‘Pakar bed4h daun’ akhirnya bertemu Tun M, bersengk4ng mata sampai pukul 2.30 pagi hasilkan satu lagi buah tangan

TUAH ayam nampak di kak1, tuah manusia siapa yang tahu.

Impian seorang pemuda yang berbakat mengukir daun untuk bertemu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir M0hamad akhirnya menjadi kenyataan.

Semuanya bermula dengan daun yang diukir p0tret Dr Mahathir dengan begitu kemas dan teliti sebelum ia mendapat reaksi tokoh yang disegani dan dihorm4ti itu.

Pemuda berusia 30 tahun itu, Muhammad Hafizi Abdul Karim berkata, pertemuan penuh bermakna itu diadakan di kediaman Dr Mahathir di Alor Setar, Kedah pada Sabtu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Melabelkan dirinya sebagai ‘pakar bed4h daun’, katanya, kunjungannya disertai isteri, adik lelaki dan sepupu isteri bagi menyampaikan p0tret ukiran daun tersebut.

“Hanya Allah saja yang tahu betapa nerv0us saya untuk bertemu Tun Dr Mahathir. Sebelum ini hanya mengukir p0tret beliau di atas daun, tak sangka dapat bertemu empat mata.

“Ucapan beliau memuji ukiran daun saya pun dah cukup bermakna. Berjumpa sendiri dengan beliau merupakan satu kenangan yang tak dapat dilupakan,” katanya kepada mStar.

jumpa tun m 8 W

Muhammad Hafizi (kanan) bersama Dr Mahathir.

Terdahulu, mStar melap0rkan pelukis berkenaan berk0ngsi pengalamannya membuat ukiran di atas sekeping daun termasuk potret Dr Mahathir.

Hasil seni pemuda dari Sungai Petani itu kemudian mendapat pujian Dr Mahathir menerusi vide0 ringkas di akaun TikT0k rasmi bek4s perdana menteri itu, @chedetofficial.

jumpa tun m 10 W

Foto kiri potret ukiran daun Dr Mahathir, kanan potret Dr Mahathir bersama Dr Siti Hasmah.

Keterujaan Muhammad Hafizi atau lebih dikenali sebagai Eiji membuatkan dirinya sanggup bersengkang mata demi menghasilkan satu lagi buah tangan khas buat Dr Mahathir.

“P0tret pertama diukir wajah Tun Dr Mahathir, saya fikir alangkah baiknya kalau saya buat satu lagi potret wajah beliau bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

“Saya ambil masa lebih dua jam untuk ukir p0tret kedua-duanya di atas sekeping daun bermula dari pukul 12 tengah malam sampai 2.30 pagi,” ujarnya.

jumpa tun m 4 W

Muhammad Hafizi (tengah) berpeluang bertemu Mukhriz (dua, kanan). Turut serta isteri Muhammad Hafizi (dua, kiri), sepupu isteri (kiri) dan adik lelaki (kanan).

Menurut bapa kepada dua anak itu, pertemuan singkat selama kira-kira 15 minit bersama Dr Mahathir ternyata tercatat satu sejarah dalam diari hidupnya.

“Selama ini saya tak pernah terfikir jumpa seorang tok0h penting negara, bertentang empat mata pula tu. Melihat wajah Tun Dr Mahathir, beliau banyak tersenyum.

“Beliau se0rang yang merendah diri dan lemah-lembut. Saya yang relaks terus jadi m4lu,” katanya.

Menurut Muhammad Hafizi, kunjungan mereka dijamu dengan nasi daging, malah turut berpeluang bertemu dengan anak Dr Mahathir yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

jumpa tun m 3 W

C0retan Dr Mahathir dalam buku nota Muhammad Hafizi.

Tidak pulang dengan tangan kosong, Muhammad Hafizi berkata, Dr Mahathir juga sempat menulis kata-kata semangat pada buku n0ta miliknya.

“Dari vide0 sehingga dapat jumpa depan-depan, Tun Dr Mahathir beri kata-kata semangat kepada saya sehingga beliau menulis sesuatu dalam buku n0ta saya.

“Terima kasih kepada semua p1hak yang memb4ntu merealisasikan hasrat saya untuk bertemu Tun Dr Mahathir.

“Saya kini lebih bersemangat untuk menghasilkan karya-karya lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Sumber : mStar

Leave a Comment