Nasib ank pen4gih. Ayh selamba is4p dpn aku dan adik2. Ajak pula kwn buat pr0jek. Mak haI4u, rahsia dr jiran trb0ngkar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama aku Nani. Usia aku 25 tahun dan baru hab1s belajar di sebuah Universiti Awam. Aku bekerja sebagai seorang guru di sebuah sek0lah swasta. Disebabkan sekarang masih lagi PDPR, maka aku banyak habiskan masa di rumah bersama ibu dan ayah.

Apa yang aku nak ceritakan mungkin tidak menarik tapi ingin aku highlightkan tentang indahnya ‘sabar’. Rata rata lu4han aku baca semuanya mengenai wanita yang teran1aya dengan suami. Tidak terkecuali Ibuku.

Ibu aku seorang wanita yang sangat sabar. Dua puluh tahun Ibu setia dan sabar dengan suami yang merupakan seorang penag1h d4dah. Masa aku umur lapan tahun, aku dapat tahu ayah penag1h d4dah.

Bukan daripada mulut Ayah atau Ibu. Tetapi aku diej3k di sekolah sebagai anak penag1h d4dah. Aku meny0rok di tandas kerana tidak tahan ej3kan. Aku menang1s. Balik dari sekolah, aku tanya Ibu dan Ibu mengiyakan.

Walaupun masih kecil pada waktu itu, hatiku h4ncur lulvh. Tambahan, di sekolah cikgu cikgu seringkali sematkan dalam minda kami penag1h d4dah adalah samp4h masyarakat. Jadi aku berpikir, aku ni anak samp4h masyarakat lah. Sejak hari itu, Aku jadi sangat pendiam.

Semua kawan mula menjauh. Ibu dan ayah mereka pun seperti j1jik melihat aku. Aku mula membawa diri. Semuanya bersendirian hinggakan aku rasa nak berhent1 sekolah. Budak usia lapan tahun mana tahu apa apa. Yang mereka tahu, pegi sekolah ser0nok sebab ramai kawan sebaliknya aku pergi sekolah hanya menempah h1naan, ej3kkan dan c4cian.

Hidup aku menjadi sangat suk4r pada waktu tu. Setahun terasa begitu lama. Pada usia aku sembilan tahun, kami berp1ndah ke kawasan lain. Pindah sebab dih4lau tuan rumah. Dih4lau tanpa belas ehsan sebab ketahuan ketua keluarga kami penag1h d4dah.

Dihal4u keluar pada waktu malam serta merta. Aku tak tahu macam mana cerita ayah seorang penag1h d4dah tersebar luas. Yang aku tahu satu kampung membenc1 kami. Ayah punya salah, habis anak beranak dibennc1 termasuk dengan aku dibennc1 dipandang h1na. Hebat kan kesan d4dah ni.

Aku ingat dengan perpindahan tersebut, hidup aku dan keluarga bertambah baik malah makin tervk. Ayah mengh1sap ddah depan aku dan adik adik. Ibu selalu mar4h ayah sebab bawak balik benda har4m dekat rumah. Buat benda har4m dekat rumah depan anak. Jadi hal ni mencetuskan perg4duhan.

Hari hari berg4duh. Ayah buat tak tahu dan terus mengh1sap dan bila dah h1gh dia diam dan tidur. Ibu hanya mampu menang1s. Masa tu Ibu sedang sarat pregn4nt anak yang keempat. Aku masih ingat, di rumah tu ada sebuah bilik gelap cahaya merah samar samar sebab ayah mangg4ntungkan selimut sebagai langsir.

Dalam bilik itulah ayah membuat pr0jeknya. Tibalah suatu hari ayah mula membawa kawan untuk sama sama memulakan pr0jek di bilik tu. Masa ni Ibu dah let1h agaknya.

Dia h4lau semuanya keluar. Lepas tu dia menang1s. Ayah b1sing b1sing di luar rumah. Hal yang Ibu sor0kkan dari jiran jiran sudah terb0ngkar. Kami berpelvkan anak beranak lepas Ayah pergi bersama sama kawannya. Pada waktu tu aku terlalu bennc1kan ayah. Aku suruh Ibu bercerra1 dengan ayah. Aku nekad.

Usia sembilan tahun aku dah menginginkan ayah ibuku bercerra1. Sebab aku tak tahan hari hari Ibu ayah berg4duh, dan aku jadi bahan ej3kkan di sekolah.

Ayah lama menghilangkan diri. Entah ke mana pergi. Ibu mula keluar mencari kerja. Ibu dapat kerja di sebuah kilang dalam keadaan sarat meng4ndung. Ibu gagah jua. Tapi Ibu kerja dalam tiga bulan macam tu, dan Ibu berhent1 kerana melahirkan adik.

Kami hidup macam biasa, makan nasi gaul minyak dan garam. Tak beramah mesra dengan jiran, sebab pandangan jiran semuanya negat1f. Lebih baik kami berkurvng. Tanggal 31 Ogos 2005. Hari merdeka merupakan salah satu hari sambutan yang menyeronokkan bagi semua rakyat Malaysia. Tapi kami melalui hari tersebut dengan ket4kutan.

Malam tu, kami duduk dalam gelap gel1ta. Tiada satu lampu terpasang seolah tiada orang di rumah. Kami tidur dalam keadaan rapat berpelvkan satu sama lain. Rupenya Ibu dah tahu bahawa malam ni cet1 atau al0ng akan datang rumah.

Cet1 tu berbangsa C1na datang malam merdeka menggeg4rkan pagar. Aku ingat lagi aku inta1 di tingkap, ada dua orang Cet1 sorang gem0k dan sorang kurus. Mereka ugvt bahawa akan pec4h masuk jika tak keluar rumah. Setelah mencuba beberapa kali membuat bising sehingga jiran jiran semua keluar tengok, dua orang c1na tu pun berlalu pergi.

Setelah hari itu, kebenc1anku terhadap ayah semakin menebal. Ayah sanggup biarkan kami dalam keadaan bah4ya. Baru aku tahu, ayah tak balik berbulan bukan sebab Ibu hal4u tapi sebab lari dari Cet1. Ayah p1njam Cet1 RM500 je. Tapi gaya Cet1 tu geg4r pagar macam 5ribu. Mungkin memang kerjanya.

Aku memasuki tahun 6, ayah masih sama. Oh ye, kami sudah berpindah ke kawasan baru. Kalini bukan dih4lau tuan rumah tetapi lari dari Cet1. Tetap pindah pada waktu malam. Sampai ke harini, aku rasa pindah pada waktu malam ni adalah hal yang tak n0rmal. Mungkin pengalaman sendiri.

Perpindahan yang lebih menjurus kepada sebuah pelar1an. Kami menjalani hidup macam biasa. Hari hari melihat Ibu ayah brtengk4r. Tidur dengan nyamuk yang terlalu banyak sebab rumah dikelilingi hutan. Masih makan nasi putih gaul dengan garam dan minyak lauk.

Kadang makan nasi bubur sebab beras abis. Kami selalu berdoa supaya Allah turunkan makanan sedap sedap dari langit. Bila terlalu lap4r, kami akan lihat majalah makanan atau buku teks sekolah yang ada gambar makanan dan mula mencubit gambar makanan lalu disuapkan ke mulut.

4nehnya, terasa kenyang walaupun cuma lakonan sehingga tertidur. Begitulah kami menjalani hidup sehari hari. Aku pun dah lali dikenali sebagai anak penag1h d4dah. Nak kawan ke taknak kawan ke terpulang. Aku hanya buat hal sendiri.

Ayah masuk penj4ra pada november tahun 2007 selama 6 bulan. Dan waktu tu aku mula memasuki 12 tahun pada 2008. Ibu menguruskan kami sepenuhnya. Ibu bekerja petik sayur di sebuah kebun c1na. Hidup kami sedikit bahagia dengan ketiadaan ayah.

Walaupun per1t tapi aku tenang sebab Ibu tak perlu menang1s dan bertengk4r dengan Ayah. Tapi aku tahu Ibu rindukan ayah. Isteri mana yang tidak sayangkan suaminya. Seburvk burvk suaminya, Ibu tetap pertahankan Ayah. Tiap kali aku meluahkan kebennc1an ku terhadap ayah, Ibu selalu menasihatiku.

Dia ayahku. Burvk baik dia tetap ayh. D4rahnya mengalir dalam tubuhku. Betapa sukarnya untuk seorang kan4k kan4k menel4n semua kepahitan tersebut. Aku selalu menghas0t Ibu bercerra1 dengan ayah. Tapi Ibu selalu cakap, Ayah boleh berubah. Walhal dah berapa tahun kami tetap hidup dalam kesengs4raan. Aku hampir putvs asa.

Satu hari di sekolah, guru kelas aku dapat tahu ayah masuk penj4ra tapi dia seolah tak percaya. Aku cuba menyembunyikan sebab cikgu tu tanya secara terbuka di dalam kelas.Ramai yang memandang taj4m aku sewaktu cikgu tanya “Nani, ayah awak masuk penj4ra ke atas sebab h1sap d4dah?”.

Aku rasa d4rahku terhenti. Tetapi aku cuba kawal keadaan dengan menafikan soalan cikgu. Aku tak nak dih1na lagi oleh kawan kawan. Biarlah mereka cuma tahu aku anak penag1h tapi bukan anak pn4gih dan b4nduan. Hal itu akan menjadikan aku seorang insan yang h1na lagi d1na.

Langit tak selalu cerah meskipun langitku memang sedia mendung. Akhirnya, aku ketahuan bahawa ayahku berada di penj4ra. Tetapi bukan dikalangan guru tetapi di kalangan rakan sekolah apabila salah seorang budak sekolah aku yang merupakan jiran aku membuat pengumuman di padang sekolah sewaktu hari sukan.

Pandai dia pilih waktu yang sememangnya semua murid tengah berkumpul beramai ramai. “Dia ni lah, anak b4nduan. Ayah dia dekat penj4ra sebab his4p d4dah”. Sambil menunjuk aku. Aku dengan muka takde perasaan berlalu pergi walhal dalam hati ni berter1ak ingin leny4p dari bumi. Terima kasih sangat kerana sudah membuka a1bku.

Sewaktu ayah keluar penj4ra, ayah dah gemok dan nampak seperti manusia n0rmal. Aku nampak senyuman di wajah Ibu. Ibu sambut kepulangan ayah dengan bahagia dan Ibu termakan semua janji ayah. Ayah janji ayah berubah. Aku terp4ksa akur pilihan Ibu. Aku cuba mengikis kebennc1an aku.

Aku belajar terima ayah seadanya dan melupakan kisah lalu. Kami berhijrah lebih jauh. Kali ini, perpindahan kami pada waktu siang. Bagiku, mungkin permulaan yang baik. Aku cuba lupakan tentang niatku untuk memvjuk Ibu bercerra1.

Ibu bahagia seharusnya aku juga bahagia. Ibu tetap sabar dan penuh pengharapan bahwa ayah akan berubah. Namun, janji tinggal janji. Aku menjalani hidup yang sama cuma tempat berbeza. Pertenngk4ran Ibu dan Ayah dah sebati dalam diri aku.

Kadang aku mar4h dengan Ibu sebab tak nak bercerra1 dengan Ayah. Ibu selalu pesan, Ayah tu tetap Ayah sampai bila bila. Dia akan berubah. Jangan benc1 ayah sebab bukan salah dia. Allah sedang uj1 ayah dan uj1 kita. Sehingga kadangkala aku pers0alkan kenapa Allah uj1 aku?

Aku jeles tengok kawan kawan yang bahagia. Aku tak layak ke. Sesungguhnya perjalanan hidup aku dari sekolah rendah hingga menengah takde yang indah. Aku tingkatan tiga, ayah masuk l0kap. Seminggu dan Ibu jam1n ayah. Aku memang dah tawar hat1.

Aku derh4ka kepada ayah kerana menaf1kan kewujudan ayah. Aku berper4ng em0si sendirian. Bukan senang untuk belajar menerima insan yang hanya memberi luk4.

Sak1t, per1t aku tel4n, aku had4m semuanya. Aku dah mu4k dengan janji ayah. Aku dah let1h dengan perkataan sabar. Aku dah tak larat mendengar perkataan peluang. Agaknya Allah takkan mendengar rintihan aku. Tahun 2014 kami berp1ndah lagi.

Aku dah habis sekolah dan menyambung STPM. Oh ye, pemb1ayaan sekolah kami semua guna bias1swa dan pend4patan Ibu. Ayah kerja takde du1t. Aku dah malas nk s1asat ke mana duit kerja ayah. Kadangkala, duit bias1swa pun ayah minta walau cuma sepuluh ringgit dan kemudiam bergeg4s ke “p0rt”.

Semakin dewasa, aku hanya mampu menitipkan doa je supaya ayah berubah satu hari nanti menjadi Ayah yang s1hat daripada naj1s d4dah. Aku ingin ayah seperti orang lain.

2017, Ibu sudah l0nglai. Ibu hubvngi A4DK selepas buat solat istikarah. Ibu cerita, dalam istikarah tu Ibu minta kalau terbaik buat ayah untuk berada di pusat pemul1han, permudahkanlah ayah tert4ngkap. Jika tidak Ibu akan memaafkan ayah dan memberi peluang yang entah ke berapa kali.

Pada satu petang, rumahku diserbu A4DK. Macam serbvan p0lis dlm ranc4ngan 999 (berdasarkan penceritaan Ibu). Pada waktu ini, aku sedang menjalani semester kedua di Universiti. Mereka membuat uj1an air kenc1ng ayah.

Disebabkan saringan air kenc1ng negat1ve d4dah maka mereka tak boleh menahan Ayah tetapi mereka berpesan pada Ibu, sekiranya perlu Ibu boleh menghubungi mereka. Maka, jawapan istikarah Ibu terang lagi bersuluh. Selepas serbvan, Ayah semakin berubah. Saban hari ayah menunjukkan sedikit ‘sikap dan peranan’ yang selayaknya seorang ayah.

Ayah mula mengikuti program KK M untuk berhenti mnag1h d4dah dan mula mengambil ub4t secara berdaftar dengan agens1 K KM. Ayah mula bertanggungjawab dan memberikan kasih sayang serta perhatian terhadap Ibu dan kami adik beradik.

2021.. Alhamdulillah ayah telah sembvh 100% daripada naj1s d4dah. Ayah mula melaksanakan per1ntah Allah. Ayah sering menjadi imam sewaktu solat berjemaah. Ayah sudah mampu menjadi seperti orang n0rmal.

Akhirnya, Allah mendengar doaku. Allah mendengar rint1han Ibuku. Berkat kesabaran Ibu, Allah hadirkan rasa bahagia yang tidak terucap ini. Ibu sangat he4at bahkan Ayah juga. Kebennc1an aku terhadap ayah dahulu telah terhak1s secara tidak sedar. Ternyata aku masih sayangkan ayah cuma keadaan yang menjadikan aku bennc1 ayah.

Aku bersyukur sangat kerana Allah keluarkan kami daripada episod h1tam tersebut. Aku tak nak kembali kepada zaman penderr1taan dan kesengs4raan. Semoga bahagia yang Allah titipkan ini berkekalan sehingga akhir hayat. Pesananku, bagi sesiapa yang sedang berju4ng untuk hidup.. berbaliklah pada Allah. Jangan pernah mengalah atas uj1annya. Minta pada Allah.

Sesungguhnya Allah berku4sa memb0lak balikkan hati manusia. Tiada yang mustah1l. Allah itu ada, Maha melihat, Maha mendengar. In shaa allah, minta yang baik baik, dapat yang baik baik. Kredit edisimedia.

Antara Reaksi Re4ksi Warganet.

Haslinda Ahmad – “Bila terlalu lap4r, kami akan lihat majalah makanan atau buku teks sekolah yang ada gambar makanan dan mula mencub1t gambar makanan lalu disu4pkan ke mulut.” Semoga tt dan keluarga terus mengecap bahagia hingga ke akhir hay4t.

Kita sebagai masyarakat pun kena prihatin. Lagi lagi sebagai cikgu dan rakan rakan sekolah. Didik anak anak murid sikap prihatin membantu bukan menghina sesama sendiri.

Aira Aira – Anak pen4gih d4dah, anak lu4r n1kah, anak orang m1skin. Memang kes1an anak anak ini hidup sentiasa dih1na masyarakat. Padahal mereka tak ganggu orang pun. Ada tu yang cemerlang belajar. Kawan saya belajar memang tipt0p di sekolah tapi orang kampung suka h1na dia sekeluarga sebabnya mak ayah m1skin. Inilah realiti dari dulu hingga sekarang.

Sama jugak mereka yang anak pend4tang walaupun ibu dan ayah sudah lama tinggal di malaysia, anak anak mereka tetap dipandang h1na oleh orang sekeliling.

Saya cakap berdasarkan pengalaman sahabat sahabat saya sendiri.

Zaty Iman – Alhamdulillah ayah awak berjaya berubah selepas berpuluh tahun. Tapi saya nak nasihat dekat wanita lain. Jangan la berharap golongan nie berubah. Kalau terkahwin. Keluarlah terus dari perkahwinan. Jangan s1ksa diri, jangan an1aya anak. Jangan prjud1kan nasib anak.

Mujur, ayah tak sampai tahap ju4l anak dekat t0kan etc sebab d4dah. Tolonglah, orang yang ambil d4dah nie sangat sangat lah b4haya. Sayang suami, jangan lah sampai melebihi diri sendiri dan anak anak.

Rose Linda Roslan – Maaf, satu dalam seribu kisah penag1h yang akhirnya berubah ni. Itupun lepas der4 bat1n anak b1ni berpuluh tahun. Keluarga awak kira bernasib baik. Kalau waktu ayah ajak kawan kawan dia menag1h sama di rumah tu dibuatnya awak or adik perempuan awak dic4bul macam mana? Orang tengah h1gh bukannya w4ras.

Kalau cet1 har4m masuk dan apa apakan korang macam mana? Kalau abang/ sibling awak mengikut per4ngai h1sap d4dah ayah macam mana? Mudah mudahan semua isteri penag1h di luar sana membuat keputusan yang bijak dan mengutamakan keselam4tan dan kebajikan anak anak.

Bukan mengagungkan ‘cinta’ pada lelaki sampai memperjud1 nasib dan masa depan anak anak. Alhamdulillah ayah tt dah berubah but I d0n’t think it’s a good idea untuk sy0rkan yang sama pada orang lain. Kita boleh pilih pas4ngan tapi anak anak tak mampu memilih siapa mak ayah mereka.

Sumber – Nani (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Sumber : Seleksimedia

Leave a Comment