“CARA dia yang pandai melayan Haddad membuatkan saya j4tuh hati”
Demikian kata Halimatus Saadiah Mustajap ketika bercerita mengenai lelaki pilihan yang baharu menjadi tunangannya, Muhamad Sharis M0hamad, baru-baru ini.
Muhamad Sharis merupakan rakan baik kepada suami Halimatus Saadiah iaitu Allahy4rham Ibnor Hakim Mohd Sharif yang meningg4l dunia akibat kem4langan jalan raya pada Januari tahun lalu.
Kisah keakraban Muhamad Sharis dengan anak lelaki Halimatus Saadiah, Ibnor Al Haddad Ibnor Hakim yang berusia setahun setengah pernah menjadi tul4r dan mendapat liputan mStar sebelum ini.
Berk0ngsi cerita, wanita berusia 26 tahun ini berkata dia sama sekali tidak menyangka akhirnya dipertemukan j0d0h dengan rakan baik kepada arw4h suami yang bersahabat sejak di bangku sek0lah lagi.
View this post on Instagram
“Bukan mudah pada mulanya saya nak terima lelaki lain. Selepas arw4h suami meningg4l dunia, saya tak terfikir ke arah perkahwinan pun. Ramai yang cakap saya perlu cari pengganti kerana masih muda lagi. Tapi memang tak terbuka h4ti lagi.
“Masa saya bawa Haddad jumpa Muhamad Sharis baru-baru ini sebab dia teringin nak jumpa anak saya, ketika itu tak ada perasaan apa pun terhadapnya.
Gambar bersama keluarga kedua-dua belah p1hak.
“Sebenarnya selepas arw4h meningg4l, dia ada menghulurkan salam perkenalan tapi saya tak terbuka h4ti lagi. Saya kata kalau dia sanggup tunggu, tunggulah saya.
“Dia lebihkan anak, bukan ibunya. Dari Haddad bay1 lagi, dia jaga keperluan Haddad. Semakin lama bila tengok dia sentiasa lebihkan Haddad, dari situ saya terbuka hati,” ujar wanita yang menetap di Hulu Bernam, Tanjung Malim di Perak ini.
Keakraban anak Haddad dengan Muhamad Sharis membuka pintu hati Halimatus Saadiah.
Malah tambah Halimatus Saadiah, anak tungg4lnya juga nampak sangat selesa apabila bersama Muhamad Sharis ibarat bermanja dengan bapa sendiri.
“Muhamad Sharis seorang bapa tungg4l kepada dua anak… jadi sebab itulah dia pandai melayan anak kecil sehingga anak saya pun selesa dengannya,” ceritanya.
Mengikat tali pertunangan pada 20 November lalu, wanita ini berkata dia sama sekali tidak pernah menyangka bakal bertemu j0d0h dengan rakan baik kepada arw4h suami.
“Tak sangka berj0d0h dengan dia. Sebelum terima Muhamad Sharis, saya pernah berkawan dengan lelaki bujang namun tidak lama… tidak semua boleh terima wanita yang ada anak.
“Saya berd0a moga Muhamad Sharis dapat menerima kami berdua sampai bila-bila,” ujarnya yang berkecimpung dalam b1snes menju4l pakaian secara 0nline.
Arw4h suami Halimatus Saadiah men1ngg4l dunia ketika usia k4ndungannya memasuki 26 minggu.
Tidak menyangka perk0ngsian vide0 majlis pertunangannya meraih sehingga melebihi satu jut4 jumlah tontonan di aplikasi TikT0k, wanita ini meluahkan rasa bersyukur dan terharu kerana ramai netizen yang mendoakan kebahagiaannya.
“Terh4ru sangat-sangat… sampai tahap ini mereka mendoakan saya. Mungkin selepas video pertemuan Haddad dan Muhamad Sharis v1ral, ramai yang ikuti kisah kami. Terima kasih banyak-banyak kepada semua,” katanya lagi.
Sumber : mStar