Guru tuisyen sempat bawa keluarga cipta kenangan ter4khir di rumah pus4ka sehari sebelum h4nyut dibawa air, 35 kucing turut terk0rban

MESKIPUN tahun baharu 2022 sudah membuka tirai, namun peristiwa yang berlaku pada tanggal 18 Disember 2021 tidak akan lupvt dalam ingatan lelaki ini dan keluarganya.

Pada tarikh itulah, traged1 bah besar melanda ketika dia dan keluarga pulang untuk bercuti di kampung halaman isterinya, di Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

Tr4gedi yang berlaku hampir dua minggu lalu itu nyar1s sahaja mer4gut ny4wa mereka, selain turut mengh4nyutkan hampir separuh daripada rumah pusaka arw4h ibu mentuanya yang dibina pada tahun 1960-an.

Berk0ngsi cerita dengan mStar, Mohd Suhaizam Che Endut ini berkata, ketika kejadian, dia baru dua hari tiba di kampung dari Kedah untuk berkumpul bersama adik beradik.

“Saya, isteri, Norhayati Hasim dan dua anak tiba di kampung pada 16 Disember. Di Kedah cuaca okay sahaja, tapi semasa dalam perjalanan, dah mulai hujan. Keesokannya hujan masih berterusan dan kami bersama ahli keluarga yang lain sempat buat makan-makan, barbeku pada sebelah malam.

“Pada 18 Disember, cuaca pada sebelah siang elok sahaja namun hujan mulai turun pada petang dan berterusan hingga malam. Lebih kurang pukul 8 malam, air dah naik di jalan depan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Dalam pukul 10 lebih, air mulai masuk rumah. Rumah pusaka ni tinggi, ada tiang. Air memang tak pernah masuk rumah tapi kali ini air masuk. Memang pan1k ditambah pula masa tu dah black 0ut.

“Di atas lantai rumah kayu ni dah separas pinggang, bayangkan paras air kalau di luar… memang tenggelam dah orang rasanya,” katanya yang menetap di Sungai Petani, Kedah.

Dalam situasi serba gelap gelita ditambah pula dengan paras air yang semakin tinggi, Mohd Suhaizam, 33, berkata mereka terpaksa bertindak pantas untuk menyel4matkan ny4wa terlebih dahulu.

pusaka 1

Keluarga Mohd Suhaizam sempat mengadakan aktiviti makan-makan dan barbeku sehari sebelum kejadian.

“Masa air paras lutut, saya sebagai satu-satunya lelaki dewasa di rumah ketika itu cuba cari jalan nak selam4tkan isteri, anak-anak, kakak ipar dan anak-anak buah.

“Saya pec4hkan dinding untuk tembusi kawasan parkir yang masih dalam pembinaan. Kakak ipar memang bina kawasan parkir tu tinggi sikit. Dari parkir, kami ke rumah kakak ipar yang terletak bersebelahan… juga masih dalam pembinaan.

“Kami meniti kayu-kayu yang dijadikan titi dari parkir ke rumah kakak ipar. Di situlah kami menyel4matkan diri… sekurang-kurangnya ia binaan konkrit, jadi kukuh sikit daripada rumah pusaka yang diperbuat daripada kayu,” ujarnya yang merupakan seorang guru tuisyen online.

pusaka 2

Air banjir mula mencecah paras lutut.

Selepas memastikan kesemua ahli keluarganya sudah berada di tempat yang sedikit sel4mat, Mohd Suhaizam kembali semula ke rumah pusaka tersebut untuk cuba menyel4matkan beberapa barangan penting.

“Saya dengan anak buah cuba alihkan peti ais dan mesin basuh. Tapi masa tu air makin deras dan hent4m dinding rumah. Cepat-cepat saya selam4tkan lapt0p, k0mputer, kucing dan letakkan di atas bumbung. Memang tak sempat rehat… kami cuba selamatkan apa yang boleh.

“Masa tu depan mata saya, dinding dan set sofa h4nyut dibawa air. Keesokan pagi, separuh rumah pusaka arw4h mak mentua ‘h1lang’ dibawa air banjir.

“Barang-barang dan kucing yang saya letak atas bumbung pada malam sebelumnya termasuk kucing-kucing h4nyut sekali. Daripada 50 ekor, hanya 15 yang masih sel4mat. Memang kami semua sed1h sangat tengok keadaan rumah arw4h mak mentua pagi tu. Berubah sekelip mata.

pusaka 3

Mohd Suhaizam dan ahli keluarganya berlindung di rumah kakak iparnya yang masih dalam pembinaan.

“Rumah itulah tempat untuk berehat daripada kerja setiap kali pulang ke kampung halaman isteri. Ogos lalu mak mentua meningg4l dunia, kini rumah pusaka pula dah ‘t1ada’.

“Namun kami bersyukur kerana dapat menghidupkan kenangan di rumah pusaka itu pada malam sebelumnya. Meskipun rumah pusaka dah tiada, kenangan selama ini tetap tersemat dalam hati,” katanya lagi.

Sehingga kini, video ins1den berkenaan yang dimuat naik di laman Faceb00k meraih hampir 25,000 shares.

Sumber : mStar

Leave a Comment