[RASMI] “Malaysia 0n T0p 0f The W0rld” – Merdeka 118 Kini Menara Kedua Tertinggi Di Dunia

Pasti ramai yang tahu tentang kewujudan bangunan ik0nik Perm0dalan Nasional Berhad (PNB) iaitu menara Merdeka 118 bukan?

Penyempurnaan puncak menara Merdeka 118 baru-baru ini meletakkan menara itu sebagai menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, malah menjadi menara tertinggi di Malaysia serta Asia Tenggara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bangga kerana puncak menara ini dapat disempurnakan walaupun negara berhadapan dengan p4ndem1k C0v1d-19.

Ismail Sabri melengkapkan pemasangan puncak Menara Merdeka 118 sebagai simb0lik pelancaran di tapak pembinaan pr0jek Merdeka 118 baru-baru ini.

Sumber : Image via Utusan Malaysia/Amir Khalid

“Ini bukan sahaja satu pencapaian yang hebat dalam bidang kejuruteraan, malah mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai negara yang m0den dan maju.

“Saya juga difahamkan, Merdeka 118 akan menjadi menara pertama di Malaysia mencapai tiga penarafan platinum hijau dalam persijilan kelestarian antarabangsa serta persijilan WELL yang berprestij.

“Ini menjadikan Merdeka 118 menjadi penanda aras industri di Malaysia sebagai menara ik0nik untuk masa depan,” katanya ketika merasmikan majlis pemasangan puncak menara Merdeka 118 baru-baru ini.

Merdeka 118 dilengkapi pelbagai kemudahan dan keistimewaan

Pres1den dan Ketua Eksekutif Kumpulan Perm0dalan Nasional Berhad (PNB), Ahmad Zulqarnain Onn berkata, sejak pembinaannya dimulakan pada 2014, menara tersebut kini sudah siap 85 peratus, dengan pemasangan lantai menara telah mencapai Tingkat 118 manakala pemasangan panel kaca telah dipasang hingga ke Tingkat 114.

Menurut beliau, dengan pembangunan seluas 40 ekar, yang mana 50 peratus keluasan tanah tersebut terdiri daripada Stadium Merdeka dan Stadium Negara, penyempurnaan puncak menara Merdeka 118 berketinggian 678.9 meter itu melengkapkan struktur luaran bangunan tersebut.

“Ketinggian puncak menara atau spire Merdeka 118 adalah berukuran 160 meter dengan berat 1,015 tan. Berat ini adalah bersamaan dengan berat 852 buah kereta Pr0ton Saga. Ia diperbuat daripada keluli dan panel aluminium, dan tempoh pemasangan mengambil masa tiga bulan.

“Penyempurnaan puncak menara ini bukan sahaja menandakan siapnya bahagian struktur luaran terakhir menara Merdeka 118 tetapi juga ketinggian menara yang dinanti-nantikan,” katanya.


Menara Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan tertinggi di Asia Tenggara dijangka siap sepenuhnya sebelum akhir tahun 2022.

Sumber : Image via Utusan Malaysia/Amir Khalid

Merdeka 118 terletak di l0kasi yang sama dengan beberapa bangunan bersejarah negara

Antaranya seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara, Vict0ria Institution dan Stadium Chin Woo yang di mana ianya merupakan titik pertemuan antara kawasan Jalan Petaling, Kampung Attap dan Pudu.

Dari arah selatan, pres1nt Merdeka 118 bermula dengan sebuah bangunan anjung tinjau iaitu Look at 118 yang akan menempatkan muzium tekstil, kafe, kedai cenderamata dan anjung tinjau yang sesuai untuk menikmati pemandangan indah menara Merdeka 118.

Di sebelah anjung tinjau, akan dibina sebuah masjid yang mampu menampung seramai 3,000 orang jemaah dinamakan Masjid Merdeka. Masjid ini menampilkan reka bentuk bumbung berkekubah yang menerapkan seni bina Islam, manakala menara di sebelah kirinya mengambil inspirasi daripada huruf alif.

Di tengah-tengah pres1nt Merdeka 11 adalah sebuah taman yang akan menghidupkan Merdeka 118, di tengah-tengah ekosistem yang rancak dipenuhi dengan budaya, aktiviti santai, hiburan, dan kerja.


Image via Skyscapers MY

Di bahagian bawah menara, terletaknya sebuah pusat beli-belah yang bersebelahan dengan Stadium Negara, dihubungkan terus dengan stesen MRT Merdeka, malah pengunjung juga b0leh menggunakan laluan bawah tanah dari stesen LRT Plaza Rakyat yang akan membawa pelawat ke 118 Mall.

Menara Merdeka 118 yang bakal menjadi ibu pejabat baharu PNB itu telah menyediakan sebuah ter0wong sepanjang 1 kilometer di bawah Jalan Belfield untuk memudahkan perjalanan kereta masuk ke tempat letak kereta dari Jalan Syed Putra di Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Istana, malah pengunjung b0leh masuk dari Jalan Hang Jebat menggunakan pusingan-U bertingkat.

Selain itu, tiga menara kediaman akan dilancarkan pada 2023, dua daripadanya adalah Merdeka Residences dan sebuah lagi adalah Oakwood Premier Serviced Residence serta 17 tingkat tertinggi menara yang akan menempatkan Hotel Park Hyatt Kuala Lumpur yang pertama di Malaysia dengan mempunyai 252 buah bilik dan sebuah kolam renang yang tertinggi di Kuala Lumpur di tingkat 99 akan dibuka pada awal 2023.

Di puncak menara Merdeka 118 adalah dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara, memb0lehkan pengunjung menikmati pemandangan 360 degrees skyline Kuala Lumpur atau melakukan aktiviti menarik seperti berjalan kaki di luar bangunan pada tingkat 117 iaitu Edge Walk atau menaiki tangga dalam Spire Cl1mb.

Sumber : Seismik

Leave a Comment