Demi ibu dan 2 adik, wanita ini j4di tukang cuci sejak umur 19 tahun – “Ada pelajar tanya tak m4lu ke kerja cleaner?”

TIADA istilah m4lu dalam diri wanita ini.

Menurut Noraini Hamzah, 28, dia tidak pernah berahsia s0al pekerjaannya, malah bangga apabila dapat berbakti kepada masyarakat sebagai tukang cuci.

Mesra disapa Alang, wanita dari Lanchang, Pahang itu menceburi bidang kerja berkenaan sejak berusia 19 tahun.

“Selepas tam4t persekolahan, saya terus bekerja sebagai cleaner. Pertamanya, lokasi tempat kerja dekat dengan rumah.

“Kedua, gaj1 juga Alhamdulillah mencukupi untuk saya. Lagi satu, saya tak pernah memilih kerja, saya terima seadanya.

“Saya ser0nok dengan kerja ini. Di tempat kerja, saya juga banyak bergaul dengan cleaner yang berusia. Walaupun muda, saya boleh ‘masuk’ dengan mereka semua,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Alang, dia bertug4s sebagai pekerja pembersihan di Inst1tut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN) Temerloh sehingga tahun 2017.

Dia kemudiannya berhent1 kerja dan beralih bidang untuk menjadi pengasuh di sebuah taska selama tiga tahun.

“Saya kerja sebagai cleaner sejak tahun 2013 sehingga 2017. Kemudian, selama tiga tahun saya kerja taska. Pada bulan November tahun lepas, saya kembali bekerja sebagai cleaner.

alang2

Alang baru sahaja mendapat kerja baharu sebagai pengasuh di taska.

“Kemudian, kali ini saya dapat kerja di sebagai pengasuh di taska sekali lagi. Rezeki saya pusing-pusing di tempat sama. Saya terima saja rezeki ini,” ujarnya.

Menurut Alang lagi, dia tidak pernah berasa m4lu, sebaliknya bersyukur dapat mencari rezeki halal untuk diri sendiri dan keluarga.

Ded4h Alang, dia sudah tiga tahun berkahwin, namun berjauhan dengan suami yang kini bekerja sebagai tukang masak di Kuala Lumpur.

“Ketika bekerja, ada pelajar pernah tanya saya sekiranya saya m4lu bekerja sebagai cleaner? Saya kata saya tak pernah m4lu.

“Rezeki saya di situ. Saya bukan nak cari musvh. Tapi cari rezeki untuk keluarga dan adik-adik. Saya tak m4lu pun, sebaliknya saya suka.

“Suami pula bekerja Kuala Lumpur. Jadi saya duduk di kampung bersama emak dan dua adik. Saya duduk sini untuk t4nggung mak dan jaga dia. Ayah pula dah 13 tahun meningg4l,” ujarnya.

alang=3

Alang turut berk0ngsi kisah mengenai dirinya di TikT0k.

Dalam pada itu, Alang yang juga anak keempat daripada enam beradik turut terkejvt apabila video mengenai kisah hidupnya tular di TikT0k.

Kata Alang, dia sekadar berk0ngsi secara suka-suka dan tidak menyangka akan dihujani k0men p0sitif oleh netizen.

“Awal-awal saya risau juga sekiranya akan ada k0men negat1f. Tapi Alhamdulillah, semua baik-baik. Saya memang tak sangka, saya cuma nak k0ngsi video saja.

“Saya terharu ramai yang d0akan saya. Hanya satu saya nak pesan, jangan pernah m4lu dengan pekerjaan kita.

“Tak perlu m4lu kerana ia rezeki Allah. Biarlah apa orang nak cakap, duit yang kita dapat bukan orang yang bagi. Semuanya dari Allah,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, video Alang yang dik0ngsi ke Tikt0k sudah meraih lebih 160,000 tontonan.

Sumber : mStar

Leave a Comment