Wah, ustaz pun nak sad0 juga? Guru agama ini ke gim 6 hari seminggu… janji jaga aur4t, tunjuk c0nt0h baik kepada pelajar

JIKA melihat pada susuk tubuh jejaka ini yang fit, pasti ramai meneka dirinya adalah jurulatih kecergasan per1badi atau pers0nal trainer (PT).

Namun sangkaan itu meleset, sebaliknya pemuda yang rajin bersenam dan mengangkat berat di gim ini sebenarnya bergel4r ustaz dalam kalangan murid-muridnya.

Pemuda sad0 yang baru berusia 21 tahun ini merupakan guru agama di sebuah sek0lah di Perak.

Mohamad Shahrul Amier Mohamad Nordin berkata, dia mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman di Jitra, Kedah.

Guru pelatih sementara itu memberitahu, ketika ini dia menjalani latihan prakt1kum dengan mengajar murid-murid sek0lah rendah di Bota, Perak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya merupakan guru Pendidikan Islam untuk murid tahun lima, saya turut mengajar Bahasa Arab bagi pelajar tahun tiga.

“Saya dari zaman sekolah memang berminat untuk menjadi guru, atas dorongan mak ayah yang mahu ada pendidik dalam keluarga kami,” katanya kepada mStar.

Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak Jun lalu, pemuda berasal dari Bota itu dipanggil ‘cikgu’ atau panggilan ustaz.

ustaz sado 3

Amier mengajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Amier berkata, dia mula berjinak-jinak untuk bersenam di gim sejak Ogos tahun lalu, selepas gim dibuka semula susulan pelaksanaan Per1ntah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Hati saya terdetik nak cari hobi lain daripada lain sebab sebelum ini saya lebih aktif bermain bola t4mpar dan menyertai sukan meman4h.

“Dulu pernah ikut abang yang kak1 gim, tapi badan saya tetap kurus sebab t4k aktif, tak jaga pemakanan dan makan pun tak cukup protein untuk pembinaan otot,” ujar pemuda berketinggian 175cm itu.

ustaz sado 5

Mula aktif bersenam di gim sejak Ogos 2020.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, dia menyedari penglibatannya dalam aktiviti mengangkat berat membuatkan ramai tidak menyangka dirinya bergel4r ustaz.

“Saya mahu tampil berbeza dengan kelihatan sad0 untuk kepuasan diri sendiri. Dulu badan saya memang kurus cuma 53kg, selepas lebih setahun dah cecah 71kg.

“Tak ada pers0nal trainer yang ajar saya di gim. Saya ambil ilmu daripada pengalaman bersama abang dan belajar di Y0uTube berkaitan kecergasan,” katanya yang turut mengikuti perkembangan ahli bina badan yang din0batkan Champ of Champs Mr JDT III 2021, Fahmi Masri di laman sosial.

Walaupun mengidam badan cantik dan berotot, Amier bagaimanapun menegaskan dirinya tidak bercadang untuk menyertai mana-mana pertandingan berkaitan bina badan.

ustaz sado 6

Memiliki badan berotot merupakan satu kepuasan diri bagi Amier.

“Sebabnya kerana saya mahu mengelakkan pengambilan ster0id bagi mendapatkan badan lebih cantik dan tidak mahu mended4hkan aur4t.

“Tambahan pula saya seorang guru agama, jadi saya perlu menjadi role model yang terbaik kepada para pelajar,” katanya yang bersenam secara konsisten di gim mahupun di rumah.

ustaz sado 4

Amier turut berminat untuk mengajar Pendidikan Jasmani dan Kes1hatan.

Pemuda yang turut digel4r ‘Ustaz Sado’ itu turut bersyukur dengan pengumuman mengenai gim kecuali di negeri yang masih berada dalam Fasa Satu Pelan Pemul1han Negara (PPN) dibenarkan beroperasi semula, untuk individu yang sudah melengkapkan v4ks1nasi c0vld-19.

“Alhamdulillah, saya antara yang paling gembira sebab sebelum ini saya workout enam hari seminggu di gim. Saya teringin jadi pers0nal trainer suatu hari nanti, insyaAllah.

“Satu kepuasan dapat berkongsi ilmu dan pengalaman bersama mereka yang nak badan fit atau sad0,” kata Amier yang turut mahu menjadi guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).

Sumber : mStar

Leave a Comment