Nampak, tapi tak dapat buat apa-apa! S4ksi cerita detik cem4s tanah mendap ‘telan’ lima kereta

“KEJADIAN berlaku ag4k pantas, saya dan beberapa rakan cuma sempat alih kereta yang mana sempat saja,” demikian kata seorang saks1 kejadian tanah mendap di Jalan LP1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di Seri Kembangan, Selangor petang Selasa.

Alter Jasan, 48, berkata, kejadian kira-kira 6.30 petang itu bermula dengan rekahan kecil sebelum berlakunya pergerakan tanah.

“Memang nampak pergerakan tanah masa itu, saya cuma sempat alihkan beberapa buah kereta, itu pun dengan b4ntuan beberapa rakan.

“Sebelum itu hujan memang lebat, jadi secara t4k langsung mengakibatkan keadaan tanah semakin mendap sekali gus mengakibatkan runtvhan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Katanya, ketika kejadian terdapat 13 buah kenderaan diletakkan di tepi jalan berkenaan.

“Saya dan rakan berjaya selam4tkan lapan buah kenderaan sahaja, bak1 lima lagi memang tak lepas sebab tanah semakin mendap.

“Memang tak dapat nak buat apa-apa baki lima buah kereta lagi itu sebab keadaan cuaca pun masih hujan. Kami bimbang kesel4matan, tambahan dengan arus yang agak der4s parit berhampiran lokasi runtvhan ini,” katanya.

Salah seorang m4ngsa, Mohd Nazir Mohd Ghazali, 46, hanya mampu melihat kereta miliknya yang j4tuh ke dalam parit berhampiran lokasi runtvhan.

“Ketika kejadian saya dalam perjalanan dari tempat kerja menuju ke rumah, rakan yang maklumkan kejadian ini.

“Saya terus datang ke sini dan melihat kereta saya sudah tidak dapat disel4matkan lagi,” katanya.

Meng4kui sed1h dengan keadaan tersebut, Mohd Nazir berkata, kereta Prot0n Wira miliknya itu mempunyai kenangan yang begitu berh4rga dalam hidupnya.

“Kereta tu merupakan kereta pertama saya, memang sed1hlah bila jadi macam ini, tapi nak buat macam mana, saya reda.

“Saya juga difahamkan kereta-kereta yang terj4tuh itu kena dialihkan menggunakan kren, apa-apa pun kena tengok keadaan dulu sebab masih hujan dan b1mbang pergerakan tanah masih berlaku,” katanya.

Dalam kejadian itu, sebanyak lima kenderaan yang diletakkan berhampiran rumah kedai di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Seri Kembangan r0sak selepas tanah mendap berlaku di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyel4mat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, berlaku mendapan berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis mengalami ker0sakan.

Bagaimanapun katanya, tiada m4ngsa dilap0rkan terlibat dalam ins1den itu. –Sinar Harian

Sumber : mStar

Leave a Comment