Dua pas4ngan Raja Sehari riang ‘main’ banjir pakai baju sewa, ramai panas hat1 teng0k… fikir n4sib butik pengantin!

MUS1M banjir merupakan dug4an buat pengantin yang melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

Namun, ia bukan menjadi penghalang buat dua pasangan pengantin apabila video yang tul4r menunjukkan mereka tetap ceria dan tersenyum meredah banjir.

“Habislah r0sak baju tu.”

“Kas1han kat butik sewa baju tu. Baju kena basuh,” demikian antara k0men netizen.

Bercakap kepada mStar, salah seorang pengantin, Nor Hanani Ghapar memberitahu, video yang tul4r itu dirakamkan sewaktu sesi fot0grafi selepas majlis persandingannya pada 1 Januari lalu.

Dilangsungkan di kediaman keluarga di Kampung Pengkalan di Alor Gajah, Melaka, wanita berusia 26 tahun itu berkata, penggambaran melibatkan suaminya, Boy Jovi Darwitafmel, 27, berserta adik lelakinya, Muhammad Lizam Ghapar, 21, dan isteri, Norazwani Redzuan, 23.

pengantin redah banjir 4

Nanie (dua, kiri) bersama suami serta adik lelakinya (kanan) dan isteri di pelamin.

“Saya sebenarnya bernikah pada 12 Februari 2021, tapi disebabkan PK P (Perintah Kawalan Pergerakan) 2.0 ketika itu jadi tak dapat buat majlis.

“Adik lelaki pula bernikah pada 12 Disember 2021. Ayah kemudian tetapkan 1 Januari 2022 untuk kami adik-beradik bersand1ng serentak di pelamin bersama pasangan masing-masing dalam satu majlis,” katanya ketika dihubungi.

pengantin redah banjir 3

Banj1r di paras buku lali.

Lebih mesra disapa Nanie, katanya, kawasan sekitar kampungnya dilanda banjir pada hari pertama tahun baharu itu dengan air mencecah paras lutut.

“Syukur Alhamdulillah, kedudukan rumah keluarga saya agak tinggi jadi tidak terjejas dengan banjir. Mujur ada laluan lain untuk ke rumah yang tidak terjejas.

“Walau bagaimanapun bekalan elektrik terputvs di kawasan perumahan kami sejak pukul 12 tengah hari. Walaupun pelamin diletakkan di luar rumah, tapi masih bergelap dan tak ada kipas,” ujarnya yang berasal dari Alor Gajah, Melaka.

pengantin redah banjir 2

Nanie tetap ceria meskipun banjir berlaku ketika majlis persandingannya.

Menurut anak keenam daripada tujuh beradik itu, mereka berempat sebagai pengantin setuju untuk meredah banjir demi sesi fot0grafi kerana kawasan tersebut tidak jauh dari rumahnya.

“Jarak dari rumah kami ke kawasan yang dilanda banjir kalau berjalan kaki hanya seminit. Nak ambil gambar indoor (di dalam) gelap sebab tak ada bekalan elektrik.

“Di luar rumah pula ada ramai tetamu. Jadi kami perlu berjalan dari kawasan rumah untuk sesi fot0grafi. Ada kawasan banjir paras buku lali dan ada cecah lutut,” ujar kerani itu mengenai sesi f0tografi yang dilakukan di sebelah petang.

Dalam pada itu, Nanie yang juga mengusahakan b1snes pr0duk kecantikan dan kes1hatan secara dalam talian meng4kui kesemua busana yang dipakai mereka disewa dari sebuah butik pengantin membabitkan k0s keseluruhan hampir RM2,000.

pengantin redah banjir 5

Nanie (kanan) bersama suami melakukan sesi fotografi.

“Saya tahu ramai yang kr1tik tentang baju yang kami sewa. Sebenarnya kami terlebih dahulu meminta izin daripada pemilik butik dan kebenaran diberikan untuk fot0grafi ketika banjir.

“Bagi kami ini adalah rezeki apabila kami dapat butik pengantin yang memahami dan sp0rting. Lepas sesi fot0grafi, kami tukar baju dan mak andam hantar baju ke kedai d0bi.

“Baju tu cuma basah je. Tiada kesan lumpur dan tak r0sak. Alhamdulillah, majlis kami berjalan lancar meskipun kawasan sekitar dilanda banjir dan terputvs bekalan elektrik yang hanya disambung semula pada sebelah malam.

“Terima kasih kepada butik pengantin yang beri kerjasama dengan baik. Syukur juga cuaca mendung, kalau panas ter1k dah tentu kami semua ‘berlecak’ pelvh,” katanya.

Sumber : mStar

Leave a Comment