LAGU nyany1an penyanyi Naim Daniel berjudul Purnama antara 10 lagu pertama yang diumumkan layak mara ke Semi F1nal Muzik Muzik 36 (SFMM36).
Percaya pada rezeki, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin hanya mahu melakukan persembahan yang terbaik untuk lagunya.
Biarpun lagu Sembah c1ptaannya gag4l ke Anugerah Juara Lagu 35 pada tahun lalu, penyanyi berusia 24 tahun ini tetap bersyukur karyanya masih diterima masyarakat.
Naim akan terus berkarya.
“Bila dah sampai ke tahap ini, saya hanya mahu enj0y dan percaya, ada rezeki Alhamdulillah tapi kalau tak ada, saya tetap akan terus berkarya.
“Saya suka letakkan keikhlasan dalam setiap persembahan. Tak kisah la ketika semi final atau AJL. Ikutkan tahun lalu, saya bukan la kecew4 lagu tak dapat masuk.
“Kita tahu adat bertanding menang atau tidak berjaya. Tapi jika rezeki lagu itu sampai situ tapi masih dapat didengari dan diterima masyarakat, saya rasa itu pun dah cukup satu kepuasan untuk diri saya sendiri,” ujarnya.
Selain itu, lagu Cikadun (Floor 88), C0retan Pilu (Datuk Awie), Lenyap (Us0p) dan M1mpi nyanyian Haqiem Rusli turut berjaya ke SFMM36.
Empat lagi lagu yang turut bertanding di pusingan separuh akhir itu termasuklah Pen4t (Andi Bernadee), Bujang (Hael Husaini), Rindu Separuh Ny4wa (Naqiu & Vanessa) dan Salahku (Yonnyboii).
Pengumuman yang dibuat 0leh pengacara Muzik Muzik 36 iaitu Alif Satar dan Sissy Iman itu dibuat menerusi sidang media yang diadakan secara maya bersama media pada Sabtu.
Hael dan Haqiem akan berentap di pentas SFMM36.
Suasana studi0 turut dimeriahkan dengan artis jemputan iaitu B4by Shima dan Naim Daniel.
20 buah lagu yang akan turut berentap di pentas SFMM36 akan diumumkan pada e28 November dan 5 Disember depan.
Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 36 bakal bertanding di pusingan separuh akhir yang akan diadakan pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022.
Sumber : mStar