LAIN yang hendak dibuat, lain yang jadi.
Seorang lelaki berdepan detik cem4s apabila balutan kain pada tungku yang digunakan isterinya untuk raw4tan ketika berp4ntang selepas bersal1n, terbak4r.
Keadaan yang berlaku secara tiba-tiba itu turut mengakibatkan sebahagian kain cadar dan tilam di biliknya turut terb4kar.
Bercakap kepada mStar, lelaki berkenaan, Hisyamuddin Kamarudin berkata, kejadian berlaku di rumahnya di Bertam, Kepala Batas di Pulau Pinang, kira-kira dua minggu lalu.
Suami berusia 34 tahun itu memberitahu, ketika kejadian isterinya sedang berp4ntang selepas melahirkan anak keempat pada 19 Oktober.
View this post on Instagram
“Sebelum kejadian saya ke dapur untuk pan4skan tungku besi di tingkat bawah. Selama ini saya buat tak ada mas4lah pun.
“Lepas dipan4skan, saya bawa tungku tu dibalut dengan dua kain yang diletakkan daun mengkudu di dalamnya, ke bilik di tingkat atas dan letak atas katil.
“Saya kemudian sambung buat kerja di tingkat bawah. Tiba-tiba isteri menjer1t panggil saya dan saya bergegas naik semula dan tengok satu bilik mula beras4p,” katanya ketika dihubungi.
Dua lapisan kain yang terbak4r.
Hisyammuddin atau lebih mesra disapa Hisyam berkata, dia segera mengangkat tungku yang berbalut dengan kain itu dan meletakkannya di tandas.
“Masa bungkus dua lapisan kain yang dimasukkan daun mengkudu bersama tungku, okay je. Bila saya bawa ke tandas, saya terdengar macam bunyi daun terbak4r dari dalam.
“Bila saya buka balutan kain, nampak daun mengkudu dan kain terbak4r macam bara 4pi. Habis terb4kar kain yang balut tungku tu,” tambahnya.
Tungku besi berusia 38 tahun yang digunakan turun-temurun.
Mengakui pan1k dan terkejvt kerana ins1den seumpama itu berlaku pertama kali, bapa empat anak itu bersyukur kerana tiada kejadian burvk menimpa isteri dan anaknya yang baru lahir.
“Alhamdulillah tiada yang ceder4, anak pun tak menang1s. Kejadian berlaku sebab tungku terlalu p4nas. Isteri mulanya pegang balutan kain okay je sebab ia ambil masa untuk terbak4r di bahagian dalam,” katanya.
Perunding hartanah itu bagaimanapun meng4kui kejadian berpunca daripada tungku yang digunakan isterinya untuk raw4tan ketika berp4ntang, dipanaskan terlalu lama di dapur.
“Biasanya sebelah bahagian tungku tu saya pan4skan selama kira-kira 10 minit, dan kemudian saya terbalik untuk panaskan sebelah bahagian lagi untuk 10 minit.
“Kali ini saya terlupa sebab leka buat kerja sampai sebelah bahagian tungku saja dibiarkan atas dapur selama 30 minit. Itu yang membuatkan tungku terlalu pan4s,” katanya.
Hisyam merupakan perunding hartanah.
Dalam pada itu, Hisyam yang yang juga ej3n ju4lan pr0duk kes1hatan mendedahkan tungku besi tersebut merupakan turun-temurun yang digunakan oleh ibunya sejak 38 tahun lalu.
“Sejak kakak sulung saya lahir 38 tahun dulu ke saya sehinggalah anak-anak yang pertama hingga keempat ni guna tungku yang sama. Tungku lama, tapi tak pernah bermas4lah.
“Masa anak-anak pertama hingga ketiga lahir, isteri berp4ntang di rumah ibu saya di Tasek Gelugor di Seberang Perai. Kali ini untuk anak keempat baru berp4ntang di rumah kami.
“Sama ada di rumah ibu atau rumah sendiri, saya jaga isteri sebab kerja saya yang fleks1bel. Cuma kalau di rumah ibu… ibu sentiasa ingatkan tungku dah pan4s ke, dah angkat dari dapur ke.
“Tungku tu masih boleh pakai, yang terbak4r cuma kain. Selepas ini kalau nak guna memang akan tunggu sehingga tungku dipan4skan,” katanya.
Sumber : mStar