Tiap hari hnya makan nasi gaul garam dan minyak. Guru dan kwn pulak selalu ej3k di sek. Punca semua dr ayah

Nama aku Nani. Usia aku 25 tahun dan baru habis belajar di sebuah Universiti Awam. Aku bekerja sebagai seorang guru di sebuah sek0lah swasta.

Disebabkan sekarang masih lagi pdpr, maka aku banyak habiskan masa di rumah bersama ibu dan ayah. Apa yang aku nak ceritakan mungkin tidak menarik tapi ingin aku highlightkan tentang indahnya ‘sabar’.

Rata-rata lu4han aku baca semuanya mengenai wanita yang teran1aya dengan suami. Tidak terkecuali Ibuku. Ibu aku seorang wanita yang sangat sabar. Dua puluh tahun Ibu setia dan sabar dengan suami yang merupakan seorang penag1h d4d4h.

Masa aku umur lapan tahun, aku dapat tahu ayah pen4gih d4d4h. Bukan daripada mulut Ayah atau Ibu. Tetapi aku diej3k di sekolah sebagai anak penag1h d4d4h.

Aku menyorok di tandas kerana tidak tahan ej3kan. Aku menang1s. Balik dari sekolah, aku tanya Ibu dan Ibu mengiyakan. Walaupun masih kecil pada waktu itu, hatiku h4ncur lulvh. Tambahan, di sekolah cikgu-cikgu seringkali sematkan dalam minda kami penag1h d4d4h adalah s4mpah masyarakat.

Jadi aku berpikir, aku ni anak samp4h masyarakat lah. Sejak hari itu, Aku jadi sangat pend1am. Semua kawan mula menjauh. Ibu dan ayah mereka pun seperti j1j1k melihat aku. Aku mula membawa diri. Semuanya bersendirian hinggakan aku rasa nak berhent1 sekolah.

Budak usia lapan tahun mana tahu apa-apa. Yang mereka tahu, pegi sekolah seronok sebab ramai kawan sebaliknya aku pergi sekolah hanya menempah h1naan, ejjekan dan c4cian. Hidup aku menjadi sangat suk4r pada waktu tu. Setahun terasa begitu lama.

Pada usia aku sembilan tahun, kami berpindah ke kawasan lain. Pindah sebab dih4lau tuan rumah. Dih4lau tanpa belas ehsan sebab ketahuan ketua keluarga kami penag1h d4d4h. Dihal4u keluar pada waktu malam serta-merta. Aku tak tahu macam mana cerita ayah seorang penag1h d4d4h tersebar luas. Yang aku tahu satu kampung membenc1 kami.

Ayah punya sal4h, habis anak-beranak dib3nci termasuk dengan aku dibennci dipandang h1na. Hebat kan kesan d4d4h ni. Aku ingat dengan perp1ndahan tersebut, hidup aku dan keluarga bertambah baik malah makin tervk. Ayah mengh1sap d4d4h depan aku dan adik².

Ibu selalu mar4h ayah sebab bawak balik benda h4ram kat rumah. Buat benda h4ram kat rumah depan anak. Jadi hal ni mencetuskan perg4duhan. Hari-hari berg4duh. Ayah buat tak tahu dan terus mengh1s4p dan bila dah h1gh dia diam dan tidur. Ibu hnya mampu mnang1s. Masa tu Ibu sedang sarat pregn4nt anak yang keempat.

Aku masih ingat, di rumah tu ada sebuah bilik gelap cahaya merah samar-samar sebab ayah mangg4ntungkan selimut sebagai langsir. Dalam bilik itulah ayah membuat pr0jeknya. Tibalah suatu hari ayah mula membawa kawan untuk sama-sama memulakan pr0jek di bilik tu. Masa ni Ibu dah let1h agaknya.

Dia hal4u semuanya keluar. Lepas tu dia menang1s. Ayah bis1ng2 di luar rumah. Hal yang Ibu s0r0kkan dari jiran-jiran sudah terb0ngkar. Kami berpel0kan anak-beranak lepas Ayah pergi bersama-sama kawannya.

Pada waktu tu aku terlalu bennc1kan ayah. Aku suruh Ibu bercerra1 dengan ayah. Aku nekad. Usia sembilan tahun aku dah menginginkan ayah ibuku bercerra1. Sebab aku tak tahan hari hari Ibu ayah berg4duh, dan aku jadi bahan ej3kan di sekolah.

Ayah lama menghilangkan diri. Entah ke mana pergi. Ibu mula keluar mencari kerja. Ibu dapat kerja di sebuah kilang dalam keadaan sarat meng4ndung. Ibu gagah jua. Tapi Ibu kerja dalam tiga bulan macam tu, dan Ibu berhenti kerana melahirkan adik.

Kami hidup macam biasa, makan nasi gaul minyak dan garam. Tak beramah mesra dengan jiran, sebab pandangan jiran semuanya negat1f. Lebih baik kami berkur0ng. Tanggal 31 Ogos 2005. Hari merdeka merupakan salah satu hari sambutan yang menyeronokkan bagi semua rakyat Mlaysia. Tapi kami melalui hari tersebut dengan ket4kutan.

Malam tu, kami duduk dalam gelap gelita. Tiada satu lampu terpasang seolah tiada orang di rumah. Kami tidur dalam keadaan rapat berpel0kan satu sama lain. Rup4nya Ibu dah tahu bahawa malam ni cet1 atau al0ng akan datang rumah.

Cet1 tu berb4ngsa C1na datang malam merdeka menggeg4rkan pagar. Aku ingat lagi aku 1ntai di tingkap, ada dua orang Cet1 sorang gemok dan sorang kurus. Mereka ugvt bahawa akan peceh masuk jika tak keluar rumah.

Setelah mencuba beberapa kali membuat bising sehingga jiran-jiran semua keluar tengok, dua orang c1na tu pun berlalu pergi. Setelah hari itu, kebennc1anku terhadap ayah semakin menebal. Ayah sanggup biarkan kami dalam keadaan b4haya.

Baru aku tahu, ayah tak balik berbulan bukan sebab Ibu hal4u tapi sebab lari dari Cet1. Ayah p1njam Cet1 RM500 je. Tapi gaya Cet1 tu geg4r pagar macam 5ribu. Mungkin memang kerjanya. Aku memasuki tahun 6, ayah masih sama. Oh ye, kami sudah berpindah ke kawasan baru. Kalini bukan dih4lau tuan rumah tetapi lari dari Cet1. Tetap pindah pada waktu malam.

Sampai ke harini, aku rasa pindah pada waktu malam ni adalah hal yang t4k normal. Mungkin pengalaman sendiri. Perpindahan yang lebih menjurus kpd sebuah pelar1an. Kami menjalani hidup macam biasa. Hari-hari melihat Ibu ayah bertengk4r.

Tidur dengan ny4muk yang terlalu banyak sebab rumah dikelilingi hutan. Masih makan nasi putih gaul dengan garam dan minyak lauk.

Kadang makan nasi bubur sebab beras abis. Kami selalu berdoa supaya Allah turunkan makanan sedap-sedap dari langit. Bila terlalu l4par, kami akan lihat majalah makanan atau buku teks sekolah yang ada gambar makanan dan mula mencubiit gambar makanan lalu disuapkan ke mulut.

4nehnya, terasa kenyang walaupun cuma lakonan sehingga tertidur. Begitulah kami menjalani hidup sehari-hari. Aku pun dah lal1 dikenali sebagai anak penag1h d4d4h. Nak kawan ke taknak kawan ke terpulang. Aku hanya buat hal sendiri.

Ayah masuk penj4r4 pada november tahun 2007 selama 6 bulan. Dan waktu tu aku mula memasuki 12 tahun pada 2008. Ibu menguruskan kami sepenuhnya. Ibu bekerja petik sayur di sebuah kebun c1na. Hidup kami sedikit bahagia dengan ketiadaan ayah.

Walaupun per1t tapi aku tenang sebab Ibu tak perlu menang1s dan brtengk4r dgn Ayah. Tapi aku tahu Ibu rindukan ayah. Isteri mana yang tidak sayangkan suaminya. Sebvruk-bvruk suaminya, Ibu tetap pertahankan Ayah. Tiap kali aku melu4hkan kebennc1an ku terhadap ayah, Ibu selalu menasihatiku.

Dia ayahku. Burvk baik dia tetap ayah. D4rahnya mengalir dalam tubuhku. Betapa suk4rnya untuk seorang k4nak-k4nak menel4n semua kepah1tan tersebut. Aku selalu menghas0t Ibu bercerra1 dengan ayah.

Tapi Ibu selalu cakap, Ayah boleh berubah. Walhal dah berapa tahun kami tetap hidup dalam kes3nggs4raan. Aku hampir putvs asa.

Satu hari di sekolah, guru kelas aku dapat tahu ayah masuk pennj4ra tapi dia seolah tak percaya. Aku cuba menyembunyikan sebab cikgu tu tanya secara terbuka di dalam kelas.Ramai yang memandang taj4m aku sewaktu cikgu tanya “Nani, ayah awak masuk pennj4ra ke atas sebab h1sap d4d4h?”.

Aku rasa dar4hku terhenti. Tetapi aku cuba kawal keadaan dengan menaf1kan soalan cikgu. Aku tak nak dih1na lagi oleh kawan kawan. Biarlah mereka cuma tahu aku anak penag1h tapi bukan anak pen4g1h dan b4nnduan. Hal itu akan menjadikan aku seorang insan yang h1na lagi d1na.

Langit tak selalu cerah meskipun langitku memang sedia mendung. Akhirnya, aku ketahuan bahawa ayahku berada di pennj4ra, Tetapi bukan dikalangan guru tetapi di kalangan rakan sekolah apabila salah seorang budak sekolah aku yang merupakan jiran aku membuat pengumuman di padang sekolah sewaktu hari sukan.

Pandai dia pilih waktu yang sememangnya semua murid tengah berkumpul beramai-ramai. “Dia ni lah, anak b4nnduan. Ayah dia kat pennj4ra sebab h1sap d4d4h”. Sambil menunjuk aku. Aku dengan muka takde perasaan berlalu pergi walhal dalam hati ni berter1ak ingin leny4p dari bumi. Terima kasih sangat kerana sudah membuka a1bku.

Sewaktu ayah keluar pennj4ra, ayah dah gemok dan nampak seperti manusia normal. Aku nampak senyuman di wajah Ibu. Ibu sambut kepulangan ayah dengan bahagia dan Ibu termakan semua janji ayah. Ayah janji ayah berubah.

Aku terp4ksa akur pilihan Ibu. Aku cuba mengik1s kebenc1an aku. Aku belajar terima ayah seadanya dan melupakan kisah lalu. Kami berhijrah lebih jauh. Kali ini, perpindahan kami pada waktu siang.

Bagiku, mungkin permulaan yang baik. Aku cuba lupakan tentang niatku untuk memujuk Ibu bercerra1. Ibu bahagia seharusnya aku juga bahagia. Ibu tetap sabar dan penuh pengharapan bahwa ayah akan berubah. Namun, janji tinggal janji. Aku menjalani hidup yang sama cuma tempat berbeza. Pertengk4ran Ibu dan Ayah dah sebat1 dalam diri aku.

Kadang aku mar4h dengan Ibu sebab tak nak bercera1 dengan Ayah. Ibu selalu pesan, Ayah tu tetap Ayah sampai bila-bila. Dia akan berubah. Jangan bennc1 ayah sebab bukan sal4h dia. Allah sedang uj1 ayah dan uji kita. Sehingga kadangkala aku persoalkan kenapa Allah uj1 aku?

Aku jeles tengok kawan kawan yang bahagia. Aku tak layak ke. Sesungguhnya perjalanan hidup aku dari sekolah rendah hingga menengah takde yang indah. Aku tingkatan tiga, ayah masuk l0k4p. Seminggu dan Ibu jam1n ayah. Aku memang dah taw4r hati. Aku derrh4ka kepada ayah kerana menaf1kan kewujudan ayah.

Aku berper4ng em0si sendirian. Bukan senang untuk belajar menerima insan yang hanya memberi luk4. Sak1t, per1t aku tel4n, aku hadam semuanya. Aku dah mu4k dengan janji ayah. Aku dah let1h dengan perkataan sabar.

Aku dah tak larat mendengar perkataan peluang. Agaknya Allah takkan mendengar r1ntihan aku.

Tahun 2014 kami berpindah lagi. Aku dah habis sekolah dan menyambung stpm. Oh ye, pembiayaan sekolah kami semua guna bi4s1swa dan pendapatan Ibu. Ayah kerja takde du1t. Aku dah m4las nk s1asat ke mana duit kerja ayah.

Kadangkala, duit b1as1swa pun ayah minta walau cuma sepuluh ringgit dan kemudiam bergegas ke “p0rt”. Semakin dewasa, aku hanya mampu menitipkan doa je supaya ayah berubah satu hari nanti menjadi Ayah yang sihat daripada n4jis d4d4h. Aku ingin ayah seperti orang lain.

2017, Ibu sudah l0ngla1. Ibu hubungi AA DK selepas buat solat istikarah. Ibu cerita, dalam istikarah tu Ibu minta kalau terbaik buat ayah untuk berada di pusat pemul1han, permudahkanlah ayah tert4ngkap, jika tidak Ibu akan memaafkan ayah dan memberi peluang yang entah ke berapa kali.

Pada satu petang, rumahku diserbv AA DK. Macam serbvan p0l1s dalam rancangan 99 9 (berdasarkan penceritaan Ibu). Pada waktu ini, aku sedang menjalani semester kedua di Unversiti. Mereka membuat uj1an a1r kennc1ng ayah.

Disebabkan saringan air kenc1ng negat1ve d4d4h maka mereka tak boleh men4han Ayah tetapi mereka berpesan pada Ibu, sekiranya perlu Ibu boleh menghubungi mereka.

Maka, jawapan istikarah Ibu terang lagi bersuluh. Selepas serbvan, Ayah semakin berubah. Saban hari ayah menunjukkan sedikit ‘sikap dan peranan’ yang selayaknya seorang ayah.

Ayah mula mengikuti pr0gram KK M untuk berhenti menag1h d4d4h dan mula mengambil ub4t secara berdaftar dgn agensi KK M. Ayah mula bertanggungjawab dan memberikan kasih sayang serta perhatian terhadap Ibu dan kami adik-beradik.

2021.. Alhamdulillah ayah telah sembvh 100% daripada naj1s d4d4h. Ayah mula melaksanakan per1ntah Allah.

Ayah sering menjadi imam sewaktu solat berjemaah. Ayah sudah mampu menjadi seperti orang normal. Akhirnya, Allah mendengar doaku. Allah mendengar rint1han Ibuku.Berkat kesabaran Ibu, Allah hadirkan rasa bahagia yang tidak terucap ini. Ibu sangat hebat bahkan Ayah juga.

Kebenc1an aku terhadap ayah dahulu telah terhak1s secara tidak sedar. Ternyata aku masih sayangkan ayah cuma keadaan yang menjadikan aku bennc1 ayah. Aku bersyukur sangat kerana Allah keluarkan kami daripada episod h1tam tersebut.

Aku tak nak kembali kepada zaman pender1taan dan kes3ngs4raan. Semoga bahagia yang Allah titipkan ini berkekalan sehingga akhir hayat.

Pesananku, bagi sesiapa yang sedang berju4ng untuk hidup.. berbaliklah pada Allah. Jangan pernah mengalah atas uj1annya. Minta pada Allah. Sesungguhnya Allah berkuasa memb0lak-balikkan hati manusia.

Tiada yang mustah1l. Allah itu ada, Maha melihat, Maha mendengar. In shaa allah, minta yang baik-baik, dapat yang baik-baik. – Nani (Bukan nama sebenar).

sumber : iium confession.

Sumber :  Seleksi Media

Leave a Comment