Selepas 10 tahun gigih besarkan 6 anak, bapa tunggal 0KU seb4k dapat miliki m0t0r idaman – “Kami bangga, tapi ayah tak nak kami m4lu”

SETIAP anak pasti mempunyai impian untuk menghadiahkan sesuatu kepada ibu bapa masing-masing sebagai tanda membal4s jasa.

Tidak terkecuali bagi pemuda ini dan adik beradiknya yang berpakat untuk menghadiahkan bapa mereka dengan sesuatu yang sudah lama diidamkannya.

Justeru sempena hari lahir insan tersayang, mereka sepakat untuk membuat kejvtan dengan menghadiahkannya sebuah mot0sikal elektrik r0da tiga bagi memudahkan pergerakan.

Berk0ngsi cerita dengam mStar, Khusaimi Ahmad berkata bapanya, Ahmad Jafar, 68, merupakan individu yang dikateg0rikan sebagai 0rang Kelainan Upaya (0KU) kerana mempunyai kecac4tan pada bahagian kaki.

“Sebenarnya hari lahir ayah j4tuh pada tanggal 28 Oktober. Ketika itu kami hanya buat makan-makan saja sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Ayah dah lama beritahu teringin nak bel1 m0t0sikal elektrik tapi ketika itu bajet masih tak cukup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Jadi kami adik beradik seramai enam orang berpakat untuk membel1kan sebuah motosikal elektrik dan buat kejvtan pada Disember lalu. Abang saya yang n0mbor lima yang sp0ns0r, manakala kami yang lain ‘t0ng-t0ng’ untuk hadiah sampingan dan makan-makan.

“Ayah memang tak tahu kami nak buat kejvtan sebab dah lepas tarikh birthday dia… dia ingat saja buat makan ramai-ramai. Reaksi mukannya bila dapat kejvtan tu sebak campur gembira sebab dapat apa yang diidamkan,” ujar pemuda berusia 25 tahun ini.

MOTOR 3

Mot0sikal elektrik roda tiga dihadiahkan oleh adik beradik Khus bagi memudahkan pergerakan bapa mereka.

Senang disapa sebagai Khus, pemuda ini berkata hadiah berkenaan sebenarnya tidak setanding dengan jasa bapa mereka yang bukan sahaja mencari rezeki untuk menyara keluarga, bahkan memikul tanggungjawab membesarkan mereka enam beradik selepas pemergian arw4h ibu.

“Arw4h ibu meningg4l dunia pada 2011 kerana ketumbvhan dalam perut. Sejak ibu tiada, dialah yang jadi ibu dan juga ayah pada masa yang sama. Ayah kerja sebagai seorang p0smen untuk menyara kami.

“Ayah kuat meskipun kakinya ada masalah yang menyebabkan sukar untuk berjalan. Dia memerlukan kerusi roda atau tongkat untuk bergerak.

“Dulu dia kuat sikit, masih boleh bawa kereta, boleh sembahyang berdiri. Namun lepas pencen ketika usia 50 tahun, dia tak kuat dah,” ujar mekanik yang berasal dari Bukit Metajam, Pulau Pinang ini.

Tidak menyangka perk0ngsiannya di aplikasi TikT0k menjadi tular, Khus berkata dia sekadar ingin berk0ngsi salah satu momen indah di media sos1al.

“Ayah saya seorang bapa tunggal. 0KU pula namun dialah yang menyara kami. Saya buat video untuk simpan kenangan dan dalam masa yang sama nak kongsi cerita mengenai ayah.

MOTOR 2

Khusaimi dan adik beradiknya langsung tidak malu dengan status 0KU bapa mereka.

“Kami tak segan ayah seorang 0KU tapi sebaliknya ayah yang segan, dia tak nak kami m4lu. Sedangkan kami bangga tunjukkan inilah ayah, kami respect ayah sebab dia kuat. Buat apa nak m4lu, dia satu-satunya ayah dan tiada galang ganti.

“Ramai juga yang sed1h bila tengok video tu sebab terkenang bapa masing-masing yang sudah pergi. Saya pula sed1h bila baca k0men-k0men. Yang penting, jangan lupa doakan ibu atau bapa masing-masing yang sudah berada ‘di sana’,” katanya lagi.

Sumber : mStar

Leave a Comment