aku menjadi yat1m p1atu. Aku telah kehilangan kedua ibu bapaku termasuk abang aku sekaligus pada bulan puasa akibat kemal4ngan jalan raya.
Waktu tu tinggal lebih kurang 2 minggu sebelum menyambut hari raya. Jantong aku seolah olah berhenti seketika ketika menerima khabar berita itu. Betapa sed1hnya aku yang tak dapat diungkap dengan kata kata.
Kisah ini juga telah disiarkan di Buletin Utama TV3 dan juga Harian Metro dimuka hadapan. Tinggallah kami 4 adik beradik, aku yang ke-3 dan seorang adikku. Kakak aku yang sulung baru berusia 20 tahun, manakala kami 3 beradik masih bersekolah. Yang paling sed1h umur adikku yang bongsu baru berusia 7 tahun.
Ketika kejadian, adik dan juga 2 orang abangku turut mengikut ibu bapaku untuk pergi ziarah saudara mara di Pahang. Ibuku sempat membeli barang barang untuk persiapan raya kami semua. Hanya aku dan kakakku sahaja yang tidak mengikut mereka utk pergi kesana. Entahlah, masa tu memang hati tak tergerak untuk pergi.
Sebelum ibuku berangkat ke sana, ibuku ada mengajak aku dan kakakku untuk ikut sekali tapi aku hanya katakan tak nak. Ibuku sempat bercakap padaku sebelum pergi mungkin kerana dia melihat aku termenvng dan sed1h ketika itu. Aku pun tak tahu apa yang ada dalam fikiranku ketika itu.
Ibuku menyoalku “kenapa taknak mak pergi ke?”. Aku hanya diam, dan ibuku berpesan padaku, “duduk baik-baik ye”. Sungguh aku ingat sampai sekarang itulah pesanan terakhir dari ibuku seolah olah dia tahu dia akan pergi buat selamanya
Tetapi sudah takdir, mereka terlibat dalam kemal4ngan semasa ingin pulang ke rumah. Adikku ceder4 par4h hingga dimasukkan di I CU, kakinya p4tah dan tul4ng retak. Allah, tak sanggup aku melihat adikku yang sekecil itu menanggung kes4kitan sorang diri. Abangku terselamat dan mengalami c3dera ringan.
Pada malamnya, j3nazah kedua ibu bapaku dan abangku dibawa pulang ke rumah. Aku teramat sed1h melihat ketiga tiga jn3azah diruang tamu rumahku. Abang dan adikku masih di h0spital, jadi mereka tidak sempat menatap dan menci1m mereka buat kali terakhir.
Selepas bbrpa hari mereka telah dikebum1kan, abang aku telah keluar dari h0spital dan pulang ke rumah. Ketika sampai dirumah, aku sangat seb4k melihatnya kerana dia seolah olah mencari ibu ayah dan abang di setiap sudut rumah tetapi tidak kelihatan.
Aku dapat melihat mukanya yang h4mpa seolah olah dapat mengagak mereka sudah tiada lagi. Selepas itu, pakcikku memanggilnya dan memberitahu bahawa kedua ibu ayah dan abang sudah tiada. Dia hnya diam tnpa mengeluarkan airmata tetapi aku dapat membaca pada air mukanya yang dia begitu sed1h.
Sejak pada itu, dia tidak banyak bercakap, lebih kepada diamkan diri. Kami adik beradik strvggle untuk meneruskan kehidupan, tak ada siapa pun yang ambil tahu sedangkan pakcik pakcik saudara ramai yang tinggal sekampung, hanya nenek saudara yg betul betul mengambil berat tentang kami.
Dia selalu datang kerumah kami. Kadang kadang bawakan makanan walaupun dia sendiri sudah tua tapi alhamdulillah masih kuat. Untuk pengetahuan semua, kami masih ada seorang nenek belah aruw4h ayah.
Tapi dia langsung tidak ambil tahu pasal kami kerana dia memang dari awal tak suka kami kerana aruw4h ayah kahwin dengan menantu bukan pilihannya.
Jadi, dia pun memang tak suka aruw4h ibu. Itu aku tidak kisah sebab dah terbiasa. Tetapi yang membuat aku sed1h ialah selepas seminggu dua kami kehilangan ibu bapaku, dia datang kerumah kami untuk menuntvt hak dia katanya.
Sanggup dia datang jalan kaki pakai t0ngkat sebab dah berumur dah tak larat nk berjalan. Tapi dia gagahkan jugak datang semata mata untuk menvntut hak dia. Kami bukan orang senang, kami orang sus4h dan tak ada harta benda yang ditinggalkan kepada kami.
Kedua ibu bapaku hanya kerja kampung yang gajinya hanya ratus ratus sahaja. Malah, rumah yang kami tinggal sekrang pun bukanlah rumah sendiri. Tetap kena b4yar sewa walaupun ibu bapaku telah tiada.
Bayangkan kami adik beradik hidup macam mana selepas ketiadaan ibu bapa. Tambah pula dia datang untuk menvntut hak. Aku hanya mampu berdiam diri. Kakakku sebagai anak sulung bersuara kepada nenekku,
“Nek, kami pun hidup sebat4ng kara tidak ada tinggalan harta dan wang ringgit.
Jadi kalau nenek nak ambil barang barang dalam rumah ni, nenek ambillah sebab kalau nak minta duit, mmang kami tak ada”. Sungguh aku tak sangka melihat kelakuan nenekku. Dia terus bangun dan berjalan jalan dlm rumahku melihat barang apa yang dia mahu ambil.
Setelah itu, dia bersuara “aku nak mes1n jahit ni, kuali besar ni”. Ada 1 kuali besar dirumahku untuk tujuan kenduri kendara, aku tak kisah, ambillah. Tapi, yang membuat aku sed1h ialah dia mahukan mes1n jahit kami.
Mesin jahit tu ibuku yang membel1nya dengan titik pelvh dia sendiri untuk kakakku dan ia menjadi sumber pendapatan kami adik beradik kerana kakakku tuk4ng jahit.
Tergam4knya dia mahu ambil sedangkan dia tahu kakakku menjahit untuk mencari rezeki. Sempat lagi dia berkata mahu berikan mesin jahit kepada cucunya kerana cucunya itu sedang belajar menjahit sekarang.
Nanti da habis belajar, bolehlah dia pakai mesin jahit tu untuk mengambil tempahan tempahan baju.
Cucu yang dimaksudkan tu ialah cucu kesayangannya yang tinggal bersamanya. Kami terpaksa akur dengan kehendaknya. Selepas pada itu, aku dan kakakku cuba belajar membuat kek untuk mncari pendapatan. Kami belajar hanya di G00gle dan F4ceb00k.
Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu. Aku juga menjadi agent menju4l tudung. Aku sedaya upaya mencari side inc0me demi perbelanjaan kami.
Itu belum masuk lagi part pakcikku yang kami panggil paklang. Sepatutnya kami adik beradik dapat cla1m duit 1nsurans kereta kerana kemal4ngan. Tetapi dia lagi laju bertindak.
Duit yang sepatutnya menjadi hak kami adik beradik telah diambil olehnya tanpa pengetahuan kami.
Tak apa, makanlah harta anak anak yat1m p1atu seperti kami. Mungkin terlepas didunia tapi bukan diakh1rat kelak. Macam macam rintangan yang kami lalui, bukan senang menjadi anak yat1m p1atu sekelip mata berubah.
Kehilangan yang begitu meny4kitkan, rindu yang tiada penghujungnya hanya Tuhan yang tahu sampai sekarang. Apabila orang disekelilingku bertanya tentang ibu bapaku bagi yang tidak tahu, aku hanya mampu diam.
Tidak pernah sekalipun aku memberitahu ttg ibu bapaku yang mereka sudah tiada… Kerana aku sungguh tak kuat dan tak mampu untuk bercerita. Setiap kali aku teringatkan mereka, air mat4ku deras mengalir.
Apatah lagi mahu bersuara sungguh aku tak kuat. Jadi, aku mohon doakan semoga aku terus kuat dan kuat. Semoga jasa baik dan doa doa korang berbalik kepada kalian.
Semoga Allah saja dapat membalasnya. Terima kasih kerana sudi membaca lu4han hatiku. Harap admin siarkan. Terima kasih admin.
Antara Reaksi Reaksi Warganet.
Siti Nur Aisyah Maulana – Allahuakbar. Smpai hti paklang tu mkan hrta ank yat1m. Tunggulh balasan dari Allah. Allah tak zal1m dik.
Saling bantu membantu ya untuk masa ke hadapan kelak. Mesti ada pelangi indah di hadapan kelak. Meh pm kakak. Dah tak mampu nak taip panjang. Sed1h menyelubungi diri
Zackary Zickry – Semoga Allah mel4knat mereka yang makan harta anak yat1m p1atu. Abang kamu (anak lelaki) waris ada, tak layak untuk adik beradik tuntvt harta ayah ibu kamu.
Mesin jahit ibu kamu, nenek sebelah bapa tak layak tvntut. Dia juga zal1m ambil harta bukan milik dia.Semoga Allah mengaz4b mereka dengan seker4s ker4s az4b. Dan melakkn4t mereka selagi mereka tak pulangkan hak kamu.
CahayaIndah Sinar – Seb4knya ya Allah.Brd0sa pakcik, makcik sedara mara Tak ambil tnggungjwab ambil berat hal anak yat1m. Sungguh.
Sis jangan lupa mohon zakat untuk adik yang Masih belajar. Jangan putvs asa. Yakinlah bahawa Janji Allah itu ada. Tak perlu berbaik pun dengan sedara mara yang Tak Bantu kalian.
Dik zakat ada b4ntuan untuk mula pern1agaan. Jangan m4lu bertanya. Insha Allah ada b4ntuan kena rajin memcari Dan pergi bertanya di pejabat berdekatan.
Gendang Gendut – Kalaulah ada rezeki nanti, pindahlah dari situ. Bagus duduk jauh jauhh dari par4sit. Sekiranya mampu beIi mesin jahit kang di ambil pula.
Orang macam tak de nya perasaan kas1han tengok kesus4han saudara sendiri. Moga sis adik bradik di murahkan rezeki dan kes1hatan yang baik. Teruskan kuat..
Bee Bee – Doakan kebaikan kepada yang menzal1mi kamu dik. Allah tak pernah terlepas pandang. Akak doakan kamu adik beradik dikurniakan masa depan yang bahagia dan cemerlang. Asbab kesabaran kamu hari ini, insyaAllah pahala untuk ibu ayah kamu disana.
Sumber – Rai (Bukan nama sebenar) via IIUMC.
Sumber : Seleksimedia