[VIDE0] Wedding 0f the year! RM7 jut4 k0s majlis kawin Haqiem Rusli, selamat jadi suami Anis S0fea dengan dua kali lafaz

LAKSANA bulan dengan matahari… Dengan dua kali laf4z, penyanyi Haqiem Rusli selamat menjadi suami kepada gadis pilihannya iaitu Anis Sofea, 19, di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya kira-kira pukul 3.40 petang, Jumaat.

Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaks1kan keluarga tercinta dan kenalan rapat mereka.

Bersyukur acara akad nikah berjalan lancar, Haqiem atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, 23, berkata Anis sudah cukup sempurna di matanya dan sikap lemah lembut serta keterampilan gadis itu berjaya menambat hatinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Dia amat sempurna buat saya, dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan keterampilan dia yang menambat hati saya untuk memilikinya,” kata Haqiem.

Pasangan yang bagai pinang dibel4h dua ini menjalin percintaan sejak dua tahun lepas, berkenalan semasa menjalankan urusan pern1agaan mereka.

Dalam pada itu, Anis S0fea mended4hkan hatinya terpikat dengan Haqiem kerana memiliki sifat seorang yang bertanggungjawab serta mempunyai cita-cita tinggi.

Haqiem

Haqiem memberikan mas kahwin RM300 kepada isterinya.

“Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya j4tuh hati kepadanya,” ujar Anis.

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Bagi meraikan hari bahagia, pas4ngan tersebut memilih untuk mengadakan majlis resepsi secara tertutup bertemakan Wedding in the Sky atau Raikan Cinta di Langit Asmara bertempat di SkyGlass Cyberjaya.

Dekorasi majlis yang diberikan nama The SOFEA berinspirasikan Fl0ral Garden persis taman di kayangan dalam rona pastel merupakan ilham dan sentuhan daripada Primad0na Events atas permintaan Anis Sofea yang minat kepada fesyen dan drama K0rea.

WhatsApp Image 2021-11-19 at 3.36.40 PM

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan lima dulang hantaran berbalas lima.

Pasangan ini menggayakan rekaan busana yang direka kh4s oleh pereka fesyen tersoh0r Rizman Ruzaini dan Razman Razmi bagi majlis indah ini.

Turut meraikan detik bersejarah pasangan ini ialah Habib Jewels, jenama barang kemas tempatan bagi menyerikan pasangan dengan akses0ri berlian dan barangan kemas bernilai RM5 jut4 bagi kedua-dua majlis.

Haqiem memberikan cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia kepada isterinya.

Nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan lebih RM7 jut4.

Sumber : mStar

Leave a Comment