“Mereka perlukan barang yang kita t4k terfikir” – Sukarelawan tak hirau mandi lumpur, sayu lihat wajah m4ngsa banjir bagai hilang rasa sed1h

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beb4nan.

Begitulah gambaran mengenai nasib p1lu m4ngsa-m4ngsa banjir apabila mereka kehilangan harta benda akibat benc4na yang melanda.

Di sebalik ujian get1r itu, sikap prihatin rakyat Malaysia dizahirkan menerusi sokongan serta bantuan yang tidak putvs-putvs disumbangkan buat mereka yang terkesan.

Tidak terkecuali tentunya se0rang sukarelawan, Mohammad Firdaus Mohammad Isa, 23, yang turut mengikuti misi bantuan di negeri Selangor dan Pahang, sejak minggu lalu.

Rakaman memaparkan pemuda itu bersama rakan-rakannya yang bernaung di bawah syar1kat MTM Consultancy sedang membersihkan lumpur turut menarik perhatian netizen sehingga meraih lebih 300,000 tontonan.

Bercerita kepada mStar, dia yang senang disapa Firdaus memaklumkan rakaman tersebut dibuat ketika mereka sedang membersihkan salah sebuah rumah m4ngsa banjir di Karak, Pahang, Selasa lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Pada waktu itu, kami sembilan orang menaiki tiga buah kereta untuk memberikan bantuan di Karak. Kalau nak digambarkan, setiap rumah sebenarnya ada uj1an berbeza-beza.

“Ada rumah yang berdekatan dengan sungai, ia bukan sahaja ditenggelami lumpur, malah penuh dengan batu sungai. Situasi yang sangat menyed1hkan. Kami dah biasa dengan lumpur, tapi kali ini agak mencabar kerana ia tebal.

firdaus4

Firdaus (kiri) bersama rakan sekerjanya merancang untuk memperluas m1si banjir ke negeri-negeri lain dalam masa terdekat.

“Lumpur pun dah keras, memang makan tenaga. Di bahagian dapur rumah, kami juga melalui cabaran untuk mengeluarkan pinggan mangkuk yang berada dalam lumpur,” ujarnya ketika dihubungi.

Selain kerahan tenaga, Firdaus turut mengakui hat1nya terusik apabila melihat wajah-wajah m4ngsa banjir yang seolah-olah tenang biarpun baru sahaja dibadai uj1an besar.

“Bila kami sampai, tuan rumah tak nampak muka sed1h. Mungkin mereka dah bersed1h pada hari pertama dan kedua. Bila di sana, kami juga ada bertanya kepada m4ngsa-m4ngsa.

“Ada yang pertama kali dilanda banjir. Uj1an mereka sangat besar. Ada rumah yang kami pergi, ia hanya didiami pasangan warga emas dan seorang anak saja.

“Saya tak tahu bagaimana si anak sendirian membersihkan rumah. Kami buat sembilan orang pun tak dapat nak gambarkan rasa pen4t yang dihadapi,” ujarnya.

Menurut Firdaus yang menetap di ibu negara, dia dan rakan-rakannya tidak memberikan b4ntuan sebarangan, sebaliknya akan bertanya terlebih dahulu mengenai keperluan mereka.

“Kami akan datang survey, kemudian baru datang lagi sekali untuk bagi bantuan. Kami juga tak hantar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), sebaliknya terus ke rumah m4ngsa.

firdaus1

Selain Selangor, Firdaus dan rakan-rakan turut turun padang ke negeri Pahang.

“Ada rumah yang tiada tempat memasak. Jadi kalau kami hantar makanan yang perlu dimasak, ia sudah tentu akan merum1tkan mereka.

“Bila kami tanya, mereka memerlukan barangan yang kita tak terfikir. Contohnya makanan kucing. Jadi, memang kami akan tanya tuan rumah terlebih dahulu apa barang yang mereka perlukan,” ujarnya lagi.

Selain Karak, Firdaus dan rakan sekerjanya turut mengerah tenaga membantu m4ngsa banjir di Shah Alam dan Hulu Langat, Selangor.

Tambah Firdaus, kumpulan itu juga merancang untuk memperluas m1si bantuan ke bahagian negeri-negeri lain dalam masa terdekat.

firdaus2

Bergambar kenang-kenangan selepas membersihkan kediaman salah seorang m4ngsa banjir, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Firdaus turut terharu apabila video misi b4ntuan yang dik0ngsi ke TikT0k miliknya tular dan meraih perhatian ramai.

“Saya sebelum ini tak aktif di TikT0k, cuma terdetik nak kongsi pengalaman kami pergi membantu membersihkan rumah m4ngsa banjir.

“Kami sekadar nak tontonkan situasi itu kepada umum. Alhamdulillah, terima kasih atas doa semua. Ada juga yang tegur kerana kami tak pakai sarung tangan ketika membersihkan lumpur. Kami ambil teguran itu untuk tambah baik misi ini.

“Satu pesanan saya kepada semua m4ngsa banjir, ini sebenarnya bukan uj1an untuk mereka semata-mata. Ini juga uj1an untuk saya dan kita semua.

“Adakah kita sekadar nak mencari sal4h dan punca? Atau kita nak bantu mereka-mereka yang terkesan? Jadi saya anggap ia sebagai uj1an untuk saya juga,” ujarnya lagi.

Sumber : mStar

Leave a Comment