T0lak percutian ke Langkawi, aktivis bawa anak y4tim santuni m4ngsa banjir… teng0k depan mata, sebelum ini t0nt0n di TV saja

BENC4NA banjir yang melanda beberapa negeri minggu lalu menyaks1kan permuafakan dan sikap sebenar rakyat negara kita yang tak l0kek menghulurkan bantuan kepada m4ngsa-m4ngsa yang terkesan.

Selain badan bukan kerajaan (NGO), ada juga kumpulan serta individu persendirian yang mengambil inisiatif menjadi sukarelawan dengan menyertai misi b4ntuan.

Sekumpulan anak yat1m Rumah Jariah Qaseh dari Kedah ini turut tidak ketinggalan menyantuni m4ngsa banjir di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.

Menurut aktivis kebajikan, Natipah Abu yang mengendalikan Rumah Qaseh Jariah, dia berasa terpanggil untuk membawa anak-anak yat1m berkenaan turun padang bukan sahaja bagi menyantuni m4ngsa banjir malah mahu memberi pended4han pengalaman kepada mereka.

“Sebenarnya ada sahabat saya hendak menaja percutian anak-anak yat1m Jariah Qaseh ni ke Langkawi tapi saya minta ditukarkan ke Kuala Lumpur. Saya nak serahkan sumbangan kelengkapan s0lat yang kita akad dalam Sedekah Jumaat berupa telekung, sejadah dan pelikat.

yatim 1

Penghuni Rumah Qaseh Jariah menyantuni m4ngsa banjir di Kampung Batu 17, Hulu Langat.

“Alang-alang saya bawa sekali anak-anak ini untuk sama-sama menyertai dan menyantuni m4ngsa banjir.

“Harapannya agar ianya akan memberi pended4han kepada mereka tentang apa yang berlaku di luar sana. Mengambil iktibar dan belajar berkongsi duk4 dengan mereka yang diuj1.

yatim 2

Sebanyak 100 set kelengkapan s0lat diedarkan ke rumah penduduk kampung hasil sumbangan ramai menerusi Sedekah Jumaat.

“Mereka seron0k kerana dapat turut serta bersama m4ngsa banjir. Sebelum ini mereka lihat di televisyen saja. Bila teng0k depan mata, baru tahu macam mana kesusahan m4ngsa banjir. Yang hilang tempat tinggal, sehelai sepinggang,” ujarnya.

Dalam misi tersebut, Natipah bersama penghuni Rumah Qaseh Jariah seramai sembilan orang mengedarkan 100 set kelengkapan solat ke rumah penduduk kampung Batu 17 Hulu Langat.

“Alhamdulillah kedatangan kami sangatlah dialu-alukan walaupun kami bukanlah orang pertama yang menyumbang kelengkapan solat. Tapi bagi saya, sebuah rumah patut ada dua atau tiga helai. Tak salah kalau bagi lebih.

“Selain itu kami lebih kepada m0ral support kepada m4ngsa banjir, dan jadi orang ketiga untuk salurkan bantuan kepada mereka,” ujar aktivis ini lagi.

Tambahnya, kelengkapan s0lat tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai menerusi inisiatif ‘Sedekah Jumaat’ yang digerakkannya.

natipah

Natipah sudah lebih 10 tahun aktif dalam lapangan kebajikan.

“Tahun ini dah masuk tahun ketiga Sedekah Jumaat diwujudkan. Dengan Sedekah Jumaat, macam-macam kes kita dah cuba bantu. Contohnya baiki rumah, tolong bel1kan kelengkapan atau barangan untuk mereka yang memerlukan dan sebagainya.

“Saya sering k0ngsikan di Faceb00k setiap bantuan hasil Sedekah Jumaat sebagaimana yang boleh dilihat di wall FB saya,” katanya lagi.

Sumber : mStar

Leave a Comment