W0w! Tulis terbalik tapi hasilnya padu, patutlah kertas BM dapat A… sebelum kawin suami minta buat dem0 tapi bukan karang surat cinta

BUKAN semua 0rang mempunyai bakat menulis dengan tulisan yang cantik.

Bagi seorang wanita, tulisannya bukan sahaja cantik malah dia menulis dengan cara terbalik.

“Tulisan dia terbalik pun lawa, sampai (tulisan) aku macam cak4r ayam.”

“Saya jenis tulis kat kertas yang senget b4ru tulisan cantik. Tapi ni terbalik terus,” antara k0men-k0men netizen.

Wanita berkenaan, Noradilah Abd Rahman berkata, dia tidak menyangka rakaman yang dibuat oleh seorang rakannya ketika mengisi b0rang cuti di tempat kerja menjadi tul4r.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Masa tu saya tengah isi b0rang cuti sebab ada hal keluarga. Saya pun saja tulis dengan kedudukan b0rang tu terbalik, tapi tulis n0rmal macam biasa.

“Bagi saya tiada yang pel1k sebab dah biasa tulis dalam keadaan kertas terbalik. Mungkin kawan saya pertama kali tengok, rasa teruja dan terus rakam,” katanya kepada mStar.

tulis terbalik 3

Dila sudah biasa menulis secara terbalik sejak di sekolah menengah.

Lebih mesra disapa Dila, wanita berusia 32 tahun itu berkata, kebolehannya untuk menulis secara terbalik itu hanya disedari ketika di sekolah menengah.

“Masa tu tengah b0san di kelas, saya saja tulis terbalik. Saja-saja cuba, sekali menjadi pula.

“Lama-kelamaan saya dah biasa tulis terbalik selepas dah banyak kali cuba,” ujarnya yang berasal dari Sungai Rambai di Jasin, Melaka.

Menurut kakitangan di Sek0lah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Rahmat di Johor Bahru, Johor ini, dia sebenarnya menulis menggunakan tangan kiri atau tangan k1dal.

“Saya dapat tahu segelintir orang yang tangan k1dal ni juga berkebolehan untuk menulis secara terbalik, tapi bukan semua.

“Sebab ada je kenalan saya yang tangan k1dal tapi tak boleh menulis secara terbalik meskipun berlatih berkali-kali,” katanya sambil menambah salah seorang sepupu perempuannya yang k1dal turut berkebolehan menulis dengan kemas secara terbalik.

tulis terbalik 2

Dila (kiri) dan suami.

Ibu kepada empat cahaya mata ini mendapat perhatian di media s0sial, dengan rakaman video menunjukkan dirinya menulis secara terbalik meraih lebih 1.6 jut4 tontonan di aplikasi TikT0k.

Mengimbas kembali zaman persekolahan, Dila memberitahu dia pernah menulis secara terbaik untuk sebuah karangan Bahasa Melayu.

“Lebih 200 patah perkataan karangan tu. Cikgu pernah nampak saya tulis terbalik dan tegur kenapa tulis macam tu, tak el0k.

“Saya pernah menulis karangan untuk kertas peperiksaan Bahasa Melayu ketika menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Alhamdulillah saya dapat A untuk subjek itu,” katanya.

tulis terbalik 1

Dila (belakang, dua kiri) bersama suami (hadapan, kanan) dan anak-anak.

Dalam pada itu, Dila yang juga berkeb0lehan menjahit turut mended4hkan kebiasaannya dia menulis secara terbaik bagi menghilangkan rasa b0san.

“Kadang-kadang kalau saya b0san, saya akan tulis terbalik. Sebenarnya kalau tulisan saya yang ditulis secara terbalik lebih kemas daripada ditulis secara biasa,” tambahnya.

Menurut wanita itu, suaminya antara individu yang menyedari kebolehannnya itu sebelum mereka mendirikan rumah tangga enam tahun lalu.

“Masa tu belum kawin, suami nak tengok saya buat dem0nstrasi sebab tak percaya. Nasib baiklah masa tu bukan zaman tulis surat cinta… kalau tak, saya memang karang panjang-panjang tulis surat cinta secara terbalik untuk suami,” ujarnya secara bersel0roh.

Sumber : mStar

Leave a Comment