Ses4k! Gara-gara ‘kenduri kawin terakhir’, 9 beradik bawa anak isteri berkhemah dalam rumah mak ayah… tidur lamb4k dah biasa!

SUDAH menjadi kelaziman apabila setiap kali tibanya hari raya ataupun kendur1 kendara, pasti rumah ibu bapa di kampung penuh dengan anak-anak dan cucu cicit.

Apabila sekali sekala berkumpul beramai-ramai, sudah pasti timbulnya mas4lah kekurangan bilik tidur.

Mungkin bagi sesetengah keluarga, mereka lebih gemar menyewa h0tel ataupun h0mestay untuk mengelakkan ‘keses4kan’ di dalam rumah, namun ada yang lebih gemar berkumpul beramai-ramai dan ‘tidur lamb4k’.

Menerusi perk0ngsian di media sos1al, keluarga pemuda ini pula tampil dengan idea kreatif iaitu memasang khemah di dalam rumah!

Menurut Muhammad Fakrul Radzi Badaruddin, idea tersebut disuarakan oleh bapanya memandangkan bilik tidur di rumah mereka t1dak cukup untuk menampung kesemua ahli keluarga yang pulang untuk meraikan perkahwinan abangnya.

“Kami ada sembilan adik beradik di mana lapan daripadanya termasuk saya sudah berkahwin. Kiranya ini kenduri kahwin terakh1r dalam keluarga kami. Kalau kenduri memang buat dekat kampung.

“Jadi memandangkan semua adik beradik balik kampung membawa anak isteri masing-masing, sudah tentu ramai dan t4k cukup bilik tidur.

khemah 2

Keluarga besar Fakrul.

“Jadi ayah yang suarakan idea untuk pas4ng khemah. Lagipun ruang tamu sangat luas,” kata pemuda berusia 29 tahun ini.

Menurutnya yang senang disapa sebagai Fakrul, terdapat lima buah khemah yang dipas4ng di dalam rumah ibu bapanya yang terletak di Gerik, Perak.

“Khemah-khemah itu didiami oleh anak-anak saudara dan pas4ngan yang masih berdua. Budak-budak memang seron0klah sebab b0leh berkumpul sesama sepupu sepapat mereka.

“Sebenarnya ia khemah pas4ng siap… hanya ambil masa sekejap saja untuk pas4ng dan tanggalkan. Bila waktu siang, kami tanggalkan khemah tu. Hanya pas4ng waktu malam,” katanya.

Sekadar memuat naik untuk tujuan suka-suka, Fakrul berkata dia sama sekali tidak meny4ngka perk0ngsian tersebut meraih perhatian apabila mendapat lebih dari 590,000 jumlah t0ntonan.

“Ada yang tanya pan4s ke tak dalam khemah? Kalau nak tahu, kampung kami kalau waktu malam memang sejuk. Tak pay4h kipas dah.

khemah 3

Kawasan rumah Fakrul terletak bersebelahan dengan tasik.

“Tapi dalam k0men-k0men, ada pula netizen yang berg4duh sesama mereka menegakkan pendapat masing-masing. Ada yang kata lebih baik duduk h0mestay dan macam-macam lagi. Tak perlu macam itu, kita chill saja. Lain orang, lain caranya. Lagipun sekali sekala je.

“Kanak-kan4klah sangat gembira sebab dapat berkumpul bersama sepupu sepapat dalam satu rumah. Main g4me, tidur, main dan makan bersama-sama.

“Tapi ramai netizen yang kata perk0ngsian saya beri idea kepada mereka bila balik kampung nanti kerana boleh mengimbas kenangan dulu-dulu waktu tidur lamb4k,” katanya lagi.

Sumber : mStar

Leave a Comment