Kereta terpanjang di dunia… ada k0lam renang, heIipad, siap b0leh main g0lf!

KERETA terpanjang di dunia tmemec4hkan Rek0d Dunia Guinness selepas ia dibaik pulih, yang kini berukuran 100 kaki (30 meter).

Kenderaan itu mempunyai 26 tayar, sebuah k0lam renang, padang g0lf mini dan helipad (landasan untuk helik0pter), serta boleh memuatkan kira-kira 75 orang di dalamnya.

Digelar American Dream, lim0sin itu dihasilkan pada 1986 oleh penyesuai kereta, Jay Ohrberg di California, Amerika Syarikat.

Pada asalnya, panjang kenderaan itu adalah 60 kaki (18 meter).

kereta terpanjang dunia 2

Kereta dilengkapi dengan k0lam renang dan padang golf mini. foto Y0uTube

Ohrberg kemudian memanjangkannya sehingga 30 meter untuk merangkul rek0d dunia dan kereta itu dipaparkan dalam beberapa filem sebelum disimpan di sebuah gudang di New Jersey.

Lama-kelamaan kenderaan itu menjadi usang sehingga Michael Manning, pemilik muzium pengajaran teknikal Aut0seum di New York, mengambil tugas besar dengan memulihkannya.

Bagaimanapun, k0s yang tinggi dalam memulihkan kenderaan sebesar itu memperlahankan usaha Manning.

kereta terpanjang dunia 3

Helikopter boleh mendarat di atas kereta. foto Y0uTube

Usaha Manning dalam memulihkan kereta tersebut kemudian diteruskan selepas mendapat penyumpang dana.

Selepas dua setengah tahun, American Dream siap dipulihkan dan kini akan dipamerkan di Muzium Kereta Dezerland Park.

“Kereta ini t1dak boleh digunakan di jalan raya kerana terlalu panjang. Ia dihasilkan untuk dipamerkan,” kata Manning. – Daily Star

Sumber : mStar

Leave a Comment