Suamiku si pemandu m0n0rel! Wanita t4k sangka ‘dijemput’ pulang kerja, selepas 2 tahun baru dapat ‘bertemu semula’ di stesen… kali ini lengkap pergi balik

ISTERI mana tidak gembira apabila dijemput suami ketika pulang dari tempat kerja.

Dalam hatinya pasti berbunga-bunga, dengan perjalanan pulang menggunakan mon0rel turut dinaiki sejumlah penumpang lain.

Di sebalik m0men ‘sweet’ itu, rupa-rupanya suaminya merupakan pemandu m0norel yang sedang mengendalikan pengangkutan awam itu.

Wanita berkenaan, Nurul Munira Kamaruzaman berkata, ia sebenarnya merupakan vide0 lama yang dirakamkan pada akhir 2019.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Isteri berusia 29 tahun itu memberitahu, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Cheras, Kuala Lumpur dari tempat kerja di KL Sentral.

“Selain LRT, saya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja menaiki mon0rel. Suami pula bertugas sebagai trans1t 0fficer, antara lain tugasnya mengendalikan mon0rel.

“Tapi syif kerja suami tidak menentu, jadi memang susah kami untuk berada dalam mon0rel sama,” katanya kepada mStar.

suami pemandu monorel 4

Suami Nurul ketika bertug4s di stesen monorel. Foto faceb00k Kelab Monorail Line

Dia yang lebih mesra disapa Nurul bagaimanapun tetap setia berada di pintu paling depan di platform setiap kali menunggu tren, sama ada di stesen Hang Tuah atau KL Sentral.

“Biasanya saya akan tunggu tren dekat bahagian depan. Kalau tren masuk ke stesen, saya boleh nampak pemandu dengan jelas dari jauh sebelum tren berhenti.

“Satu hari seperti biasa, saya tunggu tren nak balik ke rumah selepas kerja. Tiba-tiba nampak suami di tempat pemandu, memang saya terkejvt dan cakap ‘Eh! Ni suami aku’,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata lelaki itu, perasaan teruj4 tidak dapat disembunyikan dan melambai-lambai suaminya sebelum memasuki tren.

“Saya duduk di gerabak hadapan bersama pemandu. Cuma kami tak ada berbual dalam mon0rel sebab suami sedang bertug4s, memberi tumpuan kepada pemanduan.

“Sudah tentu saya excited. Selalu orang lain (pemandu) je yang ada bawa. Sekali suami sendiri yang ‘jemput’ kita walaupun tak balik sekali sebab dia masih bekerja.

“Masa mon0rel berhenti di Stesen Hang Tuah untuk saya tukar naik LRT. Dari tempat pemandu, suami sempat toleh belakang senyum dan lambai tangan kat saya… so sweet,” katanya sambil menambah dia dan suami mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu.

suami pemandu monorel 2

Nurul (kanan) dan suami mendirikan rumah tangga selama empat tahun.

Nurul yang merupakan penyelia di sebuah rangkaian rest0ran tidak menyangka hasratnya untuk ‘dijemput’ suami ketika bertug4s mengendalikan mon0rel menjadi kenyataan.

“Sebelum ni dari 2014 suami berkh1dmat sebagai station 0fficer. Bila masuk 2019, dia jadi transit 0fficer… saya cakap tak pernah rasa dia bawa lagi.

“Alhamdulillah, akhir tahun yang sama baru dapat satu mon0rel dengan suami. Selepas tu hampir dua tahun juga baru dapat satu tren dengan suami, pada Mei lalu.

“Kali ini ketika saya dalam perjalanan ke tempat kerja. Okaylah dah c0mplete, ada suami ‘jemput’ pergi dan balik dari tempat kerja,” ujarnya secara bersel0roh.

Dalam pada itu, Nurul berasa lucu dengan k0men-k0men netizen menerusi perk0ngsian di TikT0k yang menjadi tul4r.

“Ada yang k0men baiknya suami puan, boleh tumpangkan perempuan lain. Saya rasa kelakar dan tak cembvru pun sebab memang tugas suami bawa mon0rel dengan ramai penumpang… bukan saya seorang je,” katanya.

Sumber : mStar

Leave a Comment